
27 Februari 2016
CABARAN KEPADA PANEL PERUNDINGAN PENGURUSAN KTMB (2)
Sabtu, Februari 27, 2016

ADA BERANI KAH?
RUM yakin "PANEL PERUNDINGAN KTMB TIDAK BERANI!"
Nak dalilnya? Ada yang nak tau dalilnya...
RUM kalau panas... idea menulis ini bercambah-cambah... ada saja nak menulis... tangan tu gatal je...
Wakakakaka...
Presiden RUM
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja K...
CABARAN KEPADA PANEL PERUNDUNGAN PENGURUSAN KTMB
Sabtu, Februari 27, 2016
Saya cabar PANEL PENGURUSAN KTMB agar tidak menerima "PELARASAN GAJI", saya bersedia selaku pekerja yang berjawatan TUKANG K2 KANAN yang juga layak terima 13% pelarasan gaji sanggup untuk tidak menerima PELARASAN GAJI malah saya tidak lama... saya juga sanggup kerugian dari segi wang ganjaran persaraan dan simpanan KWSP.
Yang penting untuk saya adalah ahli-ahli RUM, saya berjuang untuk mereka, anda semua untuk apa? PERUT SENDIRI!
POORAAAHHHH...
Saya...
PENGABDIAN TERAKHIR
Sabtu, Februari 27, 2016
Terlahir rasa kecewa..
Keadilan tiada..
Diskriminasi pula...
Menjurang jauh jadinya..
Marah dah ada...
Perang bila-bila..
Kesah tiada..
Andai dibuang kerja kali kedua..
Itu perjuangan..
Perjuangan tanpa erti takut..
Diangkat oleh mereka..
Biasa terhina..
Tak peduli apa orang kata..
Fakta sentiasa ada...
Menipu jangan sekali..
Kebenaran tunggak utama..
Andai ribut tiada..
Laut tidak bergelora...
Maka ribut melanda...
Ombak tsunami menimpa..
Jangan dicuba...
Jangan diusik..
Badai bakal melanda...
Dalam erti perjuangan..
Tetap setia..
Mengabdikan...
Sebuah...
PERJANJIAN BERSAMA 8 (PELARASAN GAJI 13%)
Sabtu, Februari 27, 2016
Untuk pengetahuan ahli-ahli RUM
RM 900.00 - RM 1200.00 (Minima)
RM 2000.00 + RM 260.00 = RM 2260.00
RM 3000.00 + RM 390.00 = RM 3900.00
RM 4000.00 + RM 520.00 = RM 4520.00
RM 5000.00 + RM 650.00 = RM 5650.00
RM 6000.00 + RM 780.00 = RM 6780.00
RM 7000.00 + RM 910.00 = RM 7910.00
RM 8000.00 + RM1040.00=RM 9040.00
RM 9000.00 + RM1170.00=RM10700.00
RM10000.00 + RM1300.00=RM11300.00
Kalau nak marah jangan marah RUM, marah "PANEL...
KEADILAN
Sabtu, Februari 27, 2016
Dalam kita ingin mencapai matlamat, kita perlu "HAK", hak yang berlandaskan "KEADILAN" setidak-tidaknya "KESAMARATAAN", membuang "KEADILAN" mewujudkan "DISKRIMINASI" maka jadilah "JURANG".
Benar "REZEKI" dari ALLAH SWT, namun kita "PEMIKIR" maka kita boleh menilai antara berat dan ringan, antara kesusahan dan kepayahan, antara miskin dan kaya, maka yang kaya akan terus kaya, yang miskin terus terpinggir, yang senang diutamakan, yang susah dibiarkan, tiada yang pandang maka terlahirlah golongan yang tidak dihargai dan dipinggirkan, siapa... iaitu...
26 Februari 2016
LANGKAWI (CATATAN MALAM)
Jumaat, Februari 26, 2016
Sebenarnya aku suka sekali ke langkawi, tempat yang paling sesuai untuk beristirehat bersama keluarga, bersyukur aku sempat membawa Arwah Ibu ku ke Langkawi, kami menginap di Sandy Beach Resort, chalet yang mengadap laut...
Pernah Dr Klinik Keretapi menasihatkan aku, bila aku buat rawatan sakit kepala (migraint), soalan yang dia tanya, apa yang u suka dan menenangkan? aku cakap pantai dan laut, Dr itu menasihatkan aku pergi bercuti di pantai dan laut, maka tempat yang aku pilih ialah Pulau Langkawi".
Pertama kali aku jejak Langkawi pada tahun...
25 Februari 2016
APA DAH JADI DENGAN FLEET n MAINTENANCE? PART 2
Khamis, Februari 25, 2016
RUM memang tidak berniat nak menulis, atas desakan rakan-rakan ahli RUM, selepas maklumat TENKO yang disampaikan kepada RUM, maka RUM mengambil perhatian SERIUS demi menyelamatkan BENGKEL BATU GAJAH.
Melalui kenyataan RUM yang lepas dipetik dan dipaparkan...
"Pada management kat Bengkel Batu Gajah, RUM banyak dapat lapuran dan aduan tentang anda berdua, kalau fikir tak mampu buat kerja... RUM syorkan bersara awal".
Mengikut aduan dari ahli-ahli RUM yang diterima punca kepada permasalahan yang berlaku adalah kerana pengurusan kedua-dua individu...
24 Februari 2016
PENAMATAN PERKHIDMATAN (DEMONTRASI) KONGSI PENGETAHUAN DENGAN AHLI-AHLI RUM. (BEZA BUKAN AHLI DAN AHLI KESATUAN SEKERJA)
Rabu, Februari 24, 2016
Saya terbaca dalam wall mengenai surat penamatan yang dikeluarkan kepada seorang pekerja.
Berdasarkan kefahaman saya melalui surat yang dipaparkan tertuduh yang disabitkan kesalahan sehingga "penamatan perkhidmatan" disebabkan dua (2) ayat iaitu:-
1. Demontrasi
2. Jam 11.00 pagi (dalam waktu kerja)
Dua (2) perkara ini telah jelas bahawa seorang pekerja tidak boleh "berdemontrasi" waima apa alasan pun sekiranya ia hadir bukan status sebagai...
23 Februari 2016
TAHNIAH YB DATO IR NAWAWI AHMAD
Selasa, Februari 23, 2016

RUM merakamkan ucapan TAHNIAH atas penyambungan kontrak YB Dato Ir Nawawi Ahmad selaku Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB.
Penyambungan kontrak ini membuktikan bahawa YB Dato Ir Nawawi Ahmad telah menjalankan tugas dengan penuh dedikasi untuk memajukan KTMB.
RUM akan terus memberi sokongan dan kerjasama yang baik demi kepentingan KTMB.
Rakaman terima kasih kepada YAB Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang merestui perlantikan...
FAEDAH HOSPITAL
Selasa, Februari 23, 2016
Pegawai RUM telah menunjukkan satu kenyataan dari bukan ahli yang dipaparkan dalam facebook yang mengatakan bahawa faedah pakar tiada dalam CA.
Perlu dijelaskan dalam CA. Artikel 50 telah menjelaskan, sebelum buat sebarang kenyataan sila baca dan faham apa yang terkandung dalam CA jangan buat tuduhan melulu, tindakan sedemikian boleh dianggap fitnah.
Kalau tak tau bertanya, kalau tak pandai belajar, jangan buat-buat pandai tapi sebenarnya menunjukkan pada khalayak ramai, anda sebenar tidak pandai dan memalukan diri sendiri.
Perlu juga disedari...
20 Februari 2016
PEKERJA BANGLADESH
Sabtu, Februari 20, 2016
Alhamdulillah, terima kasih... ini keputusan bijak, RUM sangat menghargai kenyataan YAB TIM PERDANA MENTERI yang membekukan pengambilan pekerja asing.
RUM berharap langkah-langkah yang baik seperti latihan dan mengalakkan pekerja bekerja dalam 3 D, termasuk mengkaji kedudukan kadar upah bagi menarik minat pekerja bekerja dalam sektor 3 D.
Terima kasih sekali lagi, RUM amat menghargai langkah yang diambil dalam pembekuan ini, terima kasih kerana mendengar keluhan kami.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
http://www.sinarharian.com.my/...
PENANGUHAN PENGAMBILAN 1.5 JUTA BANGLADESH
Sabtu, Februari 20, 2016
Penangguhan ini memberi kelegaan sementara bahawa pihak kerajaan pada dasarnya mendengar keluhan rakyat, usaha penangguhan ini satu langkah yang bijak dan dialu-alukan. Terima kasih.
Penangguhan bererti berhenti buat sementara berkemungkinan meredakan keadaan yang sangat tidak disukai oleh gabungan kesatuan sekerja malah menjadi topik hangat dari semua pihak yang merasa keluh kesah dengan kebanjiran warga asing.
Melalui keyataan akhbar kenyataan YB Tim Menteri KDN telah menyatakan bahawa memorandum yang ditandatangani antara KSM dan Kerajaan Bangladesh...
19 Februari 2016
ISU PEKERJA BANGLADESH / POLITIK
Jumaat, Februari 19, 2016
Bukan semua isu sengaja dipolitikkan... isu pekerja bangladesh, bukan isu politik, andai ada pihak yang nak mempolitikkan itu kerja mereka, malah sendiri cari sakit kerana mewujudkan isu untuk dipolitikkan, tapi RUM tidak melihat isu ini sebagai isu politik, tapi isu periuk nasi pekerja, pekerja baru, generasi baru.
Berilah apa alasan pun RUM tidak boleh terima, kerana ianya boleh dibahas, walaupun ada YB Menteri mengeluarkan kenyataan akan melatih pekerja Bangladesh berbudi bahasa, malah RUM beranggapan kenyataan sebegini macam kenyataan Maharaja...
18 Februari 2016
PEMIMPIN
Khamis, Februari 18, 2016
Seorang pemimpin hendaklah menjalankan tugas dengan jujur, tidak boleh melarikan diri dari menjalankan tanggungjawabnya. Kalau dia seorang pemimpin rakyat, maka dia harus turun ke medan menemui rakyat dan menyelesaikan permasalahan mereka. Rakyat hendaklah dilayani dengan adil dan saksama.
Demi menjaga kepentingan umat dan negara, demi menjaga pengaruh keduniaan agar tidak meresab masuk ke dalam jiwa pemimpin, Rasulullah saw melarang meminta sesuatu jawatan di dalam pemerintahan, apa lagi merebut tanpa kelayakan dan persediaan yang mencukupi. Sabda...
APA DAH JADI DENGAN FLEET DAN MAINTENANCE?
Khamis, Februari 18, 2016
Pihak Pengurusan Fleet n Maintenance dan semua pekerja Fleet, RUM nasihatkan buat kerja betul- betul... sebarang kelemahan segera perbaiki...
Kepada ahli-ahli RUM sekiranya ada maklumat atau sebarang perkara yang tidak betul, salurkan info melalui inbox atau whatsapp personal kepada saya.
Pada management kat Bengkel Batu Gajah RUM banyak dapat lapuran dan aduan tentang anda berdua, kalau fikir tak mampu buat kerja... RUM syorkan bersara awal.
Presiden RUM
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja K...
MTUC / MEMORANDUM - 1.5 JUTA BANGLADESH
Khamis, Februari 18, 2016

Walaupun RUM tiada mendapat surat rasmi dari MTUC, hanya dapat melalui facebook rakan-rakan MTUC, sebagai Kesatuan Gabungan dan saya juga sebagai Ahli Majlis Am rasa geram jugak dengan pentadbiran MTUC, hampeh!
Namun atas dasar rasa tanggungjawab, walaupun melalui makluman melalui Facebook, pihak RUM tetap menghantar dikalangan Belia RUM untuk bersama dalam penyerahan Memorandum berkenaan, kerana RUM sendiri tidak bersetuju dengan kemasukkan 1.5...
17 Februari 2016
Pekerja Urusan Jalan KTMB membuat kerja 3D
Rabu, Februari 17, 2016
Lihatlah belia negara ini... kasihanilah mere...
MAKIN MELUAT
Rabu, Februari 17, 2016
Your browser doesn't support the video tagRamai dah pertikai... udahlah... popular cara ini orang makin menyampah... dengarlah keluhan rakyat... buat apa cari atau wujudkan problem... lepas tu cari masalah dengan belia... belia ni pewaris negara... belia makin bijak...
Kami pemimpin kesatuan sekerja pun dah meluat... hentikanlah... idea bawa masuk pekerja Bangladesh ni... cukup-cukuplah... jangan malu tarik balik idea ini... fikirkan masa depan belia... masa depan anak cucu kita...
Tolonglah hentikan benda-benda karut ni...
Kenyataan Rasmi Kesatuan...
14 Februari 2016
PEKERJA ASING (1.5 juta Bangladesh) KENYATAAN YB DS TIM. PERDANA MENTERI TV3 (sebentar tadi)
Ahad, Februari 14, 2016
Sebagai Kesatuan Sekerja yang memperjuangkan hal ehwal pekerja, saya terpanggil mengulas kenyataan beliau yang mencabar belia dengan membuat kerja kotor, panas atau sukar, beliau juga menyatakan bahawa belia memilih pekerjaan.
1.Tidak dinafikan ada kebenaran mengenai kenyataan ini dari satu sudut pandangan beliau, persoalannya mengapa memilih kerja? Adakah telah dibuat kajian? Apakah faedah yang diterima? Cukupkah kos sara hidup?
2. Pernahkah beliau semak rekod di Kementerian Sumber Manusia bahawa ada Kesatuan Sekerja membuat aduan bahawa majikan...
13 Februari 2016
PERUNDINGAN CA 8 (KESIMPULAN)
Sabtu, Februari 13, 2016
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Secara peribadi... memang sebenarnya saya ada target... ianya sebagai perjuangan peribadi... KPI saya sendiri... saya sendiri menaruh harapan yang tinggi... memang tak dinafikan CA ini adalah yang terbaik dari semua CA yang ada... secara jujur saya berpuas hati... Penilaian ini berdasarkan pengalaman saya yang terlibat dari CA 1 hingga CA 7.
Namun ada yang lain... saya menaruh harapan... mempunyai fakta dan hujah yang sangat kukuh... tapi gagal... kerana tidak dipersetujui... terasa hampa... kecewa... tidak...
12 Februari 2016
PERJANJIAN BERSAMA 8
Jumaat, Februari 12, 2016

Alhamdulillah perbincangan diantara panel pengurusan KTMB dan panel RUM mengenai artikel tertangguh telah pun selesai.
Terima kasih panel pengurusan KTMB yang berusaha melayani karenah panel RUM yang menjalankan tanggungjawab bagi memenuhi kehendak pekerja khususnya ahli-ahli RUM.
Peringkat seterusnya ialah kelulusan Lembaga Pengarah KTMB dan Kementerian Kewangan, sama-sama kita berdoa kelulusan diberikan.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja...
PERBINCANGAN BERSAMA 8
Jumaat, Februari 12, 2016

In Syaa Allah, petang ini jam 4.00 petang, sessi perbincangan Perjanjian Bersama akan diadakan lanjutan selepas perbincangan di langkawi.
Perbincangan ini adalah melibatkan perkara-perkara yang tertangguh (kiv).
Harapan kita perbincangan perjanjian bersama ini petang ini akan selesai dengan cara yang baik dan harmoni.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja -Pekerja KTMB.
...
KENYATAAN AKHBAR KDN
Jumaat, Februari 12, 2016
Ini jawapan balas, biar gambar berbicara...
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja K...
11 Februari 2016
INSIDEN
Khamis, Februari 11, 2016

RUM tidak akan buat sebarang komen terbuka dalam mana-mana insiden yang berlaku, namun ianya dalam perhatian RUM, serta tetap menjalankan siasatan mengenalpasti setiap insiden termasuk dokumen-dokumen RUM melalui 27 pucuk surat RUM ketika kemelut RUM.
Sebarang perkara mengenai insiden akan dibincangkan secara dalaman khususnya melalui Jawatankuasa Keselamatan, Kesihatan, Pekerjaan dan Persekitaran Induk.
Kenyataan Rasmi Kesatuan...
KHABAR ANGIN
Khamis, Februari 11, 2016

Macam-macam khabar angin yang didengari, sedap betul tukang bawa cerita, sehingga bertubi-tubi pertanyaan yang didengari, kadang-kadang tersenyum sendiri. RUM pun tahu siapa yang tukang bawa cerita ini... semua ini mulut longkang... tak abis-abis membawa cerita yang boleh menjejaskan Ybhg Dato Haji Sarbini Tijan Presiden KTMB.
RUM tegaskan setakat ini RUM berpuas hati dengan peranan Ybhg Dato Haji Sarbini Tijan, kerja-kerja dan tanggungjawab...
TERBAIK (PEKERJA BANGLADESH)
Khamis, Februari 11, 2016
Satu langkah yang terbaik dan sangat dialu-alukan, sebagai kesatuan sekerja kita memang sangat berharap 1.5 juta pekerja bangladesh hadir dalam negara malah kalau boleh bawalah seluruh rakyat Bangladesh ke negara ini, kerana RUM akan memberi sokongan 101% tentang perkara ini.
Kehadiran pekerja mengambarkan negara Malaysia sebenarnya ketandusan pekerja malah keperluan ini boleh mencapai hasrat kerajaan sebagai sebuah negara maju.
RUM juga ingin mencadangkan...
09 Februari 2016
UMUR PERSARAAN 62 TAHUN/PEKERJA KONTRAK
Selasa, Februari 09, 2016

Pada pandangan RUM, tuntutan ke 62 tahun ini belum sampai masanya lagi, kerana kerajaan baru sahaja mewartakan pindaan umur persaraan kepada 60 tahun. Ruang dan peluang kepada pekerja muda perlu diberikan termasuk kenaikan pangkat. Justeru itu sewajarnya tumpuan kepada tuntutan yang lebih berfaedah kepada generasi muda perlu diutamakan.
Namun mendesak kerajaan supaya pekerja kontrak seperti yang dinyatakan oleh Presiden Cuepacs tidak ditamatkan...
BILA SONGKOK PAKAI KAT KAKI, KASUT PAKAI KAT KEPALA
Selasa, Februari 09, 2016

Beginilah antara sifat yang terkeji perlu dihindarkan... biar kat mana kita... kejujuran dan prinsip tidak boleh diabaikan... antara kepentingan peribadi dan kepentingan organisasi tetap ada perbedaan yang tidak boleh samasekali dicampuradukkan.
Satu yang boleh di puji... Pak Abas mantan Presiden RUM walau pun beliau telah meninggalkan RUM semenjak tahun 1992, beliau masih sayangkan RUM, tidak sesekali akan membenarkan sesiapa pun menjahanamkan...
07 Februari 2016
KWSP (BORANG)
Ahad, Februari 07, 2016

Borang KWSP17A (Khas 2016) - klik utk download
RUM menyeru ahli-ahli RUM untuk mendapatkan borang KWSP seperti di bawah ini di pejabat KWSP berhampiran untuk tidak memberhentikan potongan simpanan pekerja sebanyak 3% iaitu dari 11% kepada 8%.
Diakui "menyusahkan" tapi demi kepentingan hari tua dan satu-satunya simpanan hari tua bagi pekerja yang berpendapatan rendah, ruangkan sedikit masa untuk mendapatkan borang serta mengisi borang berkenaan.
3%...
05 Februari 2016
PELAJARAN MENTERI BESAR KEDAH
Jumaat, Februari 05, 2016

Aku bukan nak bercakap pasal politik tapi nak bercakap pasal pelajaran dan seorang "kuli" bila seorang Menteri Besar dilantik, ramai yang menghina kerana pelajaran sekadar SRP, aku beranggapan ini satu penginaan kepada kami golongan yang mungkin belajar tidak kemana.
Tapi sedarkah ini anugerah Allah Swt kepada mereka yang tidak belajar tinggi tapi mampu sampai ke puncak, jangan lebelkan orang yang tidak berpelajaran itu lemah dari semua sudut...
KEMPEM MENAMBAH AHLI
Jumaat, Februari 05, 2016
Kepada semua pekerja KTMB bukan eksekutif adalah digalakkan menjadi ahli RUM demi memperjuangkan nasib pekerja-pekerja, RUM menyedari ramai pekerja baru masih tidak menyertai RUM, maka itu RUM menyeru semua pekerja menjadi ahli RUM.
Sdr/i boleh mendapatkan borang keahlian melalui :-
1. Semua Pengerusi/Setiausaha Cawangan.
2. Ahli Jawatankuasa Cawangan.
3. Pengerusi dan Jawatankuasa Cawangan Belia RUM.
Atau hubungi pejabat RUM bercakap dengan staf RUM di no tel 0322741107 atau hantarkan nama, alamat rumah atau email atau faks kepada Suara RUM melalui...
04 Februari 2016
DISIPLIN
Khamis, Februari 04, 2016

RUM ingin menasihatkan ahli-ahli RUM jangan buat salah laku yang bertentangan dengan prosedur tindakan tatatertib, sebarang salah laku yang dilakukan boleh menghakibatkan sehingga "dibuang kerja".
Malah salah laku ini sebenarnya menyusahkan RUM sehingga terpaksa membela mana-mana tertuduh. RUM tidak menolak bahawa ini adalah tanggungjawab RUM untuk membela ahli-ahli RUM, malah RUM sentiasa bersedia membela ahli-ahli RUM, namun perlu diingat...
KWSP LAGI
Khamis, Februari 04, 2016

Kenyataan YB Timbalan Menteri Sumber Manusia yang menempelak "pembangkang" kerana kononnya agenda politik adalah meleset sekali atau beliau hanya menjawab kerana ingin menegakkan benang yang basah berikutan pemotongan simpanan KWSP sebanyak 3% kononnya diberi kelonggaran sebagai pilihan yang RUM beranggapan menyusahkan pekerja.
RUM nak bagitau YB Tim Menteri Sumber Manusia ini bukan soal pembangkang sahaja, ini melibatkan soal seluruh pekerja...
03 Februari 2016
KWSP
Rabu, Februari 03, 2016

RUM tidak bersetuju dengan kenyataan YB Tim Menteri Sumber Manusia.
RUM sebagai Kesatuan Sekerja sendiri pum tidak bersetuju, malah MTUC dan CUEPACS telah mengeluarkan kenyataan tidak bersetuju, walaupun ianya di beri pilihan tapi pilihan itu meletakkan pekerja untuk memohon tidak memotong 3%, ini menyusahkan pekerja yang berhasrat untuk menyimpan simpana dihari tua.
Sewajarnya pilihan diberi kepada pekerja yang berkehendakkan 3% tidak dipotong...
TAMBANG TIKET ISTIMEWA
Rabu, Februari 03, 2016
RUM ingin menjelaskan untuk keluarga pekerja (suami/isteri dan anak) yang ingin mengunakan perkhidmatan komuter boleh memohon Tambang Tiket Istimewa yang melayakkan diskaun sebanyak 75%. (Rujuk artikel 66, Perjanjian Bersama 7)
Mana-mana arahan mengatakan tidak dibenarkan sila inbox Suara RUM untuk tindakan RUM memperbetulkan.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KT...
MERAYU
Rabu, Februari 03, 2016

Adakala RUM hanya boleh minta tolong dan merayu, tidak boleh bertegas mahupun berkeras kerana ianya "BUDIBICARA MUTLAK MAJIKAN".
Bila "BUDIBICARA MUTLAK MAJIKAN" maka RUM hanya mengharap "EHSAN", kalau "MAJIKAN" nak tolong, dia akan tolong, kalau dia tak nak tolong, maka dia tidak akan tolong.
Namun RUM juga faham kenapa "MAJIKAN" tak nak tolong, kerana ianya melibatkan "DASAR", bila sebut perkataan "DASAR", pengurusan yang melaksanakan tanggungjawabnya...
01 Februari 2016
PENDIRIAN RUM
Isnin, Februari 01, 2016

USIK KTMB
USIK CA
USIK PERATURAN RUM
KITA AKAN TENTANG ABIS-ABISAN WAIMA TIM MENTERI SUMBER MANUSIA DI BELAKANG ATAU SIAPA PUN KAT BELAKANG!
WE PREPARED TO COURT!
WE CHALLENGE!
RUM VERY-VERY SERIUS ABOUT THIS!
KENYATAAN RASMI KESATUAN PEKERJA-PEKERJA KT...