23 Disember 2015

CUEPACS VS MTUC

CUEPACS

Cuepacs adalah Kesatuan Gabungan Pekerja-Pekerja Sektor Awam

MTUC

MTUC adalah Kesatuan Gabungan Pekerja-Pekerja mewakili 3 sektor iaitu:-

1. Swasta
2. Sektor Awam
3. Badan Berkanun

Maka secara umumnya MTUC adalah Kesatuan Gabungan Pekerja-Pekerja Malaysia yang mewakili seluruh pekerja di Negara ini.

Tapi nampaknya...

Cuepacs lebih terserlah berani melahirkan kenyataan kos sara hidup manakala MTUC sehingga hari ini, seingat saya (mungkin terlepas pandang, kalau ada mungkin rakan-rakan MTUC boleh memperbetulkan) tiada sebarang kenyataan.

Bila soal kehidupan seorang pekerja, maka kos sara hidup memainkan peranan utama untuk meneruskan sebuah kehidupan, kalau ini tidak diutarakan oleh sebuah organisasi besar seperti MTUC yang mewakili kesatuan sekerja malah pekerja di negara ini, maka MTUC tidak lagi berperanan sebagai organisasi yang memperjuangkan nasib pekerja, ibarat MTUC kini tinggal nama.

Gaji minima RM 1200.00 untuk penjawat awam yang diumumkan oleh Kerajaan melalui bajet 2016, masih diakui oleh Cuepacs bahawa penjawat awam ibarat kais pagi makan pagi. Manakala bagi pekerja negara khususnya sektor swasta yang diumumkan melalui Bajet 2016 ialah RM 1000.00 tidak kedengaran suara MTUC.

Sejujurnya mulut saya celupar, kalau saya hadir dalam Mesyuarat Majlis Am saya akan bangkit berhujah dengan lantang, tu sebab saya malas nak hadir, sebab saya dah bosan dengan kerenah dalam MTUC.

Penggal sebelum ini saya asyik menghentam dalam Suara RUM malah dalam akhbar, sampai orang naik menyampah dengan saya, so kini saya membisu, mendiamkan diri malah mungkin selepas ini saya tidak lagi berada dalam arena MTUC, kerana saya sendiri mahu generasi baru mengolah sendiri perjuangan untuk masa depan mereka.

Yang lama-lama tu udahlah... bagilah generasi baru untuk mengambilalih tampuk kepimpinan termasuk dalam Majlis Am, bagi yang benar-benar nak berjuang demi kepentingan kaum pekerja bukan untuk kepentingan peribadi atau sekadar nak glamour, secara peribadi saya dah muak  dengan kerenah yang berlaku dalam MTUC.

Simpati dengan nasib pekerja, tiada suara yang benar-benar mampu bersuara untuk kepentingan kaum pekerja di negara ini.

Mudah-mudahan MTUC bangkit dari mimpi menjadi sebuah organisasi yang disegani untuk kaum pekerja di negara ini, kasihani pekerja, siapa lagi yang mampu membela nasib pekerja kalau tidak MTUC.

Presiden RUM
Ahli Majlis Am MTUC