26 Januari 2016

Silap menilai

PENULIS

Kenyataan ini menjadi Kenyataan Rasmi Kesatuam Pekerja-Pekerja KTMB

Saya petik rencana yg dilampirkan berbunyi:

"Misalnya, perkhidmatan KTMB yang mahu menjadi patuh syariah. Bagaimana selepas deklarasi itu direalisasikan, masalah keretapi dan tren yang rosak, lambat daripada jadual, sistem pendingin yang tidak berfungsi, yang mana selama ini kekal menghantui para penggunanya.

Bukankah ketika itu, penumpang baik Muslim ataupun bukan Muslim akan mempersoalkan "beginikah perkhidmatan syariah yang ditawarkan Islam" atau mungkin soalan sebegini akan timbul "adakah Islam agama yang tidak kisah perkara sebegini berlaku?". Maka pada akhirnya, rentetan daripada keghairahan sesetengah kita untuk menunjukkan betapa patuh agamanya produk dan perkhidmatan kita akan mengembalikan semula fitnah terhadap agama yang dicintai ini."

Mengapakah hendak dikaitkan dengan perkhidmatan KTMB? Apa masalah penulis dengan KTMB?
Antara komentar penulis mengenai KTMB:

1. Tren rosak
2. Lambat dari jadual
3. Sistem pendingin tidak berfungsi

Kesimpulan yang amat singkat digunakan terhadap KTMB adalah "kita perlu ada rasa malu untuk menggunakan label Islam"

Saya ingin tegaskan kepada penulis bahawa, sekurang-kurangnya pihak KTMB telah membuat pengasingan koc antara lelaki dan perempuan dikawasan yang difikirkan perlu. Penulis mungkin tidak pernah berada didalam kesesakan penumpang yang bercampur antara lelaki dan perempuan. Penulis juga mungkin tidak peka dengan gangguan seksual. KTMB melaksanakan pengasingan untuk menyelamatkan maruah wanita.


"al_farafishah: 

berisalam Baguslah sekarang dah ada koc untuk wanita sahaja.. Tak adalah lagi gangguan terhadap wanita.. Boleh lagi diperluaskan untuk kemudahan awam yang lain contohnya bas, bas ekspres.. Asingkan tempat lelaki dan wanita, sebelah-sebelah... Ini duduk bercampur gaul, driver tengah drive, layan lagu, penumpang belakang buat maksiat.. Bagaimana kalau perjalanan long distance, waktu malam, apapun boleh berlaku.. Salah siapa? Sebab tak ada kesedaran dalam masyarakat dan tak ada usaha nak menangani masalah sosial. Apapun langkah dari pengusaha perkhidmatan awam perlu dimulakan dan masyarakat perlu menyambut baik dan memberikan kerjasama.... Wallahu a'lam..."

Dan banyak lagi yang memuji langkah yang diambil oleh KTMB.

Tren rosak, lambat, penghawa dingin tidak berfungsi bukanlah suatu isu yang patut dijadikan alasan untuk menyalahkan KTMB yang hendak menjadikan KTMB berpaksikan kepada syariah.

Penulis sendiri telah memperakui adanya tren rosak, apabila berlaku kerosakan sudah tentu tren akan lewat tiba distinasi, begitu juga dengan penghawa dingin yang rosak. Tahukan penulis bahawa kereta yang baru keluar dari kilang setelah lulus ujian itu pun pernah rosak?

Penulis cuba membandingkan dengan Jepun, ya saya akui Jepun adalah sebuah negara yang patut dicontohi, kerana ia walaupun tidak 100% mempunyai ciri Islam tapi ia mengambil apa yang telah Islam ajarkan boleh dikatakan hampir 70% mereka menepati ciri2 yang dituntut oleh Islam.

Kita gagal mengikuti langkah negara2 maju tersebut kerana antara sebabnya kita banyak menyalurkan wang kepada gaji menteri berbanding untuk pasarana kemudahan awam. Contoh

1. United Kingdom : 25 menteri kabinet menjaga 63 juta penduduk
2. India : 23 menteri kabinet menjaga 1 bilion penduduk
3. Malaysia : 35 menteri kabinet menjaga kita semua seramai 30 juta penduduk
4. Kabinet Jepun dan AS cuma ada 16 dan 18 menteri sahaja
5. Amerika Syarikat : 18 menteri kabinet menjaga 300 juta penduduk
6. Jepun : 16 menteri kabinet menjaga sekitar 127 juta penduduk

Kita hanya menjaga 30 juta penduduk memerlukan 35 orang menteri berbanding UK hanya 25 menteri untuk 63 juta penduduk dan Jepun hanya 16 menteri berbanding 127 juta penduduk.

Baru-baru ini KTMB memaklumkan kenaikan tambang, sudah ramai yang mengeluh dan menyalahkan KTMB, sedangkan perkhidmatan rel yang lain lebih tinggi dari kenaikan yang dikenakan oleh KTMB tidak pernah disentuh. Untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik dan menganti alat2 yang telah usang, kita perlukan duit, jika kita tidak mampu menjana pulangan yang munasabah sudah pasti sistem pengangkutan rel kita akan terus mundur. 

Berikanalah sokongan moral untuk KTMB terus maju kehadapan melepasi segala rintangan dan halangan.

1. The Malaysian Insider - Apabila Muslim menjual agama dan kafir melanggan nilainya – Siti Aishah
2.  Halaqah.net


Related Posts:

  • Pengerusi Rum Cawangan Gemas (Part 1) Bila di highlightkan dalam Suara RUM mengenai kenyataan dan perbualan saya dalam Whatsapp... Sdr Abdul Hamid Bin Mire, Pengerusi RUM Cawangan Gemas, jelas dan nyata memberi sokongan malah mendesak saya mengeluarkan Datuk E… Read More
  • CABARAN Alhamdulillah... Allah Swt terus memberi kekuatan... untuk terus berjuang... Demi RUM... Demi ahli-ahlinya... Biarpun seribu halangan muncul... tetap aku hadapi... kerana itu asam garam perjuangan.... Andai aku gugur... aku… Read More
  • Bukti Keselamatan Terabai Bukan kenyataan RUM melalui gambar yang dipaparkan, tapi terpanggil bila perkara yang RUM bangkitkan seperti kenyataan ini melalui surat RUM maka saya selaku Presiden RUM dan seramai 96 orang di buang kerja. Kenyataan menyat… Read More
  • PENGERUSI RUM CAWANGAN GEMAS (Part 2) Pengerusi RUM Cawangan Gemas adalah antara yang terbaik di kalangan yang baik. Dalilnya... Memberi maklumat pada RUM seperti mana yang telah dipaparkan dalam Suara RUM. Diteliti keinginan beliau untuk menyampaikan mak… Read More
  • PESANAN Satu saya nak pesan... jangan cari duit/projek/pangkat atau apa jua yang boleh menjual atau mengadai RUM. Jalan singkat ini, akan mengancurkan RUM seterusnya ahli-ahli yang berfaedah. MARUAH RUM tidak boleh dijual beli… Read More