29 Disember 2015

SEORANG KETUA RUMAH (KELANSUNGAN SEBUAH KEHIDUPAN)

Menjadi tanggungjawab seorang Suami untuk memenuhi semua keperluan rumahtangga, dari belanja dapur, belanja isteri sampailah belanja anak, melalui pendapatan yang rendah di bawah RM 1000.00, RM 2000.00, RM 3,000 sudah tentu tidak memadai, apatah lagi nak shopping, ini hakikat untuk pekerja yang berpendapatan rendah.

Maka menjadi tanggungjawab suami untuk mencari lain-lain sumber menanggung kos sara hidup, secara bernasib baik pula Suami mempunyai Isteri yang bekerja, maka kurang sedikit beban yang ditanggung, walaupun itu bukan tanggungjawab seorang yang bergelar Isteri, tetapi atas dasar perkongsian hidup maka wujudlah sikap saling membantu.

Namun hakikat sebenar ialah pendapatan sangat rendah, betullah kalau ada kenyataan mengapa tak nak belajar tinggi-tinggi, namun hakikatnya bukan semua bernasib baik, maka alasan itu tidak boleh diterima pakai, maka yang berpendapatan rendah kena menerima hakikat bahawa kenaikan kos sara hidup sebagai membebankan.

Tak payah pergi jauh, hanya kelewatan gaji beberapa hari sahaja, ramai yang merungut malah tak kurang juga memaki, kerana apa? Kantung kewangan tiada berbaki, keperluan untuk berbelanja telah abis, maka adakala terpaksa makan stok maggi yang dalam simpanan.

Mungkin orang yang berpendapatan tinggi tidak merasakan, kerana pendapatan mereka mencukupi, bagi mereka yang berpendapatan rendah cukup terasa.

Terdengar suara rintihan, aku nak sangat shopping, tapi aku tak mampu, aku pergi jugak sogo, tapi bukan nak membeli, sekadar melihat, bagi menyejukan hati bahawa aku juga ke sogo, sekadar memenuhi hasrat, "tak dapat beli tak pe, dapat tenguk pun jadilah".

Janganlah beranggapan hanya melihat pada mata kasar, sedangkan sebenarnya mereka merasa kepedihan, ibarat kata yang berpendapatan rendah sekadar "kais pagi makan petang".

Sekolah dah nak buka pula, kena anak sorang atau dua mungkin boleh menampung kos pembelian baju sekolah serta peralatan sekolah, kalau anak ramai, tika ini berduyun ke koperasi buat pinjaman untuk menampung perbelanjaan sekolah anak, kerana untuk menabung pasti tidak kesampaian, pilihan yang ada meminjam, ini antara hakikat yang berlaku.

RUM menulis berdasarkan rungutan ahli-ahli RUM, keluhan mereka menjadikan RUM terasa terpanggil untuk meluahkan, kesusahan dan keperitan bagi pekerja yang berpendapatan rendah, nampak macam selesa tapi kepedihan hidup sendiri yang merasa.

Semoga ada perhatian serius dalam menangani kos sara hidup demi kelangsungan sebuah kehidupan.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB