01 Januari 2016

SELAMAT DATANG 2016 SEBUAH HARAPAN

Setiap kepahitan pasti ada kemanisan, 2015 berlalu 2016 datang, pasti mengharapkan sebuah harapan, harapan yang mengunung tinggi.

Kos sara hidup menjadi satu cabaran dalam menghadapi sebuah kehidupan, seorang pekerja yang dikatogerikan berpendapatan rendah, satu perjuangan bagi kami Kesatuan Sekerja membela nasib kaum pekerja.

Perjanjian Bersama ke 8, In Syaa Allah perundingan akan bermula pada 11.1.2016, setiap ahli-ahli RUM menaruh harapan kepada RUM, RUM memohon gaji minima iaitu sebanyak RM 1,500.00 manakala kenaikan sebanyak 51% bagi mengeimbangi kos sara hidup. Harapan yang sangat tinggi bagi seluruh warga RUM.

Keharmonian Perusahaan adalah tunggak harapan kami, menjauhkan sengketa malah berusaha menolak sebarang pertikaian demi matlamat kami agar kedua-dua pihak RUM dan KTMB walaupun cara berbeza matlamatnya sama Selamatkan KTMB, Selamatlah Pekerja.

Menyedari bahawa dalam peringkat pemulihan maka pasti perancangan mengusarkan pekerja, kerisauan timbul bila melibatkan perancangan yang mengusik kestabilan pekerja, peringkat ini akan mewujudkan kepanasan, namun kesabaran amat penting dalam memastikan perancangan mengusahakan yang terbaik untuk KTMB dan Pekerja dengan syarat perkara yang dilakukan tidak bertentangan dengan perundangan.

KTMB masih dipersimpangan perjalanan, kewangan yang getir,  satu lagi cabaran yang akan dihadapi, justeru itu Kerajaan iaitu Kementerian Pengangkutan membantu KTMB dari sudut operasi manakala Kementerian Kewangan dapat membantu dengan kadar segera dalam menghadapi krisis kewangan, keperluan mendesak iaitu bantuan suntikan kewangan dengan segara demi menyelamatkan khazanah negara.

Sesuatu yang gusar berkemungkinan terjadi, pihak-pihak yang berkepentingan tidak berdiam diri, mencari peluang yang ada untuk memecahbelahkan KTMB, RUM berharap pada pihak yang berkepentingan ingatlah asal usul KTMB sebagai perkhidmatan untuk rakyat, kerana KTMB adalah khazanah Negara.

Politik pengurusan hendaklah dihentikan, tiada lagi masa berpolitik dengan niat untuk kepentingan diri, buanglah niat untuk mengkucarkacirkan KTMB sebaliknya bersama @ bersatu dengan Tuan Haji Sarbini Bin Tijan Presiden KTMB dan YB Dato Ir Nawawi Ahmad Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB demi memulihkan KTMB.

Perjalanan masih jauh, tiada alpa mahupun leka kerana cabaran yang mendatang tanpa diduga, tiada pilihan lain, setiap individu RUM perlu bersatu mengekalkan kekuatan demi menghadapi cabaran, tiada masa untuk berasa selesa, tiada masa untuk menyerahkan perjuangan hanya kepada kepimpinan semata-mata, tiada sesekali rasa gentar mahupun takut, kerana perjuangan mempertahankan periuk nasi memerlukan pengorbanan berpadu, bersatu mampu mengegarkan, ayuh terus berjuang demi kita seorang "KULI".

Akhir kata mari kita bersama-sama bersatu demi perjuangan dan maruah seorang pekerja, demi KTMB, Rakyat dan Negara, untuk memastikan KTMB terus gah dipersada pengangkutan terulung negara, semoga dan harapan 2016 sebuah cahaya yang menyinar  kesinambungan hidup sebagai seorang pekerja, kita juga berharap kemelut kos sara hidup dapat diatasi segera demi menjadi rakyat hidup dengan selesa.

Selamat Menyambut Tahun Baru 2016

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja -Pekerja KTMB