25 Disember 2015

KAMBING HITAM

RUM sanggup jadi "KAMBING HITAM" demi mempertahankan KTMB, RUM tak kan peduli apa orang kata, orang kata tak semestinya betul, kerana apa "persepsi", sebab apa? adakah mereka boleh membaca "nawaitu"? Jawapannya "TIDAK"!

RUM hanya berpendirian untuk kepentingan ahli-ahlinya... RUM faham kesusahan ahli-ahlinya... sebab RUM sebuah organisasi yang mewakili kumpulan yang dinamakan "KULI".

RUM hanya memikirkan nasib seorang "KULI"!

Andai "CUEPACS" sebuah organisasi mewakili "penjawat awam" boleh mengatakan "kais pagi makan pagi, kais petang makan petang", tapi pekerja KTMB... "kais pagi makan malam".

Kasihani kami... kami juga rakyat Malaysia, kami juga mahu sebuah kehidupan yang baik, kami juga memberi perkhidmatan untuk rakyat, kerana kami di bawah perkhidmatan sosial, tanggungjawab kami sebagai pekerja sektor swasta melebihi dari tanggungjawab sektor awam, memberi perkhidmatan sosial tapi berkhidmat sebagai pekerja swasta.

Janganlah kami dianaktirikan, kami hanya mahu kehidupan yang lebih baik bukannya sebuah kehidupan yang kaya raya.

Kami rela dimaki, dicerca malah dihina demi sesuap nasi kami, kami golongan pekerja yang berpendapatan rendah.

Kami adalah RUM...

"Railwaymens Union of Malaya"

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.

Related Posts:

  • SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRISaya bagi pihak Majlis Exco dan Warga RUM mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, semoga Raya ini memberi kegembiraan bersama keluarga tercinta, kepada yang bertugas di Hari Raya, selamat bertugas, terima kasih tidak terhi… Read More
  • MUKA SAMPAH (GM TMOD)Sebentar lagi RUM akan paparkan "MUKA SAMPAH (GM TMOD)" dalam SUARA RUM. Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja Pekerja KTMBA… Read More
  • Inilah wajah GM TMOD..Inilah wajah GM TMOD.. 1. Apa QUALIFICATION GMTMOD mengenai HUMAN RESOURCE? 2. Apa pengetahuan GM TMOD mengenai IR? 3. Apa pengetahuan GM TMOD mengenai CA? 4. Apa pengetahuan GM TMOD mengenai Akta Kerja atau semua undang2 ber… Read More
  • BANTUAN KHAS HARI RAYARUM merakamkan jutaan terima kasih kepada YAB Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang telah meluluskan Bantuan Khas Hari Raya kepada semua Pekerja KTMB. Rakaman terima kasih juga disampaikan ke… Read More
  • ISU DASAR (RAC, CA, KUARTERS & TANAH KEGUNAAN KTMB)Masih banyak kerja yang perlu dilakukan, hari ini mesyuarat Jawatankuasa Induk Keselamatan, Kesihatan, Perkerjaan dan Persekitaran (oshen), yang mana saya tidak dapat hadir kerana saya hanya bertolak ke Kuala Lumpur dari Taip… Read More