20 Disember 2015

MASALAH

Dalam kerja kesatuan hari-hari akan menghadapi masalah, setiap hari boleh dikatakan ada sahaja rungutan dikalangan ahli-ahli, ada kala pemimpin kesatuan akan dicerca, dimaki dan dihina, kesabaran yang tinggi perlu dimiliki oleh setiap pemimpin kesatuan.

Menjadi kebiasaan bila terkena batang hidung baru melompat, bila sediakan payung sebelum hujan tak berminat ada yang lari tengah malam.

Dalam ertikata lain, sesuatu masalah bukanlah semudah menjentik jari maka semua yang disebut masalah  boleh diselesaikan sekelip mata. Cakap atau adu sahaja masalah selesai.

Pihak kesatuan pula melihat dari semua sudut seperti kenyataan sebelum ini di  bawah topik "KEPUTUSAN", maka perlu melihat semua sudut termasuk sudut undang-undang, kesilapan percaturan kesatuan dengan mengikut kehendak atau selera pengadu tanpa mengambil kira semua aspek maka yang menjadi masalah adalah individu yang terlibat dengan masalah.

Justeru itu "KESABARAN TINGGI" amat diperlukan, luahan maki hamun, mencaci dan menghina bukan satu penyelesaian, sebaliknya penyelesaian perlu secara berhemah dan beradab. Ibarat kata kalau nak minta tolong tentu bahasanya bersopan, manis didengar bila nak tolong tu pun rasa seronok.

Perlu disedari bahawa pemimpin kesatuan bukan "makan gaji" tapi mereka berkhidmat secara "sukarela", maka mereka juga mempunyai hati dan perasaan apatah lagi mereka beranggapan ini adalah perjuangan, dalil perjuangan mereka sanggup dibuang kerja, malah ketika dibuang kerja tiada yang bertanya khabar.

Maka itu setiap individu tidak kira pemimpin kesatuan atau ahli-ahli RUM perlu bersabar, kerana kesabaran boleh menghasilkan keputusan yang baik, "demi masa @ tempoh" maka kesabaran pun hilang, maka arahan selanjutnya ialah patuh arahan pemimpin kesatuan, ketika itu baru luahkan kemarahan secara bersama.

Kepercayaan kepada pemimpin sangat penting, kerana perlu disedari Pemimpin kesatuan tidak akan lari dari tanggungjawab, sebaik mungkin akan berusaha menyelesaikan apa jua masalah yang wujud, kerana pemimpin kesatuan biasa bermain dengan api.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.

Related Posts:

  • USAHA TERPUJI Satu lagi usaha bakal menjadi kenyataan ialah menjadikan Malaysian Railway Academic (MYRA) sebuah Universiti KTMB, kini MYRA telah setaraf kolej bakal mengeluarkan Sijil bertaraf Diploma.  Sebelum ini MYRA pusat … Read More
  • FLASHMOB Awat masa 6000 Pekerja Mas di tamatkan perkhidmatan kumpulan ni tak buat flashmob? Tau ke pekerja MAS ada anak juga belajar ke Universiti? Kalau terjadi apa2 kepada pekerja KTMB macam pekerja MAS, kumpulan ni nak bagi … Read More
  • FLASHMOB RUM telah menerima info bahawa ada satu kumpulan membuat Flashmob mengenai kenaikan tambang Komuter. RUM juga tidak teragak-agak mengambil tindakan yang sama dengan mengadakan Flashmob menyokong kenaikan harga tamba… Read More
  • FLASHMOB (HERO KONON) Perjuangan RUM adalah untuk Pekerja KTMB dan memastikan KTMB terus kekal bukan sahaja kerana sejarahnya tapi kerana KTMB adalah untuk kepentingan rakyat. Ramai orang tak sedar, ramai orang tidak tahu, mereka hanya mel… Read More
  • Komuter: KTMB masih rugi RM60 juta MUKADIMAH: PENGERUSI Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Datuk Ir. Nawawi Ahmad (gambar) mengikuti komen-komen dari Facebook dan WhatsApp sebaik sahaja pengumuman kadar tambang baharu perkhidmatan komuter KTMB kelmarin. … Read More