RUM telah mengeluarkan kenyataan ini selepas ianya dicadangkan oleh Perwakilan UMNO. Maka implementasinya telah dibuat melalui semakan BAJET 2016. (Rujuk lampiran dibawah)
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
https://facebook.com
https://facebook.com
GESAAN PERWAKILAN UMNO (KWSP PEKERJA DITURUNKAN)
RUM tertarik dengan kenyataan perwakilan UMNO yang menggesa agar caruman KWSP pekerja diturunkan supaya pendapatan bulanan bersih lebih tinggi.
Terlebih dahulu RUM ingin merakamkan ucapan terima kasih kerana Perwakilan UMNO sendiri mengakui bahawa peningkatan KOS SARA HIDUP meningkat bagi rakyat, kenyataan ini telah membuktikan bahawa rungutan RUM selama ini terbukti kebenaran, apatah lagi pekeja KTMB yang berkhidmat di bawah perkhidmatan sosial menikmati gaji di bawah pasaran.
RUM juga tertarik dengan gesaan penurunan kadar simpanan "KWSP PEKERJA", gesaan ini tidak melambangkan kebijaksanaan perwakilan berkenaan sehingga menggesa satu cadangan kononnya boleh mengurangkan kos sara hidup.
RUM ingin menekankan penurunan KWSP PEKERJA bukanlah langkah bijak kerana ianya menjejaskan simpanan hari tua, persoalannya adakah hari tua pada pekerja yang telah bersara boleh diberi jaminan bahawa tiada kos peningkatan sara hidup?
Penurunan 1% atau 2% atau 5 % daripada pekerja khususnya yang berpendapatan rendah juga tidak memberi sebarang impak dalam menangani peningkatan kos sara hidup, malah bebanan kos sara hidup tetap dirasai oleh pekerja khususnya yang berpendapatan rendah.
Sepatutnya cadangan perlu dibuat dengan membuat kajian kenapa kos sara hidup boleh meningkat sehingga membebankan rakyat, kerana bebanan ini sungguh dirasai sehingga kehidupan terjejas, gaji bulanan yang diterima tidak mampu untuk menanggung kehidupan.
RUM tidak berhasrat untuk menerangkan apakah punca tetapi RUM yakin khususnya perwakilan UMNO sendiri boleh menilai apakah punca kos sara hidup meningkat malah RUM yakin kehebatan perwakilan UMNO juga mampu memberi solusi terbaik tapi bukannya penurunan kadar KWSP.
Sepatutnya perwakilan berkenaan mencadangkan potongan KWSP MAJIKAN perlu dinaikkan kerana perlu disedari bahawa pekerja yang bersara khususnya yang berpendapatan rendah tidak mampu menanggung kos sara hidup yang kian meningkat malah pulangan simpanan ketika bersara adalah rendah untuk menanggung baki kehidupan seorang pesara.
Justeru itu RUM membantah cadangan penurunan kadar KWSP PEKERJA dan mengesyorkan supaya kenaikan gaji minima seluruh pekerja di negara ini ialah RM 1500.00 kerana cadangan ini adalah lebih munasabah untuk menanggani kos sara hidup.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.