Dari sudut ini RUM mengakui bahawa ada kebenaran bagi mewujudkan keselesaan dan kehendak SRT maka pihak KTMB perlu mematuhi syarat-syarat yang dikemukakan oleh pihak SRT, maka tidak wujud sekiranya ada rungutan dari penumpang.
Bagaimanapun kita perlu melihat kenapa penumpang merungut? Maka…
- Rungutan penumpang berkenaan ialah kerana mereka tidak dapat menaiki tren disebabkan ada kuota?
- Bila ada kuota bermakna koc tidak mencukupi, kenapa koc tidak mencukupi?
- Adakah Lokomotif dan PGC juga tidak mencukupi? Mengapa tidak cukup?
- Berapa kekerapan tren penumpang (INTERCITY) di sebelah utara?
- Adakah pihak pengurusan KTMB hanya bergantung dengan ETS (BARU) yang dibekalkan oleh kerajaan untuk menjalankan perkhidmatan tren, maka tren penumpang lain di abaikan?
- Adakah Pengurusan KTMB tidak lagi mampu berdikari sehingga bergantung semata-mata dengan kerajaan untuk membekalkan lokomotif atau set-set ETS baru.
- Apakah pengurusan KTMB ketandusan idea?
- Ada idea, sedang menunggu gerakan Transformasi… BILA?
- Dari 2 Mei 2012 semenjak Presiden KTMB menerajui KTMB inikah hasilnya?
- Adakah 27 pucuk surat kesatuan itu tidak benar belaka?
Pihak kesatuan ingin memberi penjelasan bahawa pembelian set-set baru bukanlah idea Datuk Presiden KTMB, ianya adalah dari idea mantan Presiden yang lepas dan di dokong oleh Kementerian Pengangkutan.
Bagi mendapatkan pengesahan persoalan ini, maka sesiapa pun boleh menunggu di stesen sebelah utara, tunggu disitu lihatlah sendiri berapa kekerapan tren Kargo dan Penumpang dalam tempoh 24 jam, kemudian boleh nilai sendiri.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB