Seorang pemimpin hendaklah menjalankan tugas dengan jujur, tidak boleh melarikan diri dari menjalankan tanggungjawabnya. Kalau dia seorang pemimpin rakyat, maka dia harus turun ke medan menemui rakyat dan menyelesaikan permasalahan mereka. Rakyat hendaklah dilayani dengan adil dan saksama.
Demi menjaga kepentingan umat dan negara, demi menjaga pengaruh keduniaan agar tidak meresab masuk ke dalam jiwa pemimpin, Rasulullah saw melarang meminta sesuatu jawatan di dalam pemerintahan, apa lagi merebut tanpa kelayakan dan persediaan yang mencukupi. Sabda Rasulullulah saw yang bermaksud; ’Kami demi Allah, tidak akan melantik ke jawatan pemerintahan ini, orang yang memohonnya dan juga orang yang sangat-sangat berkeinginan untuk mendapatkannya’.
Sifat loba dan sifat tamak dan menginginkan jawatan akan mendorong seseorang untuk berbuat zalim dan dosa demi untuk mendapatkannya. Apabila sudah dapat berjawatan maka akan dipergunakannya untuk kepentingan-kepentingan dirinya. Adapun orang yang diberikan jawatan berdasarkan kelayakkan, sedangkan ia tidak menginginkan jawatan itu, maka Allah swt akan memberikan pertolongan dan taufik kepadanya di dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang pemimpin yang merupakan amanah daripada Allah swt.
Orang yang menginginkan jawatan kerana mengejar pangkat, mencari pengaruh, mengumpul harta kekayaan, kemewahan duniawi semata-mata, sangat terdedah kepada melakukan sebarang penyelewengan, pengkhianatan dan penipuan semasa menjalankan tugas dan tanggungjawabnya. Kepada mereka ini diingatkan bahawa pengkhianatan dan penipuan yang dilakukan oleh seorang pemimpin sangat besar kesan dan akibatnya keatas diri, keluarga, rakyat dan negara. Diatas perbuatannya itu ia akan menanggung kesusahan hidup di dunia dan di akhirat dan dia akan menyesal kerana disiksa oleh Allah swt di dalam Neraka jahanam nanti.
Firman Allah swt, Al Anfaal: 27. Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah swt dan Rasul-Nya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah yang dipercayakan keatas kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya).
Sabda Rasulullulah saw; ‘Apabila disandarkan pekerjaan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah kiamat (saat kehancuran)’.
PENULIS ADALAH SEORANG SAHABAT RUM.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
18 Februari 2016
Home »
» PEMIMPIN
PEMIMPIN
Khamis, Februari 18, 2016
Related Posts:
DEBAT TERBUKA 1 Mesyuarat Jawatan Kuasa Kerja Yang Bersidang hari ini menumpukan perhatian kepada Notis Surat Tunjuk Sebab. Setelah diselidiki secara terperinci, surat notis tunjuk sebab adalah tidak berasas sama sekali. Komen RUM … Read More
Hubungi Ibu Pejabat Kesatuan SegeraSemua Pegawai - pegawai dan Ahli-ahli RUM sekiranya menerima surat Notis Tunjuk Sebab, sila rujuk Ibu Pejabat Kesatuan dengan segera. Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB … Read More
ANDAIAN BUANG KERJA 7 PEGAWAI UTAMA RUM Assalamualaikum Selamat Berbuka pada semua KENALAN RUM & Pembaca Setia Penulisan RUM. ANDAIAN BUANG KERJA 7 PEGAWAI UTAMA RUM Dari pada pengalaman kes En Kartayasa bin Muhammad Pemangku Pengurus Besar Fleet &am… Read More
MAS : KESATUAN SEKERJA DIKATAKAN JADI HALANGAN Bagaimana dengan Kesatuan Pekerja2 KTMB (RUM) yang mendesak agar KTMB dipulihkan, RUM yang mewujudkan idea Business Plan iaitu "MULTIPLE OPERATOR" bagi menjanakan pendapatan KTMB. RUM telah menunjukan komitmen bersungguh -… Read More
Bersatu Kita Teguh ALHAMDULILLAH SEMANGAT JUANG YANG TINGGI Syukur ke hadrat Allah SWT bahawa dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja tadi semua sebulat suara bersatu menentang penganiayaan dan kezaliman Datuk Presiden KTMB. Kami sem… Read More