22 Disember 2015

BUDIBICARA MUTLAK (BERKONGSI INFO)

Antara sebutan yang disebut dalam artikel Perjanjian Bersama ialah "BUDIBICARA MUTLAK" yang mana diberi sedikit kelonggaran,  di bawah Seksyen 13 Akta Perhubungan Perusahaan (Akta 177) dengan lain perkataan samada tersurat atau tersirat sebenarnya ialah "HAK MAJIKAN".

Suka dihuraikan seperti di bawah ini:-

"BUDIBICARA"

"Budibicara" lebih kepada maksud "ehsan, simpati, kesian atas dasar kemanusiaan @ insan".

Bila disebut soal kemanusiaan atau insan maka kita akan memikirkan keperluan seorang manusia@insan, maka naluri seorang manusia sewajarnya ada ehsan, simpati atau kesian, keperluan ini berdasarkan beberapa perkara khususnya melibatkan "pekerja", seperti kos sara hidup, kesusahan, kesengsaraan malah produktiviti seorang pekerja yang mungkin terjejas dari sudut pekerjaan berdasarkan kesusahan dan kesengsaraan.

MUTLAK

"Mutlak" lebih kepada maksud atas dasar "KEPENTINGAN PERKHIDMATAN @ SYARIKAT" tanpa memperdulikan kepentingan dan keperluan seorang "manusia@insan" tetapi semata-mata untuk kepentingan syarikat atau lain perkataan "no compromise".

RINGKASAN KANDUNGAN  SEKSYEN 13 (3) AKTA 177

a) Kenaikan Pangkat

b) Pertukaran Kerja

c) Pengambilan Kerja dan Melantik Pekerja

e) Penamatan perkhidmatan

d) Memecat atau Mengembalikan Tugas

f) Penyerahakkan atau peruntukan tugas-tugas atau tugas khas

BUDIBICARA MUTLAK

"Budibicara Mutlak" sebenarnya lebih kepada kepentingan keseluruhan organisasi, yang pada dasarnya mementingkan atau mewujudkan sesuatu perancangan berdasarkan "kepentingan perkhidmatan bersekalian dengan kemanusiaan".

Dalam ertkata lain rangkuman ayat "BUDIBICARA & MUTLAK" memberi pengertian yang cukup luas kepada kepentingan "syarikat" samada  melibatkan organisasi mahupun pekerja, "keehsanan" dari sudut "kemanusiaan" bersekali "produktiviti", kedua-dua aspek ini penting untuk memastikan "kepentingan perkhidmatan" berjalan dengan sukses demi "kepentingan syarikat" rangkuman kedua-dua perkataan ini secara tersiratnya demi sesebuah organisasi yang mempunyai manusia sebagai pekerja.

Berdasarkan huraian di atas

1. "MUTLAK"   selalu digunakan oleh  golongan "kapitalis" ianya tidak mempunyai sifat  "kemanusian atau insan atau ego atau apa jua sebutan yang sesuai", dari sudut ini undang-undang yang ada "tidak menyebelahi pekerja tetapi majikan", kesempatan ini digunakan oleh golongan "kapitalis" yang beranggapan seorang pekerja yang di bayar gaji adalah seorang "hamba", atau ertikata lain "hamba zaman moden" atau lebih mementingkan keuntungan semata-mata.

2. Mana-mana Syarikat yang mengamalkan "pekerja adalah aset", sifat "budibicara" untuk seorang "insan" khususnya "pekerja" akan jadi satu amalan yang sihat bukan sahaja untuk seorang yang digelar "pekerja" tetapi untuk kepentingan dan kemajuan sesebuah syarikat. Satu pendekatan secara berkongsi untuk bersama-sama memajukan Syarikat, faedah keberuntungan dikongsi secara bersama iaitu untuk Syarikat dan Pekerja.

KONKLUSI

Undang-undang yang wujud boleh dianggap "berat sebelah" kerana meletakkan jurang antara Majikan dan Pekerja, malah undang-undang sedia ada menjerumuskan pilih kasih atau memberi ruang yang besar kepada pekerja yang berkepentingan diri, meletakkan Majikan "I'm THE BOSS" dan sistem "kapitalis" berleluasa.

Maka itu peranan penting ialah "MENYEDARKAN MAJIKAN" walaupun undang-undang tidak menyebelahi pekerja, peranan ini perlu dimainkan oleh  mereka yang terlibat secara khusus dengan "SUMBER MANUSIA" agar "SISTEM KAPITALIS" yang wujud perlu dihentikan demi kemajuan sesebuah Syarikat dan amnya Negara. Perkongsian antara Majikan/ Pekerja perlu jadi agenda utama dalan memajukan Syarikat dengan prinsip bahawa "PEKERJA ADALAH ASET", mampu menjadikan  Syarikat Maju, Negara Perkasa.

PERANAN KESATUAN SEKERJA

Kesatuan Sekerja memainkan peranan yang besar untuk berunding, menasihat atau menegur  ianya selaras dengan Seksyen 13 (3) yang tidak menghalang Kesatuan Sekerja untuk menimbulkan persoalan-persoalan bersifat umum berkaitan prosedur-prosedur kenaikan pangkat atau lain-lain perkara.

Sifat umum ini jelas mengambarkan bahawa ianya satu kelemahan kepada kesatuan sekerja namun lebih baik daripada mereka yang "BUKAN AHLI KESATUAN" yang semestinya "AKUR" dengan segala arahan majikan.

Namun demikian persoalan yang ada bolehkah pihak kesatuan menghalang? dari sudut undang-undang, boleh tapi pasti dicabar oleh Majikan, perlu disedari bahawa undang-undang boleh dianggap "berat sebelah" maka ianya sangat berisiko, risiko inilah memangkinkan kesatuan berhati-hati dalam membuat keputusan, keutamaan Kesatuan Sekerja ialah perundingan secara harmoni demi kepentingan Pekerja maupun Syarikat bagi memastikan Keharmonian Perusahaan terjalin.

Bagaimana membolehkan sesuatu perkara itu, boleh menghalang dan mengekang sifat "kapitalis"?

Inilah yang selalu diperkatakan melalui tulisan-tulisan yang tercatat dalam Suara RUM sebelum ini iaitu :-

1. TEMPOH
2. BERSATU PADU
3. KEKUATAN

Sekiranya ketiga perkara (1)  (2) dan (3)  tiada, maka hak untuk menghalang sesuatu perkara atau menuntut sesuatu perkara di bawah pertikaian hanya akan berakhir di Mahkamah, pada Kesatuan Sekerja pilihan terakhir setelah tiada pilihan lain maka baru boleh membawa sebarang pertikaian ke Mahkamah.

Ini berdasarkan undang-undang yang ada boleh dianggap tidak memihak kepada golongan pekerja, undang-undang lebih memihak kepada golongan "KAPITALIS", maka itu Kesatuan Sekerja dan ahli-ahlinya tiada pilihan lain selain memenuhi dua (2) dan (3)  di atas sebagai pilihan sebelum berakhir ke Mahkamah "sekiranya tidak!" perkataan yang lebih tepat ialah "YES BOSS".

Sekian.

Catatan.

Sedikit perkongsian untuk ahli-ahli RUM, mudah2an faham bagaimana RUM menjalankan aktivitinya, tomahan n cacian yang diutarakan seperti  "upgrade" atau lain-lain perkara, RUM juga yang dipersalahkan. 

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.