22 Disember 2015

BUDIBICARA MUTLAK (AKHIR)

PERANAN KESATUAN SEKERJA

Kesatuan Sekerja memainkan peranan yang besar untuk  berunding atau menasihat atau menegur  ianya selaras dengan Seksyen 13 (3) (Akta 177) yang tidak menghalang Kesatuan Sekerja untuk menimbulkan persoalan-persoalan bersifat umum berkaitan prosedur-prosedur kenaikan pangkat atau lain-lain perkara.

Sifat "UMUM" ini seolah-olah  satu kelemahan kepada kesatuan sekerja namun "LEBIH BAIK" daripada mereka yang "BUKAN AHLI KESATUAN" atau "TIADA KESATUAN SEKERJA"  yang semestinya "AKUR" dengan segala arahan majikan atau tertakluk dengan Akta Kerja (Akta 265) sahaja.

"LEBIH BAIK" maksudnya "KESATUAN SEKERJA" mempunyai "SUARA" yang "TIADA HAD" malah mempunyai "IMUNITI" berdasarkan peruntukan Akta Kesatuan Sekerja (Akta 262).

Namun demikian persoalan yang ada bolehkah pihak kesatuan menghalang? dari sudut undang-undang, boleh tapi pasti dicabar oleh Majikan, perlu disedari bahawa undang-undang boleh dianggap "berat sebelah" maka ianya sangat berisiko, risiko inilah memangkinkan kesatuan berhati-hati dalam membuat "keputusan", keutamaan Kesatuan Sekerja ialah perundingan secara harmoni demi kepentingan Pekerja maupun Syarikat bagi memastikan Keharmonian Perusahaan terjalin.

Bagaimana membolehkan sesuatu perkara itu, boleh menghalang dan mengekang sifat "kapitalis"?

Inilah yang selalu diperkatakan melalui tulisan-tulisan yang tercatat dalam Suara RUM sebelum ini iaitu :-

1. TEMPOH
2. BERSATU PADU
3. KEKUATAN

Sekiranya ketiga perkara (1)  (2) dan (3)  tiada, maka hak untuk menghalang sesuatu perkara atau menuntut sesuatu perkara di bawah pertikaian hanya akan berakhir di Mahkamah, pada Kesatuan Sekerja pilihan terakhir setelah tiada pilihan lain maka baru boleh membawa sebarang pertikaian ke Mahkamah.

Ini berdasarkan undang-undang yang ada boleh dianggap tidak memihak kepada golongan pekerja, undang-undang lebih memihak kepada golongan "KAPITALIS", maka itu Kesatuan Sekerja dan ahli-ahlinya tiada pilihan lain selain memenuhi dua (2) dan (3)  di atas sebagai pilihan sebelum berakhir ke Mahkamah "sekiranya tidak!" perkataan yang lebih tepat ialah "YES BOSS".

Sekian.

Catatan.

Sedikit perkongsian untuk ahli-ahli RUM, mudah2an faham bagaimana RUM menjalankan aktivitinya, tomahan n cacian yang diutarakan seperti  "upgrade" atau lain-lain perkara, RUM juga yang dipersalahkan. 

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.