27 Januari 2016

MESYUARAT EXCO 26.1.2016 RAMAI TERTANYA CA 8

Alhamdulillah, Mesyuarat Exco semalam berjalan dengan lancar, kehadiran YB Dato Ir Nawawi Ahmad Pengerusi Lembaga Pengarah di sebelah pagi manakala kehadiran YBhg Dato Haji Sarbini Tijan disebelah petang telah mengambarkan hubungan yang sangat baik diantara kedua-dua pihak.


Dalam ucapan Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB akan memberi sokongan kepada permohonan RUM untuk menambah pelarasan gaji namun akan berbincang terlebih dahulu dengan pihak pengurusan.

Ucapan yang sama oleh Presiden KTMB juga sungguh menyakinkan bahawa beliau akan mempertimbangkan tuntutan RUM dengan memberi jaminan akan ada penambahan.


Jawapan balas ini berikutan ucapan Presiden RUM yang mengemukakan rayuan agar mempertimbangkan peningkatan Pelarasan Gaji berdasarkan persetujuan bersama yang dicapai ialah 13% Across The Board, walaubagaimanapun persetujuan RUM bersyarat menerima 13% dengan bantahan serta menuntut pertimbangan sebanyak 15%.

Bagi Gaji Minima persetujuan telah dicapai iaitu Gaji Minima pekerja KTMB ialah RM 1200.00.
Beberapa persetujuan juga telah dicapai dengan penambahan elaun yang sedia ada, cuma tinggal beberapa artikel yang masih kiv menunggu perbincangan semula.

RUM mengucapkan ribuan terima kasih kepada Panel Pengurusan, YBhg Dato Haji Sarbini Tijan, YB Dato Ir Nawawi Ahmad yang perihatin dengan permintaan RUM.

Harapan RUM ialah Lembaga Pengarah KTMB boleh meluluskan seterusnya Kementerian Kewangan.


Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.