26 Februari 2016

LANGKAWI (CATATAN MALAM)

Sebenarnya aku suka sekali ke langkawi, tempat yang paling sesuai untuk beristirehat bersama keluarga, bersyukur aku sempat membawa Arwah Ibu ku ke Langkawi, kami menginap di Sandy Beach Resort, chalet yang mengadap laut...

Pernah Dr Klinik Keretapi menasihatkan aku, bila aku buat rawatan sakit kepala (migraint), soalan yang dia tanya, apa yang u suka dan menenangkan? aku cakap pantai dan laut, Dr itu menasihatkan aku pergi bercuti di pantai dan laut, maka tempat yang aku pilih ialah  Pulau Langkawi".

Pertama kali aku jejak Langkawi pada tahun 1988, semenjak itu destinasi aku bercuti ke Langkawi, malah nasihat Dr berkenaan mampu menghilangkan rasa sakit kepala, Terima Kasih Dr.

Itu sebab bila Pengurusan bertanya kat mana nak bincang CA, jawapan aku mudah... dekat dengan pantai dan laut, tak kesah dimana pun...  kerana aku mampu mengurangkan kemarahan bila sesuatu perbincangan yang tidak memenuhi kehendak, tidak semestinya Langkawi, tapi management macam faham, maka perbincangan CA ke Langkawi...walaupun tika perbincangan kemarahan memuncak... aku mampu mengawal diri...

Dalilnya... aku mundar-mandir di luar hotel... yang lautnya tidak jauh dari hotel.. menghirup angin laut...agar kemarahan aku reda...

Kata YB Dato Ir Nawawi Ahmad, "pulau langkawi, pulau saya," tahniah YB Dato, kenapa saya ucapkan Tahniah? Beruntung orang Langkawi...  kerana bila seseorang beranggapan itu "HAK DIA" maka dia akan jaga dengan ikhlas, tidak semata-mata hanya memegang jawatan atau makan gaji, tetapi kerja yang dilakukan dengan penuh rasa tanggungjawab dan amanah, kecuali mereka yang bekerja dengan sikap ambil mudah atau sambil lewa atau hanya kepentingan diri.... kalau ini sifatnya,  maka jawapannya... "FAILED".

Rasanya... macam nak ke Pulau Langkawi lagi... tapi nak  Chalet Sandy Beach Resort yang mengadap laut... simboliknya ingatan aku bersama arwah ibuku...  sayangnya.. kena walk in... tak boleh booking... adeiiiii...

Presiden RUM

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.


Related Posts:

  • MELAYU SEDARLAH (DAH 2018 BEB!) (RNAA)Kalau kata Melayu yang menjahanamkan Melayu... Boleh ke tidak? ialah kalau tenguk idea RNAA dari idea kepala otak Melayu... yang jadi Barua pun Melayu... yang untung sapa? Ish... aku melayu.. kondem melayu.. apa punya melayul… Read More
  • PELUANG (OPPORTUNITY) KONTRAKTOR & PIHAK BERKUASASebagai kontraktor mereka akan mencari "peluang" bagaimana untuk mendapatkan projek, kebiasaannya mereka akan mengunakan "pintu belakang", bagi menjayakan hasrat mereka akan mencadangkan "idea" kononnya ini adalah yang terbai… Read More
  • KERAS HATI"Kemenangan dimiliki oleh pemimpin-pemimpin yang keras hati", Tidak seorang Pemimpin boleh GAGAL, kalau mereka mempunyai ketetapan hati yang kuat, akan terus berjuang, terus dan terus sehingga mencapai sasaran. Seperti Pelaut… Read More
  • KUARTERS/ RNAARUM menyedari bahawa betapa sukarnya pekerja swasta lain yang bergaji RM 2.000.00 atau sekurang-kurang bergaji minima RM 1000.00 yang tiada rumah kuarters terpaksa menyewa rumah, kalau dilembah klang sewa rumah yang paling mu… Read More
  • DOKUMEN PEMULIHAN JAWATAN (PEMBUANGAN KERJA 97 ORANG)RUM ingin memaklumkan dokumen yang ditandatangani oleh 96 orang pegawai dan ahli-ahli RUM untuk pemulihan jawatan kecuali Presiden RUM yang tidak menandatangani kerana tidak bersetuju dengan syarat-syarat yang dikemukakan "TE… Read More