Bila baca kenyataan atau perkara yang diviralkan oleh banyak pihak samada benar atau tidak, selaku organisasi pekerja, RUM cukup terkilan.
Cuba anda bayangkan anda ditempat pekerja, ketika itu pelanggan terkejut dengan kenaikan harga. Suasana pelanggan yang sangat ramai, tidak berpuas hati, marah ada yang membuat provokasi atau ketika itu ada yang merayu kerana duit tak cukup atau sebagainya.
Tekanan seorang pekerja... mereka bekerja, gaji mereka kecil, kena asakan, ada yang mempunyai kesabaran yang tinggi, ada juga yang tidak mempunyai kesabaran, itu namanya pekerja adalah insan yang mempunyai hati dan perasaan kerana pekerja bukan "robot".
Fahamilah mereka, mereka cuba menjalankan tanggungjawab, berusaha sebaik mungkin menjawab sebarang persoalan yang mereka tahu sahaja, ada juga yang mereka tidak tahu seperti sebab kenaikan... itu belum yang bertanya bertubi-tubi...soalan yang sama... orang yang sama... dijelaskan... tidak juga mahu faham-faham... mahu tak angin satu badan... boleh sakit jiwa... tapi kami tetap faham..."customer always right"... tapi kami juga bukan robot.... tolong fahami kami juga....
Mungkin ada yang merayu wang tambang tak cukup, kerana kurang wang, mungkin pekerja itu juga ketika itu tidak mempunyai cukup wang untuk tolong membayarkan, maklum gaji kecil, mungkin pekerja itu juga tinggal wang untuk tambang sahaja...kita tidak tahu...
Kalau pekerja itu membenarkan menjual harga tambang dari harga sebenar, maka wang kutipan hasil akan terjejas.. dari sudut akaun kutipan hasil kurang.. pekerja akan dipersalahkan.. walaupun alasan kesian kerana wang pelanggan tidak cukup... tapi dari sudut perundangan... pekerja akan dituduh mencuri wang syarikat atau pecah amanah... tahukah apa hukumannya...? hukumannya adalah buang kerja...
Nasib seorang pekerja... sini pun kena... sana pun kena.... adoiiii....
Mudah untuk membuat tuduhan... apatah lagi tuduhan itu mungkin berunsur fitnah... kesiankan... kalau pekerja berkenaan di buang kerja... periuk nasi pekerja yang tertuduh telah pun di masukan pasir..
Itulah nasib seorang pekerja...
Iya kita bukan pekerja itu... tapi tidak kah kita mampu menyelami perasaan pekerja itu... pekerja hanya mengikut arahan.. pekerja KTMB bergaji rendah... tapi tekanan dan tohmahan yang diterima... sungguh dasyat... tidak kah kita boleh disebut zalim kerana menganiaya seorang pekerja...
Anda pelanggan mungkin juga seorang pekerja... dia juga pekerja... maka kita sama-sama kena faham hati seorang pekerja.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.