08 Disember 2015

KTMB dijangka rugi RM55 juta tahun ini

KUALA LUMPUR 7 Dis. - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dijangka mencatatkan kerugian RM55 juta pada tahun ini daripada jumlah kerugian terkumpul RM1 bilion, akibat kos operasi termasuk penyelenggaraan dan perkhidmatan yang kini semakin meningkat.

Sehubungan itu, syarikat tersebut turut menerima subsidi tambahan daripada kerajaan sebanyak lima sen setiap kilometer bagi seorang penumpang untuk menanggung kos keseluruhan operasi dan memastikan kualiti perkhidmatan dapat diberikan kepada rakyat di negara ini.

Presidennya, Sarbini Tijan ber­kata, pemberian subsidi dan penstrukturan tambang baharu tersebut dapat menampung sebanyak 40 peratus keseluruhan kos operasi KTMB setiap tahun.

“Bagaimanapun, tambang baharu tersebut hanya melibatkan laluan Lembah Klang sahaja iaitu dari Tanjung Malim ke Sungai Gadut dan Batu Caves ke Pelabuhan Klang.

“Bagi tambang laluan selatan dari Sungai Gadut ke Tampin dan laluan utara dari Kamunting ke Gurun, tiada kenaikan dikenakan kepada penumpang,” katanya dalam sidang akhbar khas pelarasan tambang baharu KTMB di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengurus Besar KTM Komuter Azshidah Shah Shahari dan Ketua Komunikasi Korporat KTMB, Ridhwan Arshad.

Dalam pada itu, Sarbini berkata, golongan pelajar boleh memohon kad KTMB i-kad pelajar sebelum 7 Januri ini untuk menikmati poto­ngan harga sebanyak 50 peratus.

“Mereka hanya perlu menunjukkan kad tersebut semasa membeli tiket di kaunter. Ia diberikan kepada semua pelajar institusi pengajian tinggi termasuk pelajar luar negara yang menuntut di negara ini. Pelajar sekolah menengah dan rendah yang memakai uniform, mereka turut memperoleh potongan harga tersebut.

“Selain itu, golongan warga emas dan orang kurang upaya (OKU) juga layak mendapat tambang konsesi jika membeli kad di kaunter dengan menunjukkan kad pengenalan dan kad perakuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” ujarnya.

Sementara itu, menurutnya, pihaknya percaya perkhidmatan komuter turut meningkat dari segi ketetapan masa sebanyak 17 peratus sebelum ini kepada 97 peratus selepas penstrukturan dilakukan.
“Kita turut menambah koc untuk wanita kerana majoriti penumpang adalah daripada golongan tersebut, di samping perkhidmatan yang disediakan serta bercadang menambah laluan perkhidmatan tren elektrik (ETS) dari Kuala Lumpur ke Butterworth yang dijangka bermula pada Tahun Baru Cina akan datang,” katanya. [UTUSAN]

Related Posts:

  • STD - Strategy Transformasion Division / STEP DOWN... STD - Strategy Transformasion Division / STEP DOWN... Dengar khabarnya telah ditukarkan nama kepada "Transformasion Management Office" (TMO) Datuk Presiden KTMB malu kot... cadang nama... STD - STEP DOWN.... terken… Read More
  • Untuk Pengetahuan Ahli-ahli Kargo Pt 1 dan kini hingga Pt 4 adalah draf yang dipaparkan untuk pengetahuan, masih ada lagi sambungannya. Semua tulisan kargo ini, akan dikumpul dan di "polish" untuk dijadikan "memorandum" untuk disampakan kepada YAB … Read More
  • Aktiviti RUM Seksyen 5 (1)(d)(ii) Akta 177 Lencana RUM telah siap dan akan diedarkan pada semua ahli-ahli RUM, cawangan - cawangan hendaklah menyerahkan kepada setiap individu ahli untuk dipakai di baju. Protes mengunakan lencan… Read More
  • KARGO (Pt 5) APAKAH KEPENTINGAN KARGO KEPADA KTMB  Kargo Pt 2 - Pt 4 lebih menjerumuskan pilihan kepada beberapa langkah untuk mengerakkan operasi Kargo dengan menambah lokomotif dan wagon samada modal berdasarkan "smart partne… Read More
  • KARGO (Pt 4) APAKAH KEPENTINGAN KARGO KEPADA KTMB  KTMB adalah sebuah Syarikat Milik Kerajaan "government own company" (GOC) iaitu 100% saham dipegang oleh Kementeran Kewangan yang Diperbadankan, ianya bukan "goverment link com… Read More