17 Disember 2015

PERTUKARAN

Pihak kesatuan menyedari bahawa hak pertukaran adalah "BUDI BICARA MUTLAK HAK MAJIKAN".

Namun dalam ertikata lain peruntukan "DASAR PERTUKARAN" telah wujud sebagai garis panduan.

Pertukaran secara besar-besaran pernah dilakukan seperti Penutupan Bengkel Sentul, Perpindahan Perumahan Jalan Strachan Sentul, Perumahan Sentul Pasar, Perumahan Town Ship, Sentul, Penutupan Depoh Falim, Penutupan Depoh Johor Bharu, Penutupan Depoh Singapura dan sebagainya.

Berdasarkan penutupan atau perpindahan maka garis panduan yang sedia ada boleh digunapakai bagi memudahcara pertukaran.

Maka jalan terbaik bagi penyelesaian ialah mengikut tatacara perpindahan atau pertukaran pekerja bagi memastikan kebajikan pekerja terjamin.

Perlu disedari mengunakan pendekatan mudah boleh mewujudkan masalah kepada pekerja, keluarga  pekerja seterusnya melemahkan semangat pekerja dalam menjalankan tugas harian.

Justeru itu Pengurus Besar Modal Insan dan Pembangunan Organisasi perlu peka dan menyelami masalah pekerja dengan meletakkan diri sebagai pekerja bawahan atau dinasihatkan  buka fail lama tenguk balik apa yang telah dipraktiskan sebelum ini.

RUM memandang serius mengenai perkara ini, beberapa siri perundingan telah dijalankan oleh Pegawai Kesatuan dan Pihak Pengurusan, dukacita jalan penyelesaian masih belum tercapai, maka adalah diharapkan demi keharmonian perusahaan perkara ini dapat diselesaikan dengan mengambilkira kepentingan kebajikan pekerja malah aspek keselamatan perlu diberi keutamaan.

RUM terpaksa mengeluarkan kenyataan ini setelah mendapat tahu surat pertukaran dikeluarkan tanpa pengetahuan RUM, sedangkan beberapa siri rundingan sedang dijalankan.

RUM juga akan menghantar surat rasmi petang ini, dengan memohon menyegerakan perundingan serta menangguhkan semua pertukaran.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

Related Posts:

  • TEORI RUM Gambar Hiasan 1. Apakah kaitan diantara Presiden KTMB dengan MMC 2. Apakah kaitan antara perancangan "union busting" iaitu penggantungan pemimpin kesatuan RUM dengan Projek Kargo. Berdasarkan 2 persoalan di atas maka ian… Read More
  • PROJEK KARGO Siapakah yang memberi kebenaran kepada MMC untuk membuat "Due Dilligence" Kargo? Sedarkah semua maklumat sulit dalam kargo diberi pada MMC untuk dilihat, dikaji dan memberi peluang pada MMC menyusun langkah mengambilali… Read More
  • BUSINESS TIMES NST TODAY: MMC plan said to get KTMB backing 17 AUGUST 2014 @ 11:44 PM BY SHAREN KAUR KUALA LUMPUR: MMC Corp Bhd, which aims to control Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB), has presented a proposal to privatise the cargo operations, and initial estimates put the sum at … Read More
  • Lawan tetap lawan Gambar Hiasan Satu kebaikan kena gantung ni, pegawai RUM tetap bekerja, tapi kerja RUM, maka tumpuan pun lebih pada kerja-kerja RUM, meriah sikit kat pejabat RUM. Hikmah di sebalik kena gantung kerja banyak memberi fae… Read More
  • RUM TETAP SEBAGAI WATCH DOG! Gambar Hiasan Bila kita menjawat jawatan samada sukarela atau pun di bayar gaji atau pun elaun, samada jawatan dia Penyelenggaraan Am, Presiden KTMB mahupun Lembaga Pengarah KTMB, maka yang perlu ialah keikhlasan bukan ke… Read More