02 Disember 2015

PENGIKTIRAFAN KESATUAN KEFAHAMAN UNTUK PEKERJA BUKAN EKSEKUTIF KTMB

Mengikut peruntukan undang-undang bahawa pengiktirafan kesatuan sekerja hendaklah mempunyai 50% + 1 dari keseluruhan pekerja bukan eksekutif.

Alhamdulillah RUM mempunyai sejumlah kurang lebih 75% dari jumlah keseluruhan pekerja bukan eksekutif.

Sekiranya RUM tidak mempunyai sejumlah yang ditetapkan oleh undang-undang maka RUM boleh tidak diiktiraf oleh "MAJIKAN" (KTMB).

Kerana adanya Kesatuan (RUM) yang telah diiktiraf oleh Majikan (KTMB) maka wujudlah Perjanjian Bersama (CA), CA inilah yang telah membantu meningkatkan pendapatan (pelarasan gaji, elaun dan sebagainya), membantu pekerja dari sudut keseluruhan undang-undang yang melibatkan pekerja, mempertahankan KTMB dari diambilalih oleh pihak luar dan bermacam-macam perkara yang melibatkan hasil yang baik untuk kepentingan pekerja dan KTMB dalilnya tujuh (7) CA telah meningkatkan banyak faedah untuk semua pekerja bukan eksekutif.

Apakah implikasi sekiranya RUM tidak diiktiraf oleh "MAJIKAN"?

Sekiranya tidak diiktiraf maka semua faedah yang diperjuangkan oleh RUM akan musnah, paling mudah ialah "Buku CA buang atau koyakan", semua pekerja ikut Akta Kerja iaitu yang paling minima atau apa sahaja yang dilakukan oleh Majikan tiada yang boleh larang @ bantah atau kalau teraniaya maka redha atau kena ambil tindakan taratertib terima sahajalah atau ada pembuangan kerja redhalah, jangan lagi merungut, jangan lagi mengeluh hanya "REDHA", tiada lagi "Pelarasan Gaji" atau tiada lagi tuntutan melalui CA yang paling "best" kita kena terima sahaja kalau jadi seperti "MAS".

Justeru itu, ingatlah, jagalah, sayangi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB yang nama timang-timangannya "RUM", tanpa RUM saudara-saudari tidak menerima faedah seperti apa yang diterima hari ini.

"SAYANGI RUM"

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.

Related Posts:

  • APA DAH JADI DENGAN FLEET DAN MAINTENANCE? PART 3APA DAH JADI DENGAN FLEET n MAINTENANCE? PART 3 Nak bagitau ni... pada SM n MANAGER FLEET n MAINTENANCE BENGKEL BATU GAJAH, nampak tak mesej ini, ahli RUM mendesak RUM, ini bukti bahawa pekerja kat Batu Gajah tu dah menyampah… Read More
  • Kejatuhan harga minyak duniaHakikatnya kejatuhan harga minyak menjejaskan ekonomi dunia, negara, syarikat dan individu/rakyat/pekerja. Ape pilihan kita skrg???? Jom beri pandangan Anda.... Pandangan anda dalam hal ini... sangat diharapkan... untuk tinja… Read More
  • CABARAN KEPADA PANEL PERUNDINGAN PENGURUSAN KTMB (2)ADA BERANI KAH? RUM yakin "PANEL PERUNDINGAN KTMB TIDAK BERANI!" Nak dalilnya? Ada yang nak tau dalilnya... RUM kalau panas... idea menulis ini bercambah-cambah... ada saja nak menulis... tangan tu gatal je... Wakakakaka... … Read More
  • CABARAN KEPADA PANEL PERUNDUNGAN PENGURUSAN KTMB Saya cabar PANEL PENGURUSAN KTMB agar tidak menerima "PELARASAN GAJI", saya bersedia selaku pekerja yang berjawatan TUKANG K2 KANAN yang juga layak terima 13% pelarasan gaji sanggup untuk tidak menerima PELARASAN GAJI malah … Read More
  • BELIA RUMOrang mungkin pandang rendah, mereka beranggapan BELIA RUM ini tin kosong, BELIA RUM ini "PAK ANGGUK", kalau ini mereka andaikan... itu satu kesilapan... Sejauh mana pengetahuan ku, pengalaman aku, semua aku curahkan kepada B… Read More