24 Disember 2015

HUBUNGAN BAIK

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Selamat Menyambut Maulidul  Rasul
Selawat dan Salam buat Nabi Junjungan Kita MUHAMMAD S.A.W

HUBUNGAN BAIK

Alhamdulillah syukur hubungan yang baik terus terjalin dengan kedua-dua peneraju utama KTMB iaitu YB Dato Ir Nawawi Ahmad, Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB dan Tuan Haji Sarbini Tijan Presiden KTMB, hubungan antara pengurusan KTMB dan RUM atas jalinan keharmonian perusahaan demi masa depan KTMB dan Pekerja.

RUM memohon janganlah mengadu domba atau melagakan hubungan ini, beri keyakinan dan kepercayaan kepada kedua-dua peneraju KTMB dalam usaha memulihkan KTMB.

Usaha memulihkan KTMB bukan sesuatu usaha yang mudah, tidak seperti menyebut dengan satu perkataan tetapi dengan kesungguhan dan komitmen yang sangat tinggi.

RUM sedar bahawa ramai yang marahkan RUM kerana "backup" Tuan Haji Sarbini Bin  Tijan, ada juga yang tidak senang melihat hubungan ini terjalin, malah sedang memerhati sejauh mana hubungan ini terjalin.

RUM selalu berperinsip bahawa selagi perkara yang baik dilakukan maka RUM  akan mempertahankan Presiden KTMB biarpun RUM terpaksa menerima segala tohmahan atau sebagai "kambing hitam", cuma kalau bertentangan jangan "salahkan RUM".

Setakat ini Presiden KTMB telah melakukan tugas dengan baik malah RUM memahami usaha beliau, dalam keadaan kekangan kewangan beliau terus berusaha untuk memulihkan KTMB, marilah kita bersama-sama berdoa serta berganding bahu agar segala rintangan dan kekangan yang ada dapat diatasi dengan izin Allah Swt. In Syaa Allah

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB