29 Januari 2016

INGATAN PADA AHLI-AHLI RUM MULTIPLE OPERATOR (CADANGAN ASAL RUM)

Idea Multiple Operator adalah cetusan idea dari RUM, idea ni setelah melihat kegagalan Mantan Presiden KTMB yang seolah-olah ketandusan idea dalam menambah pendapatan, ianya berbentuk saingan dengan mengunakan landasan KTMB serta pembayaran pengunaan landasan keretapi kepada KTMB.

RUM sendiri telah membuat presentasi kepada Lembaga Pengarah KTMB yang Pengerusinya ketika itu ialah YBhg Dato Seri Ir Mohd Zin.


Kini idea ini telah diceduk oleh Perbadanan Aset Keretapi (PAK), mengikut maklumat yang diterima aktiviti Multiple Operator diambilalih oleh PAK dan sedang dalam proses penyediaan kertas kerja seterusnya perjanjian, ini berdasarkan PAK kini sedang berusaha menguatkuasakan hak milik "ASET" di bawah milik PAK, malah nadi atau jantung KTMB iaitu Operating Management Control (OMC) akan diambilalih oleh PAK, sekiranya ini benar maka KTMB hanya setaraf operator biasa atau dengan lain perkataan KTMB hanya menjalankan operasi larian tren dan bersaing dengan operator-operator tren yang akan diwujudkan kemudian.

Semua pengunaan facilitis landasan dan sebagainya oleh semua operator tren akan di bayar kepada PAK dan bukan kepada KTMB sedangkan idea RUM ialah semua pembayaran dibayar kepada KTMB.

Difahamkan Hak Milik ASET di bawah pengendalian PAK berasaskan selepas KTMB di swastakan iaitu 1.8.1992.

Usaha sedemikian boleh dianggap KTMB hanya beroperasi apa yang dikatogerikan miliknya sahaja berdasarkan "ASET" adalah milik PAK dan bukannya milik KTMB.

Ini adalah dasar baru yang bakal dilaksanakan, secara logiknya KTMB sebenarnya bukan dikembang dari sudut perniagaan tapi dikecilkan sebagai sebuah operator tren biasa.

Pada dasarnya RUM tidak bersetuju dengan cadangan ini, sepatutnya KTMB dibesar atau dikembangkan skop perniagaannya malah sepatutnya semua sistem keretapi dinegara ini adalah di bawah pengendalian KTMB tetapi sebaliknya berlaku KTMB hanya sebuah syarikat picisan dan akhirnya KTMB bakal turut dijual. Perancangan sebegini pada pandangan RUM adalah satu cadangan murahan.

Diakhirnya KTMB hanya tinggal sebuah nama sebagai satu lipatan sejarah negara.
Hanya tinggal sebuah memori yang indah seperti mana Bengkel Sentul suatu ketika dahulu "gah" sebagai sebuah Bengkel Keretapi terbesar di Asia Tenggara.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB