02 Disember 2015

JAWAPAN BALAS

RUM ingin menegaskan bahawa kenyataan ini berupa salah faham yang tidak mengikuti penjelasan RUM melalui kenyataan sebelum ini.

RUM ingin menegaskan bahawa kenyataan kenaikan tambang komuter mendapat sokongan Kesatuan malah telah melahirkan rakaman terima kasih kepada YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.

Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB adalah badan berkecuali yang tidak ada kena mengena dengan pihak pengurusan dan tidak boleh diletakan di bawah pengaruh majikan sehingga Dato Ir Nawawi perlu menasihatkan kesatuan.

RUM tidak menyalahkan YAB Dato Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia, tetapi tidak boleh highlightkan perkara sebenar, kenapa suntikan kewangan lambat sehingga kedudukan KTMB agak getir dari sudut "flow cash", secara umumnya implikasi pasti akan terpalit kepada Kementerian Kewangan sekiranya kenyataan secara umum di buat.

Dalam soal ini, RUM sebagai organisasi yang bertanggungjawab dengan KTMB demi kepentingan pekerja mempertahankan kenyataan yang dinyatakan, kerana masalah ini bukan baru, tetapi telah berlaku sekian lama.

Kita RUM melahirkan kebenaran dan menjadi hak Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB sebuah organisasi yang diiktiraf selaras dengan Akta Kesatuan Sekerja melahirkan kenyataan secara terbuka melalui mana-mana media untuk mempertahankan kepentingan KTMB.

Kepentingan KTMB adalah Kepentingan Seluruh Warga KTMB.

Kenyataan dari blog ini merupakan seolah-olah persepsi yg berniat jahat.


Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB