
30 Januari 2016
APAKAH YANG DIKATAKAN ASET PAK?
Sabtu, Januari 30, 2016

Aset yang dimaksudkan ialah semua harta benda yang dibeli atau disediakan oleh kerajaan selepas 1.8.1992 adalah milik Perbadanan Aset Keretapi (PAK)
Antaranya ialah...
1. Semua Tanah Keretapi
2. Kuarters Keretapi
3. Lokomotif 26 & 29 kelas
4. Elektrifikasi
5. Bengkel Batu Gajah, Bukit Tengah, Padang Besar, Gemas, Kempas Baru
6. Stesen Keretapi Selepas 1.8.1992
7. Six Car Set (SCS)
8. ETS
9. Landasan Berkembar
10. Dan lain-lain lagi...
Kalau...
KWSP SIMPANAN PEKERJA DIKURANGKAN 3%
Sabtu, Januari 30, 2016
RUM telah mengeluarkan kenyataan ini selepas ianya dicadangkan oleh Perwakilan UMNO. Maka implementasinya telah dibuat melalui semakan BAJET 2016. (Rujuk lampiran dibawah)
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
https://facebook.com
GESAAN PERWAKILAN UMNO (KWSP PEKERJA DITURUNKAN)
RUM tertarik dengan kenyataan perwakilan UMNO yang menggesa agar caruman KWSP pekerja diturunkan supaya pendapatan bulanan bersih lebih tinggi.
Terlebih dahulu RUM ingin merakamkan ucapan terima kasih kerana Perwakilan UMNO sendiri mengakui bahawa peningkatan...
29 Januari 2016
INGATAN PADA AHLI-AHLI RUM MULTIPLE OPERATOR (CADANGAN ASAL RUM)
Jumaat, Januari 29, 2016

Idea Multiple Operator adalah cetusan idea dari RUM, idea ni setelah melihat kegagalan Mantan Presiden KTMB yang seolah-olah ketandusan idea dalam menambah pendapatan, ianya berbentuk saingan dengan mengunakan landasan KTMB serta pembayaran pengunaan landasan keretapi kepada KTMB.
RUM sendiri telah membuat presentasi kepada Lembaga Pengarah KTMB yang Pengerusinya ketika itu ialah YBhg Dato Seri Ir Mohd Zin.
Kini idea ini telah diceduk...
27 Januari 2016
MESYUARAT EXCO 26.1.2016 RAMAI TERTANYA CA 8
Rabu, Januari 27, 2016

Alhamdulillah, Mesyuarat Exco semalam berjalan dengan lancar, kehadiran YB Dato Ir Nawawi Ahmad Pengerusi Lembaga Pengarah di sebelah pagi manakala kehadiran YBhg Dato Haji Sarbini Tijan disebelah petang telah mengambarkan hubungan yang sangat baik diantara kedua-dua pihak.
Dalam ucapan Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB akan memberi sokongan kepada permohonan RUM untuk menambah pelarasan gaji namun akan berbincang terlebih dahulu dengan pihak...
26 Januari 2016
Presiden MTUC Meninggal Dunia
Selasa, Januari 26, 2016
AL FATIHAH
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين
Majlis Exco RUM yang bersidang hari ini melahirkan rasa sedih atas kembalinya ke Rahmahtullah Allahyarham Sdr Khalid Atan Presiden MTUC.
Semoga Allahyarham di tempatkan dengan orang yang soleh.
Secara peribada saya kehilangan seorang sahabat...
Silap menilai
Selasa, Januari 26, 2016

PENULIS
Norsalim Ali
Kenyataan ini menjadi Kenyataan Rasmi Kesatuam Pekerja-Pekerja KTMB
Saya petik rencana yg dilampirkan berbunyi:
"Misalnya, perkhidmatan KTMB yang mahu menjadi patuh syariah. Bagaimana selepas deklarasi itu direalisasikan, masalah keretapi dan tren yang rosak, lambat daripada jadual, sistem pendingin yang tidak berfungsi, yang mana selama ini kekal menghantui para penggunanya.
Bukankah ketika itu, penumpang baik...
25 Januari 2016
PENDAPAT APA KAH INI?
Isnin, Januari 25, 2016

RUM beranggapan penulis ini "MEROYAN"!
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
Cc
Dato Ir Nawawi Ahmad
Dato Sarbini Tijan
The Malaysian Insider
RENCANA
Apabila Muslim menjual agama dan kafir melanggan nilainya – Siti Aishah
Published: 13 January 2016 11:00 AM
"Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda "Akan keluar pada akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama....
MESYUARAT EXCO 26.1.2016
Isnin, Januari 25, 2016
In Syaa Allah esuk akan diadakan Mesyuarat Exco, seperti peruntukan Perlembagaan Kesatuan, Mesyuarat Majlis Eksekutif hendaklah diadakan sekurang-kurangnya dua (2) kali setahun, kebiasaannya RUM akan mengadakan pada bulan Jun dan Disember, kali ini RUM lewatkan sedikit menunggu perbincangan CA 8, bagi tujuan untuk menjelaskan persetujuan bersama yang dibincangkan ketika di Langkawi.
Alhamdulillah buat pertama kali dalam RUM, RUM telah menjemput YB Dato Ir Nawawi Ahmad, Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB dan YBhg Dato' Haji Sarbini Tijan Presiden KTMB...
23 Januari 2016
Kaca mata Ajk Belia RUM
Sabtu, Januari 23, 2016
Tertarik dengan kenyataan dari seorang Ajk Belia RUM dalam group whatsapp... maka RUM paparkan kenyataan ini untuk dikongsi bersama.
Di paparkan di bawah ini sebagai kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.
_______________________________________________
Ya..
Inilah permasalahan y paling besar..
Nilai duit semakin kecil...
Sejujurnya tiada lagi boleh membuat simpanan duit...
Gaji dah x dpt menampung perbelanjaan...
Ekonomi keluarga sudah menjangkaui inflasi...
Semenjak bulan April 2015...
Kita makin sakit....
Peredaran masa mengharapkan...
19 Januari 2016
PERJANJIAN CA KE 8
Selasa, Januari 19, 2016
Ramai yang bertanya, apakah keputusan perbincangan CA di Langkawi...
Buat masa ini, saya tidak boleh menjawab sebarang pertanyaan, saya perlu menghormati Majlis Eksekutif RUM, In Syaa Allah mesyuarat Majlis Eksekutif RUM akan diadakan pada 26.1.2015. Saya akan membentangkan keputusan persetujuan bersama antara Panel KTMB dan Panel RUM.
Saya juga berharap beberapa artikel yang masih "kiv" boleh diselesaikan dalam waktu terdekat bagi menyegerakan proses perjanjian bersama.
Namum demikian walaupun keputusan telah ada, saya beranggapan perjalanan masih...
PERJANJIAN BERSAMA 8 TERIMA KASIH PRESIDEN KTMB
Selasa, Januari 19, 2016
RUM ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Ybhg Dato' Haji Sarbini Tijan khususnya dalam persetujuan bersama mengenai kelulusan tuntutan RUM melalui Perjanjian Bersama.
Sebagai pemimpin RUM persetujuan yang diberikan ini sangat berat mungkin beban yang besar untuk Ybhg Dato Haji Sarbini Tijan, dijangkakan kos keseluruhan CA 8 ialah RM 21juta setahun bagi bukan eksekutif, satu jumlah yang besar serta peningkatan perbelanjaan tahunan KTMB.
Beban ini akan memaksa Ybhg Dato Haji Sarbini Bin Tijan bertungkus lumus bersama pihak...
18 Januari 2016
KENAIKAN HARGA SEWA RUMAH KUARTERS (1) (TIDAK MENGHALANG)
Isnin, Januari 18, 2016
RUM dengan ini mengumumkan bahawa pihak pengurusan KTMB boleh menaikkan harga sewa rumah kuarters kepada "BUKAN AHLI RUM", RUM tidak akan menghalang kenaikan harga rumah kuarters kepada "BUKAN AHLI RUM".
RUM memang berhasrat ingin menyerahkan "BUKAN AHLI RUM" sebagai "HAK BUDIBICARA MUTLAK" kepada KTMB berdasarkan cadangan di dalam Draf Perjanjian Bersama 8.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KT...
KENAIKAN HARGA SEWA KUARTERS
Isnin, Januari 18, 2016

Ramai yang tanya pada RUM mengenai kemungkinan dinaikkan harga sewa rumah kuarters, malah dikatakan kenyataan ini dikeluarkan oleh seorang Pengurus Kanan di MYRA, sejauh mana kebenaran mengenai kenyataan yang dikatakan oleh Pengurus Kanan ini tidak diketahui kebenarannya.
RUM beranggapan ini adalah khabar-khabar angin yang sengaja di bawa oleh mereka yang tidak bertanggungjawab yang cuba mewujudkan kerisauan dikalangan pekerja khususnya ahli-ahli...
15 Januari 2016
TAHNIAH PRESIDEN KTMB
Jumaat, Januari 15, 2016

Kami warga RUM mengucapkan tahniah kepada Tuan Haji Sarbini Bin Tijan yang telah dianugerahkan gelaran Dato'.
Tahniah dari semua warga RUM kepada Y. Bhg. Lt Kol (B) Dato' Hj Sarbini Bin Tijan, Presiden KTMB.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
...
14 Januari 2016
PERJANJIAN BERSAMA 8
Khamis, Januari 14, 2016

Alhamdulillah... selesai perundingan diantara Panel RUM & KTMB peringkat Langkawi.
Berberapa Artikel telah dipersetujui bersama dan ada yang tertangguh (kiv) berikutan tidak ada persetujuan, In Syaa Allah akan disambung semula perbincangan di Kuala Lumpur.
Secara amnya boleh dikatakan sangat baik.
Terima Kasih kepada Tuan Haji Helmi Mohamad dan semua panel KTMB yang memahami kehendak pekerja walaupun RUM juga amat memahami kekangan...
HARI KE EMPAT PERJANJIAN BERSAMA 8 (AKHIR)
Khamis, Januari 14, 2016
Mudah-mudahan hari terakhir ini akan membawa penyelesaian yang baik, walaupun sebelum ini agak tegang, suatu keajaiban berlaku yang memberi sinar kepada pekerja KTMB khususnya ahli-ahli RUM.
In Syaa Allah
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KT...
13 Januari 2016
BERHUTANG
Rabu, Januari 13, 2016

Kenapa pekerja berhutang? pekerja berhutang kerana gaji yang diterima tidak mampu untuk membeli barangan secara tunai, sebagai contoh, perabut, tv, motosikal malah belanja anak sekolah akhir tahun pun terpaksa berhutang.
Adakah ini dinamakan bahawa pekerja tidak pandai menguruskan wang gaji? Bukan tak pandai, tapi pendapatan tak mencukupi, bagaimana nak uruskan wang gaji dengan baik.
Senang je... cuba belajar bayangkan bahawa anda seorang...
HARI KETIGA PERBINCANGAN CA 8
Rabu, Januari 13, 2016
Hari ini satu cabaran besar, berlembut mungkin berkeras atau mungkin juga memohon dengan wajah simpati, mana satu?
Simpati mungkin... tapi entahlah...
Samada panel KTMB boleh memberikan rasa simpati terhadap golongan "kuli", mungkinkah?
Kedudukan kos sara hidup...
Kedudukan ekonomi semasa yang seperti tidak pasti...
Bolehkah pekerja mengharungi teori ekonomi pertengahan 2016, 2017 dan 2018, bagaimana pula majikan ketika itu...
Pasti sukar... maka pilihan yang ada seperti tuntutan RUM, demi kelansungan hidup seorang kuli untuk mengharungi teori...
12 Januari 2016
HARI KE 2 PERBINCANGAN CA 8
Selasa, Januari 12, 2016
Semalam semua artikel yang tiada pindaan telah dipersetujui bersama, artikel pindaan masih dalam "KIV" dan ada yang telah dipersetujui bersama, cadangan melalui pekeliling dan baru masih belum dibincangkan.
Harapan RUM hari ini, diharapkan lebih baik dari semalam, dapat kata putus secara bersama demi kepentingan pekerja-pekerja bukan eksekutif khususnya ahli-ahli RUM.
Selalu RUM pesan, pada semua ahli panel samada RUM mahupun KTMB apa yang diputuskan secara bersama adalah sebahagian dari amal jariah yang dilakukan, In Syaa Allah setiap kebaikan...
11 Januari 2016
MENGHARAP
Isnin, Januari 11, 2016
RUM tahu ramai yang mengharap, ramai yang bergantung harapan, melalui rundingan CA ke 8 untuk menghadapi masa depan dengan kos sara hidup yang meningkat.... berat... pada Allah Swt jua aku mohon, tuntutan RUM untuk pekerja bagi menikmati faedah yang lebih baik.
Harapan ini RUM galas... berdepan dengan pengurusan, bersilat melalui hujah, memohon yang munasabah, sejuk.. bahang... berpeluh... situasi ketika ini, memahamkan pada yang telah faham hanya mengharapkan sebuah imbuhan kepada kami kuli yang bergantung harapan ibarat kais pagi makan malam.
Kenyataan...
08 Januari 2016
PERUNDINGAN CA 8 (10 - 14 JAN 2016)
Jumaat, Januari 08, 2016

Untuk makluman ahli-ahli RUM perundingan Perjanjian Bersama ke 8 akan diadakan di Hotel Adya, Pulau Langkawi bermula pada 10 - 14hb Januari 2016.
Mudah-mudahan perbincangan ini akan dijalankan dengan harmoni serta memberi peningkatan faedah yang lebih baik kepada semua ahli-ahli RUM.
Sama-sama kita berdoa agar pintu hati panel perundingan bagi pihak KTMB yang diketuai oleh Tuan Haji Helmi Mohamad Senior Vise President serta semua panel KTMB...
06 Januari 2016
GROUP WHATSAPP AHLI RUM
Rabu, Januari 06, 2016

Atas permintaan, saya akan mewujudkan Group Whatsapp untuk ahli-ahli RUM sahaja.
Oleh kerana whatsapp group hanya menghadkan seramai 100 orang sahaja, maka siapa dahulu yang inbox.....
- nama,
- no perkhidmatan,
- depoh,
- jawatan dan
- no telefon akan di masukkan dalam group.
Perlu disedari bahawa hanya ahli-ahli RUM yang berfaedah sahaja akan diterima untuk dimasukkan dalam group.
Tujuan group...
PENDAPAT/KHIDMAT NASIHAT
Rabu, Januari 06, 2016

Pada ahli-ahli RUM suka diberi pesanan, sebarang keraguan atau pertanyaan atau masalah atau inginkan pendapat atau nasihat dari segi aspek pekerjaan maupun undang-undang atau apa jua pertanyaan, sila berhubung terus dengan ibu pejabat RUM atau mesej dalam Suara RUM, In Syaa Allah kita akan usaha membantu.
Diperhatikan bahawa ada yang tanya pendapat pada rakan-rakan atau pihak pengurusan atasan pekerja yang mana berkenaan yang sebenarnya tidak...
PEMBUANGAN KERJA 2015, 2016?
Rabu, Januari 06, 2016

Satu persoalan dan tandatanya, kerisauan selaku pemimpin kesatuan tetap terasa.
Ya Allah... jauhkanlah bala ini dari berlaku kepada warga KTMB.
Saudara-saudara ku... ayuh kita bersatu, berganding bahu, berusaha gigih memulih dan memajukan KTMB, marilah kita bersama Tuan Haji Sarbini Tijan Presiden KTMB dan Dato Ir Nawawi Ahmad Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB memacu KTMB ke arah kecemerlangan.
In Syaa Allah andai kita bersatu, kita berusaha,...
05 Januari 2016
TAMBAH PENDAPATAN
Selasa, Januari 05, 2016

Setiap Bapa @ Pekerja akan berusaha menambah pendapatan, samada sedar atau tidak ini telah pun dilaksanakan, kerana ianya menjadi tanggungjawab Bapa untuk memastikan kehidupan akan bertambah baik atau setidak-tidaknya mampu menanggung kehidupan bulanan.
Kadang-kadang Bapa yang juga pekerja tidak berkesempatan tambah "pendapatan" kerana tanggungjawab hakikinya sebagai pekerja tidak mengizinkan kerana sistem waktu kerja bukan waktu pejabat, iaitu...
04 Januari 2016
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH
Isnin, Januari 04, 2016

RUM tertarik dengan kenyataan ini, RUM juga mendapat keluhan yang sama, mungkin kita bernasib baik, tapi ada lagi yang masih tidak bernasib baik.
Kesempitan bergaji rendah, dalam menghadapi kos sara hidup yang tinggi sungguh membebankan, pada pekerja yang bergaji rendah mempunyai anak 3 atau 4 orang, sudah tentu merasa keperitan, RUM sendiri tak dapat nak bayangkan, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
RUM ingin ulangi bahawa...
01 Januari 2016
SELAMAT DATANG 2016 SEBUAH HARAPAN
Jumaat, Januari 01, 2016

Setiap kepahitan pasti ada kemanisan, 2015 berlalu 2016 datang, pasti mengharapkan sebuah harapan, harapan yang mengunung tinggi.
Kos sara hidup menjadi satu cabaran dalam menghadapi sebuah kehidupan, seorang pekerja yang dikatogerikan berpendapatan rendah, satu perjuangan bagi kami Kesatuan Sekerja membela nasib kaum pekerja.
Perjanjian Bersama ke 8, In Syaa Allah perundingan akan bermula pada 11.1.2016, setiap ahli-ahli RUM menaruh harapan...