04 Disember 2015

KELUHAN AHLI-AHLI RUM

Rata-rata ahli-ahli RUM sentiasa merungut tentang gaji rendah, serba tak mencukupi dan adakala menyalahkan RUM, walaupun pada dasarnya peningkatan gaji melalui Pelarasan Gaji telah berjaya sebanyak 7 kali berdasarkan 7 Perjanjian Bersama (CA).

RUM sedar biarpun peningkatan gaji melalui CA sebanyak 7 kali, namun dengan kos sara hidup yang meningkat, wang gaji bulanan yang diterima semakin kecil, sudah pasti ahli-ahli RUM merungut tambah-tambah bila buat perbandingan dengan penjawat awam terasa kami yang rela diswastakan pada 1 Ogos 1992 seolah-olah dipinggirkan.

Itu belum "bukan ahli" yang duk menyibuk menghasut tapi penat jerih RUM dan perjuangan ahli-ahli RUM di ambil begitu sahaja tanpa malu kononnya "aku juga pekerja KTMB".

Dari sudut RUM, RUM sentiasa memahami kehendak ahli-ahli malah berusaha sedaya upaya untuk cuba memenuhi kehendak ahli, bukan itu sahaja malah kepimpinan RUM sanggup untuk di buang kerja semata-mata berlandaskan perjuangan untuk kepentingan ahli-ahli RUM.

RUM juga memahami kedudukan pengurusan mahupun Lembaga Pengarah KTMB, dengan kedudukan kewangan yang terhad, dengan semuanya diikat, tapi RUM tetap bersama ahli-ahli RUM untuk terus berjuang mendapatkan gaji mengikut pasaran.

Naluri hati setiap pemimpin RUM kini sanggup berjuang bermati-matian semata-mata sayangkan RUM sebagai sebuah Kesatuan Sekerja yang sentiasa mengamalkan kepentingan ahli-ahli.

Undang-undang yang ada sungguh memihak kepada Majikan, ahli-ahli ramai yang tidak mengetahui, ahli-ahli menyerahkan kepada kepimpinan RUM untuk mendapatkan yang lebih baik kerana untuk menyara kehidupan yang mendatang dengan kos sara hidup yang meningkat.

RUM bertanggungjawab pada ahli-ahlinya, justeru itu bila kenaikan tambang komuter di luluskan oleh kerajaan maka RUM mengalu-alukan bukan sahaja untuk KTMB tetapi pekerja KTMB yang berpendapatan rendah.

Harapan RUM adalah ingin melihat faedah kali ini benar-benar memberi kesan yang positif demi menanggung survival seorang "kuli" yakni pekerja KTMB.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.

Related Posts:

  • PEKERJA BANGLADESHAlhamdulillah, terima kasih... ini keputusan bijak, RUM sangat menghargai kenyataan YAB TIM PERDANA MENTERI yang membekukan pengambilan pekerja asing. RUM berharap langkah-langkah yang baik seperti latihan dan mengalakkan pek… Read More
  • TAHNIAH YB DATO IR NAWAWI AHMADRUM merakamkan ucapan TAHNIAH atas penyambungan kontrak YB Dato Ir Nawawi Ahmad selaku Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB. Penyambungan kontrak ini membuktikan bahawa YB Dato Ir Nawawi Ahmad telah menjalankan tugas dengan penuh … Read More
  • PENANGUHAN PENGAMBILAN 1.5 JUTA BANGLADESHPenangguhan ini memberi kelegaan sementara bahawa pihak kerajaan pada dasarnya mendengar keluhan rakyat, usaha penangguhan ini satu langkah yang bijak dan dialu-alukan. Terima kasih. Penangguhan bererti berhenti buat sementar… Read More
  • FAEDAH HOSPITALPegawai RUM telah menunjukkan satu kenyataan dari bukan ahli yang dipaparkan dalam facebook yang mengatakan bahawa faedah pakar tiada dalam CA. Perlu dijelaskan dalam CA. Artikel 50 telah menjelaskan, sebelum buat sebarang ke… Read More
  • PENAMATAN PERKHIDMATAN (DEMONTRASI) KONGSI PENGETAHUAN DENGAN AHLI-AHLI RUM. (BEZA BUKAN AHLI DAN AHLI KESATUAN SEKERJA)Saya terbaca dalam wall mengenai surat penamatan yang dikeluarkan kepada seorang pekerja. Berdasarkan kefahaman saya melalui surat yang dipaparkan tertuduh yang disabitkan kesalahan sehingga "penamatan perkhidmatan" disebabka… Read More