05 Januari 2016

TAMBAH PENDAPATAN

Setiap Bapa @ Pekerja akan berusaha menambah pendapatan, samada sedar atau tidak ini telah pun dilaksanakan, kerana ianya menjadi tanggungjawab Bapa untuk memastikan kehidupan akan bertambah baik atau setidak-tidaknya mampu menanggung kehidupan bulanan.

Kadang-kadang Bapa yang juga pekerja tidak berkesempatan tambah "pendapatan" kerana tanggungjawab hakikinya sebagai pekerja tidak mengizinkan kerana sistem waktu kerja bukan waktu pejabat, iaitu pekerja di luar waktu pejabat atau pekerja syif atau pekerja berterusan.

Kerja lembur atau "overtime" juga adalah sebahagian dari "tambah pendapatan", walau ianya bukan hak pekerja tapi hak majikan yang menentukan berdasarkan kepentingan perkhidmatan, kebanyakkan pekerja bergantung dengan "overtime" malah kerja luar pejabat "outstation". Malangnya bukan semua "overtime" dan "kerja luar pejabat" boleh diharap selama-lamanya kerana bergantung kepada kepentingan perkhidmatan. Ketika inilah masalah berlaku, bila "take home pay" tidak mencukupi untuk menanggung perbelanjaan bulanan kerana "tambah pendapatan" melalui "overtime atau outstation telah dibekukan", bila ini berlaku nak "tambah pendapatan" cara lain tersangkut dengan kekangan waktu kerja dan arahan kerja yang bergantung kepada keperluan perkhidmatan.

Justeru itu berdasarkan perkara inilah, maka untuk menanggung kehidupan dengan kos sara hidup yang tinggi, maka keperluan tanggungan bulanan yang mencukupi bagi seorang pekerja @ bapa perlu ditingkatkan seperti "gaji minima" dan "gaji bulan" yang munasabah, "tambah pendapatan" dari aspek "overtime dan outstation" sebagai "bonus", "bonus" inilah sebagai "tabungan" samada untuk sambutan hari raya mahupun persediaan persekolahan.

Maka itu gaji minima yang bersesuaian ketika ini ialah RM 1500.00 kerana ia mampu menanggung kehidupan sebulan seorang pekerja.
Perlu disedari bahawa gaji atau upah yang baik akan memberi produktiviti yang baik, kualiti kerja meningkat kerana setiap permulaan kerja datangnya dari rumahtangga yang bahagia.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

Related Posts:

  • BELANDA DAPAT TANAHMacam nilah... apa nak ckp... berlagak semacam.... pusing kiri... pusing kanan.. kira sana.. kira sini... ukur sana... ukur sini... pacak sana... pacak sini... "INI AKU YANG PUNYA"... hahaha... Bila-bila masa boleh debat deng… Read More
  • LAWATAN KE SEIBU JEPUNSaya terlebih dahulu memohon maaf kepada Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB YB Dato Ir Nawawi Ahmad, YBhg Dato Haji Sarbini Tijan Presiden KTMB dan Semua Lembaga Pengarah KTMB kerana tidak dapat menyertai lawatan Ke Seibu Jepun … Read More
  • Salam Maal Hijrah.. Semoga perjalanan hidup kita sentiasa diberkati, dipermudahkan serta sentiasa dalam bimbingan juga hidayah dari yg Esa, yang berkekalan.. Semoga kita menjadi insan yang lebih baik.. In shaa Allah..… Read More
  • KETEGASAN RUMINGATAN KEPADA KEMENTERIAN PENGANGKUTAN PIKET Nak bagitau kat SEMUA AHLI-AHLI RUM.. tenguk Depoh KL Central... dah kena tutup... lepas ni Gemas... ugutan nak tutup Tumpat... dengar citer Depoh KL Central nak sewa kat satu sya… Read More
  • Menjana Pendapatan KTMBUtk info sebenarnye da 11tahun keadaan stsen komuter btg benar ni aku peratikan.. Setakat yg aku kerja ni ade dua kali cubaan company luar utk amik amik business parking kat sini.. Td merupakan kali kedua..so mksdnye dgn kerj… Read More