04 Februari 2016

DISIPLIN

RUM ingin menasihatkan ahli-ahli RUM jangan buat salah laku yang bertentangan dengan prosedur tindakan tatatertib, sebarang salah laku yang dilakukan boleh menghakibatkan sehingga "dibuang kerja".

Malah salah laku ini sebenarnya menyusahkan RUM sehingga terpaksa membela mana-mana tertuduh. RUM tidak menolak bahawa ini adalah tanggungjawab RUM untuk membela ahli-ahli RUM, malah RUM sentiasa bersedia membela ahli-ahli RUM, namun perlu diingat kalau salah laku itu bersifat penganiayaan maka itu tidak menjadi isu pada RUM tetapi salah laku yang dilakukan adalah disebabkan individu itu sendiri, maka ianya menjadi kesukaran kepada RUM bila dalil atau hujah yang perlu disediakan sangat sukar.

Berdasarkan pengalaman ada ahli-ahli sedar bahawa mereka sebenarnya melakukan kesalahan, malah selepas pembelaan ianya tetap dijatuhkan hukuman tapi tidak sampai buang kerja sebaliknya hukuman diringankan iaitu samada amaran atau potong gaji atau turun mata gaji atau turun pangkat.

Malangnya ahli-ahli yang terlibat ini masih tetap menyalahkan RUM kerana ahli yang berkenaan tetap dikenakan hukuman, harus disedari bahawa yang buat salah adalah pekerja yang tertuduh maka tanggungjawab RUM pula membela yang tertuduh dan berusaha tidak sampai buang kerja atau seboleh-bolehnya meringankan hukuman atau hanya terima amaran.

Justeru itu RUM ingin mengingatkan ahli-ahli elakkan membuat salah laku sehingga boleh diambil tindakan tatatertib, dalam suasana pemulihan KTMB sewajarnya kita bekerja bersungguh-sungguh dengan penuh dedikasi, pilihan yang ada... adalah menjadi seorang pekerja yang bertanggungjawab dan amanah.

Kalau bukan ahli... RUM tak lah pening sangat.. lantak lah depa...

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.

Related Posts:

  • Usah tunduk kepada kezaliman RUM menyeru ahli-ahli terus berjuang menentang penganiayaan dan kezaliman, jangan sesekali tunduk dengan "penzalim". Undang-undang rimba perlu disingkirkan.... KTMB kita punya bukan Presiden KTMB punya! Singkirkan Presi… Read More
  • Kenyataan Akhbar Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB - TMI KTMB sacks top union leaders, 110 other railwaymen await fate  Malaysia's main rail operator has sacked two top union officials while another 110 are awaiting their fate after taking part in a picket on May 9, the … Read More
  • TUN PUJI KESATUAN SEKERJA Bagaimana pula CEO atau Presiden KTMB yang "membuang kerja tanpa notis" kepimpinan kesatuan sekerja RUM (union busting) sedangkan perjuangan RUM ialah SELAMATKAN KTMB, SELAMATLAH PEKERJA dari kelemahan urus tadbir Presiden K… Read More
  • Tiada Maaf Penganiayaan dan Kezaliman oleh Presiden KTMB tidak boleh dimaafkan! Gambar Hiasan Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB … Read More
  • Rakaman foto menarik RUM turun mendengar taklimat Transformasi demi kebaikan KTMB, kerana yakin n bersama YB Dato Ir Nawawi Ahmad Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB, kerana cetusan idea Transformasi datangnya dari Dato' Pengerusi Lembaga P… Read More