31 Disember 2015

"BERAKHIRNYA 2015"SATU MEMORI

Tahun 2015 sungguh menarik meninggalkan seribu kenangan pahit dan manis, kenangan yang mungkin sukar dilupakan bukan sahaja untuk saya selaku Presiden RUM tapi juga kepada pemimpin dan ahli-ahli RUM khususnya yang setia dengan perjuangan Kesatuan Sekerja.


Dari sebuah kemelut pembuangan kerja sehinggalah kepada pemulihan kerja, dari sebuah kezaliman terwujud sebuah perdamaian yang membentuk keharmonian perusahaan.

Getir bila permainan "high level" menjadi sebuah percaturan, perlumbaan kalah mati, diakhiri dengan sebuah kemenangan, terima kasih kepada yang membantu mewujudkan penyelesaian.

Kehadiran Tuan Haji Sarbini Tijan selaku Presiden KTMB telah mengorak langkah awal membaikpulih landasan Pantai Timur, usaha-usaha lain sedang giat dijalan, perancangan melalui Plan Transformasi mengorak langkah, Kementerian Pengangkutan membantu dengan gigih dalam usaha memulihkan KTMB demi sebuah harapan Selamatkan KTMB, Selamatlah Pekerja.

Ketenatan kewangan KTMB berada diparas kritikal, hutang pada kontraktor dengan jumlah yang besar, kelewatan gaji pekerja sebagai satu cabaran besar kepada KTMB mahupun RUM.

Makian, cercaan serta penginaan ibarat satu lumrah permainan, tuduhan dan fitnah menjadi kebiasaan, kekuatan mental mengatasi segala yang diperkatakan, sokongan dan semangat yang diterima cukup mengalakkan, menjadi pemangkin perjuangan pada masa hadapan.

2015 penuh dengan cabaran namun tetap terpalit kegembiraan, senyuman kini kembali dengan semangat perjuangan yang tidak pernah mengenal erti kalah.

Satu memori dan cabaran dalam sebuah perjuangan yang penuh pengertian yang akan menjadi sebuah sejarah RUM yang tidak mungkin dilupakan seiring sejarah Mogok Terbesar RUM pada tahun 1962/63.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menghadapi dan membantu penyelesaian kemelut ini khususnya YAB DATO' SRI  HAJI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK PERDANA MENTERI MALAYSIA.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

Related Posts:

  • BILA BARUA FOLLOW RUM Gambar Hiasan Siapa yang arahkan dan Siapa yang jadi orang suruhan? 1. Presiden KTMB 2. Pengurus Besar Korporat 3. Pengurus Besar Pengurusan Bakat & Pembangunan Organisasi 4. Barua follow RUM Ada 4 kepala di… Read More
  • PETIKAN JAWAPAN BALAS :NOTIS TUNJUK SEBAB". (1) Meninjau kepada perkembangan yang tidak tersusun seumpama ini sekarang melalui satu perlakuan jahil (ignorance) sampai ke tahap ‘TINDAKAN BIADAP’ zaman era baru menjadikan urus tadbir syarikat di bawah kelolaan tuan ‘tungg… Read More
  • PETIKAN JAWAPAN BALAS "NOTIS TUNJUK SEBAB" (3) Gambar Hiasan Beberapa kaedah yang boleh dibuat oleh kesatuan tentang pendekatan menyampai atau menyebarkan maklumat ialah melalui ‘DEMONSTRASI atau PIKET’ yang mana kaedah ini juga adalah salah satu daripada beberapa sal… Read More
  • PETIKAN JAWAPAN BALAS "NOTIS TUNJUK SEBAB" (4) Pada saya jelas tuan telah menyalahgunakan proses ‘TATA KELAKUAN DAN TATATERTIB’ mengarahkan kami agar kami ‘tunjuk sebab’ kerana ‘kenyataan pertuduhan’ seperti terpapar dalam dokumen ‘NOTIS TUNJUK SEBAB’ yang berkenaan me… Read More
  • PETIKAN JAWAPAN BALAS "NOTIS TUNJUK SEBAB" (2) Dengan ini saya bagi pihak kesatuan menyatakan bahawa ‘AKTIVITI KESATUAN’ dikawal oleh ‘Majlis Exco Kesatuan’ mahupun pada program pelbagai atas perkara ‘keboleh jangkaan (predictability)’ atau pada program pembabitan pera… Read More