02 Disember 2015

PERJANJIAN BERSAMA (CA) KE 8(BERCUCUK TANAM)

In Syaa Allah perbincangan Perjanjian Bersama (CA) ke 8 akan diadakan pada bulan Disember 2015 sebelum berakhirnya Perjanjian Bersama ke 7 pada 31 Disember 2015.

CA ini sangat penting untuk meningkatkan pendapatan semua pekerja "non eksekutif".

Yang menarik usaha-usaha ini datangnya dari Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB (RUM), kalau CA ini dinamakan yang ke 8, maksudnya sudah ada 7 CA, kalau 7 CA bermaksud 7 kali pekerja dapat kenaikan pelarasan gaji, usaha siapa?
Usaha itu adalah usaha Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB dengan nama timang-timangannya adalah RUM.

Yang sedih...

"Saya tak jadi "Ahli Rum" pun dapat jugak buat apa jadi "Ahli RUM" kata-kata bukan ahli.

Adoiiiiiii......

Beginilah...

Kita ada sebidang tanah, dari tanah kosong, kita tanam benih, kita buh baja, kita siram air, sampailah pokok yang kita tanam itu besar, kemudian berbunga dan akhirnya berbuah, maka hasilnya patut dipetik oleh siapa?

Jawapannya..

Sudah tentu kita... kita itu siapa?


Kita itu ialah ahli-ahli RUM...

Kalau bukan ahli RUM?


Apa jawapannya?

Jawapannya...

Sendiri jawablah...

Biarlah "KITA" itu sama-sama bercucuk tanam, sampai memetik buah... tak manis ambil hasil orang... kerana hasil orang itu milik orang yang bercucuk tanam, hasil titik peluh ahli-ahli RUM yang sama-sama berjuang...

Justeru itu sama-samalah jadi "KITA"... KITA itu adalah "AHLI-AHLI RUM", janganlah.... kerja RUM... orang lain... nak untung sama.. adoiiii.... malulah....  ambil hasil orang lain... tambah-tambah yang penting diri sendiri...

"Biarlah basah bersama..."

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB