19 Februari 2015

KADAR TAMBANG KARGO

RUM mengalu-alukan cadangan menaikkan harga tambang baru bagi pengangkutan Kargo, berdasar kadar tambang pengangkutan Kargo masih di tahap murah atau di bawah harga pasaran.

Namun ianya tidak boleh bergantung kepada kenaikan harga tambang Kargo semata-mata, langkah ini adalah sebagai sumber pendapatan sampingan atau lain perkataan "idea mudah".

Apa yang perlu ialah bagaimana melarikan perkhidmatan Kargo dengan banyak, kerana kita menyedari bahawa sumber pendapatan melalui perkhidmatan Kargo adalah sangat besar serta sangat berpotensi berbanding dengan perkhidmatan penumpang yang lebih kepada "perkhidmatan sosial".

Justeru itu rujuk kembali surat - surat kesatuan (27 pucuk surat) antara lain pembaikpulihan wagon - wagon, Lokomotif serta penambahan lokomotif baru bagi memastikan facilities mencukupi, kerana kita menyedari bahawa kedudukan wagon yang uzur, Lokomotif sakit malah mengunakan lokomotif IRCON yang tidak lagi sesuai berada di negara ini berdasarkan aspek keselamatan.

Landasan Berkembar Ipoh - Padang Besar akan dibuka sepenuhnya tidak lama lagi, maka sudah pasti pengunaan secara maksima perlu dilakukan, kita tidak boleh membiarkan landasan berkembar Ipoh - Padang Besar dijadikan sebagai hiasan semata-mata, walaupun kehadiran ETS baru sebanyak 10 set ianya masih tidak mencukupi kerana ruang waktu yang kosong dalam tempoh 24 jam sehari perlu dilarikan tren sekurang-kurangnya 7 minit satu larian.

Andai teguran RUM didengari oleh Presiden KTMB seawal kemasukan pada 2 Mei 2012, maka tahun ini, dengan pembukaan landasan berkembar Ipoh - Padang Besar akan sangat rancak serta mampu menjanakan pendapatan.

Pergerakan yang sangat lembab, sekadar mencari idea mudah, ianya tidak akan mencapai hasrat penswastaan yang dicetuskan oleh Tun Mahathir Mohamad, Mantan Perdana Menteri Malaysia.
Maka KTMB akan terus bergantung dengan Kerajaan, maka KTMB tidak akan mampu membuat "BUSINESS" yang berorientasikan "KEUNTUNGAN".

Maka itu pendekatan Railwaymen Union of Malaya ialah :-

SELAMATKAN KTMB SELAMATLAH PEKERJA

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Related Posts:

  • KERTAS KERJA PELARASAN GAJI Di bawah ini dipaparkan petikan kertas kerja pelarasan gaji dipara 9 untuk Perjanjian Bersama ke 8, Kos Sara Hidup bagi pekerja KTMB. Kadar yang dimasukan dalam ini adalah minima atau anggaran kasar sahaja. Kenyataan … Read More
  • TAK FAHAM Aku sendiri dah tak faham, sikap manusia yang lebih mementingkan diri tanpa melihat kepentingan organisasi, lebih bersikap tamak, mengutamakan kepentingan kumpulan tanpa melihat kepentingan masa depan atau mungkin merasa s… Read More
  • REPORT PEJABAT BUROH Inilah masalahnya bila tak jadi Ahli RUM, maka bila jadi masalah maka nak report ke pejabat buroh, apa kemampuan pejabat buroh? Tak ada apa pun... akhirnya pejabat buroh akan bertanya:- 1. KTMB ada Kesatuan Sekerja, ken… Read More
  • KEDUDUKAN KEWANGAN KTMB RUM menggesa Kementerian Kewangan menyegerakan Suntikan Kewangan dengan kadar segera demi memastikan kesinambungan perkhidmatan KTMB yang kini bertambah kritikal. RUM akan buat Sidang Akhbar minggu depan untuk menggesa … Read More
  • MEMO Info diterima bahawa Gamis dan PSM telah menyerahkan memo kepada SPAD sebentar tadi membantah kenaikan tambang yang dituntut oleh KTMB. KTMB menuntut kadar tambang berdasarkan survival KTMB, sekiranya tidak KTMB tidak bol… Read More