Penangguhan ini memberi kelegaan sementara bahawa pihak kerajaan pada dasarnya mendengar keluhan rakyat, usaha penangguhan ini satu langkah yang bijak dan dialu-alukan. Terima kasih.
Penangguhan bererti berhenti buat sementara berkemungkinan meredakan keadaan yang sangat tidak disukai oleh gabungan kesatuan sekerja malah menjadi topik hangat dari semua pihak yang merasa keluh kesah dengan kebanjiran warga asing.
Melalui keyataan akhbar kenyataan YB Tim Menteri KDN telah menyatakan bahawa memorandum yang ditandatangani antara KSM dan Kerajaan Bangladesh itu masih terpakai dan berkuatkuasa selama 3 tahun, kajian akan dibuat samada keperluan itu berdasarkan kehendak majikan, ianya boleh dilaksanakan pada tahun hadapan atau bila-bila masa dalam tempoh berkuatkuasa perjanjian tersebut setelah dikenalpasti jumlah keperluan berdasarkan kajian yang dibuat.
RUM tetap beranggapan ianya tetap boleh menjadi isu kepada negara kerana hasrat melalui kenyataan YB Tim Menteri KDN berkemungkinan kemasukan Warga Asing untuk bekerja akan tetap dilakukan, berdasarkan MoU yang ditandatangani dan ini disahkan juga melalui kenyataan akhbar dari pihak kerajaan Bangladesh.
Pihak RUM ingin menekankan agar ianya dihentikan tanpa sebarang alasan serta menyeru pihak MTUC mengerakkan jentera dengan mengadakan perbincangan segera dengan semua pihak yang terlibat bagi menghentikan terus pengambilan warga asing untuk bekerja di negara ini. Sekiranya perlu tindakan berpiket perlu dilakukan sehingga ianya dibatalkan terus.
Sebaliknya penekanan perlu diberikan oleh KDN agar memastikan semua warga asing yang ada pada hari ini samada yang berpermit atau tidak digunakan sepenuhnya tanpa penambahan yang baru, pihak RUM beranggapan yang sedia ada sudah mencukupi dan boleh digunakan untuk keperluan yang dianggap mendesak kononnya.
Pihak RUM bukan anti kepada warga pekerja asing tapi lambakan yang banyak akan menimbulkan implikasi kepada pekerja, bakal pekerja serta masalah sosial yang bakal berlaku di negara ini.
Presiden RUM
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
20 Februari 2016
Home »
» PENANGUHAN PENGAMBILAN 1.5 JUTA BANGLADESH
PENANGUHAN PENGAMBILAN 1.5 JUTA BANGLADESH
Sabtu, Februari 20, 2016