TAHNIAH KTMB

Keretapi Tanah Melayu Berhad sekali lagi melakar kejayaan yang amat dibanggakan. Tahniah KTMB

24 Disember 2017

FELDA VS KTMB

BEZA FELDA NASI DAH JADI BUBUR, BARU JADI ISU.. KTMB.. BELUM BERLAKU.. MAKA TIADA ISU.. MAKA ORANG SEKARANG NAK BERLAKU DULU... BARU ISU PANAS.. BARU SEDAP DIPOLITIKKAN... KETIKA ITU.. PERIUK NASI PEKERJA DAH PUNAH.. KERETAPI TANAH MELAYU TERGADAI.. NAMA "TANAH MELAYU" TERKUBUR.. TIADA SIAPA KESAH PUN.. SEBAB APA? BELUM BERLAKU... SEBAB APA? TAK BEST... TAK BOLEH DIPOLITIKKAN SEBAB APA? SEBAB IDEA... MENTERI PENGANGKUTAN & TIM MENTERI PENGANGKUTAN.. PRINSIP...

22 Disember 2017

PESANAN PADA AHLI-AHLI RUM

Sebagai admin, saya berhak remove mana-mana komen yang boleh mengugat ahli2 RUM khususnya sehingga boleh diambil tindakan tatatertib oleh pihak pengurusan KTMB, perlu disedari bahawa pihak pengurusan khususnya TMOD tidak mengambil kira komen tersebut sebagai "ahli kesatuan" sebaliknya mengunakan pendekatan sebagai "pekerja", al maklum pengurusan TMOD kurang arif atau boleh dikatakan "sifar" mengenai peruntukan Perjanjian Bersama apatah lagi tidak...

21 Disember 2017

Akta Perhubungan Perusahaan 1967

Admin difahamkan presiden rum dan s/u masih lagi berada di IPD Dang Wangi. Sekadar berkongsi info: AKTA PERHUBUNGAN PERUSAHAAN 1967 Bahagian II PERLINDUNGAN HAK-HAK PEKERJA DAN MAJIKAN DAN KESATUAN SEKERJA MEREKA. 5. Larangan ke atas majikan dan kesatuan sekerja mereka berkenaan dengan tindakan-tindakan tertentu. (1) Tiada majikan atau kesatuan sekerja majikan-majikan, dan tiada sesiapa yang bertindak bagi pihak seorang majikan atau kesatuan sekerja...

BERANI KERANA BENAR LAWAN TETAP LAWAN

Bila dibicarakan perkara benar, maka yang menerima amat pahit, malah akan menjadi satu tamparan yang hebat, namun bagi mereka yang kononnya merasa tidak bersalah tidak akan merasa apa-apa pada wajah tersuratnya, maka secara tersuratnya ia akan membuat lapuran polis bahawa kenyataan secara terbuka itu mungkin dianggap fitnah atau menghina atau satu tomahan bagi menegakkan benang yang basah atau mungkin merupakan satu ugutan untuk menakut-nakutkan...

19 Disember 2017

Semoga kamu tewas dalam PRU14

"Second Operator" perjanjian yang akan ditandatangani pada 19/12/17 di Saloma Bistro akan diteruskan! Terbaiklah MoT!!! Satu kejayaan Kerajaan Hari ini yang dicetuskan ideanya oleh YB Dato Seri Liow Tiong Lain Menteri Pengangkutan dan YB Dato Aziz Karpawi Timbalan Menteri Pengangkutan! Mudah-mudahan jahanamlah kau Pilihanraya kali ini!!! Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja K...

Hentikan RNAA

...

Dato Seri Liow Tiong Lai hilang sokongan dalam PRU 14?

Alamak Tan Sri Lim Ah Lek...  RUM tau Dato Sri Liow Tiong Lai mantan Setiausaha Politik masa Tan Sri sebagai Menteri Sumber Manusia satu ketika dulu, RUM tidak merasakan Dato Sri Tiong Lai akan menang pada PRU 14 di Bentong, kecuali Tan Sri boleh cadangkan letak calon lain... RUM sentiasa menghormati Tan Sri tapi tidak semua kita boleh bersetuju, dalam hal mengenai RNAA apa yang dilakukan oleh Dato Seri Liow Tiong Lai sewajarnya tidak disokong dalam PRU 14, malah mungkin dari satu aspek dia bagus tapi aspek lain cadangan mewujudkan RNAA Dato...

18 Disember 2017

IMAMS VS RNAA

Ada juga yang salahkan KSU & TKSU.. Iya ada juga salah sebab mereka tiada pendirian! Sedikit asakan maka akurlah mereka! Last sekali mereka jadi mangsa... sebab apa? Kata mereka.. saya ikut arahan boss... har...har..har... Adeiiii... inilah permainan yang dilakukan seperti mana RNAA... cuma RNAA... RUM dah bising awal-awal.. sebab teknik RUM ialah sediakan "payung sebelum hujan", sesekali tidak mahu mengunakan teknik "dah terantuk baru terngadah" dah jadi isu baru melompat, lepas tu tegak benang yang basah... salahkan sana... salahkan sini.......

14 Disember 2017

HENTIKAN RNAA@SECOND OPERATOR YB DATO AZIZ KARPAWI, TIMBALAN MENTERI PENGANGKUTAN.

RUM kerap marah dengan Menteri Pengangkutan Yb Dato Seri Liow Tiong Lai, malah Majlis Exxo telah buat keputusan untuk turun ke Bentong berusaha membantu pihak lawan sehingga Yb Dato Seri Liow Tiong Lai kecundang di PRU 14, sebagai tindak balas melaksanakan RNAA. Kini pertama kali RUM secara terbuka melahirkan perasaan dukacita terhadap Yb Dato Aziz Karpawi Timbalan Menteri Pengangkutan. Kenapa RUM melahirkan perasaan dukacita? 1. Beliau seorang anggota Majlis Tertinggi UMNO merangkap Timbalan Menteri Pengangkutan wajar memberhentikan RNAA, pejuang...

13 Disember 2017

SECOND OPERATOR AGGREEMENT ADAKAH MELALUI TENDER TERBUKA?

RUM sememangnya menentang sekeras-kerasnya kewujudan "second operator", mengikut maklumat yang RUM terima perjanjian antara Syarikat AFR Sdn Bhd dengan Perbadanan Aset Keretapi (RAC) yang mungkin akan disaksikan oleh Yb Dato Aziz Karpawi akan diadakan dalam waktu terdekat. Persoalannya mengapa ianya tidak melalui "TENDER TERBUKA"? Apa motif pula dalam keadaan tergesa-gesa tandatangan perjanjian dilakukan? Sedangkan RNAA melalui "consept paper" baru...

12 Disember 2017

PIKET TANGGUH SECOND OPERATOR BAKAL DITANDATANGANI OLEH TIMBALAN MENTERI PENGANGKUTAN DALAM WAKTU TERDEKAT.

Mesyuarat Ajk Kerja semalam 11.12.17 dengan mandat Majlis Eksekutif telah memutuskan untuk mengadakan Piket pada 20.12.17 di perkarangan Stesen Keretapi Batu Gajah berikutan kehadiran Yb Dato Aziz Karpawi untuk satu majlis di MYRA Batu Gajah berikutan pelaksanaan RNAA. Atas saranan YBhg Encik Rani Samsuddin CEO KTMB malam tadi setelah dimaklumkan bahawa RUM akan mengadakan Piket membantah RNAA maka RUM menghormati saranan demi hubungan baik antara...

10 Disember 2017

CORETAN AHAD SOLIDARITY HAMPEH

Bila kita sebut solidarity, maknanya sokongan moral terhadap rakan seperjuangan, memberi kerjasama yang baik dan saling bantu membantu, apatah lagi ianya disebut rakan walaupun bukan sahabat, sebaiknya susah sama susah, senang sama senang berlandaskan satu skop perjuangan yang sama, tiada perasaan irihati sebaliknya saling membantu. RUM tidak pernah mengusik mana-mana organisasi atau mana-mana pihak, kalau ada masalah RUM terus hubungi pihak yang betul, kalau ada rakan, RUM minta tolong atau minta penjelasan bagi mendapat kepastian, sesekali tidak...

07 Disember 2017

Mana lebih baik?

Mana lebih baik? Yang belum jadi isu? atau Yang dah jadi isu? Sama maksud.. Mana lebih baik? Sediakan Payung Sebelum Hujan? atau Sudah terantuk Baru Terngadah? Kalau RUM tidak mahu... Nasi dah jadi bubur.. Masa tu semua dah terlambat.. Punah! Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja K...

06 Disember 2017

RAKAMAN JUTAAN TERIMA KASIH KHUSUS DUA (2) LEMBAGA PENGARAH & PENGURUS BESAR KTMB YANG TERLIBAT DENGAN TERCETUSNYA RNAA.

Bagi pihak Majlis Exco RUM kami merakamkan jutaan terima kasih kepada dua (2) Lembaga Pengarah KTMB iaitu Ybhg Datuk Ir. Kamaruzaman Zainal dan Ybhg Dato. Sr. Ahmad Zainuddin Bin Jamaluddin bagi pihak KTMB yang telah menandatangani RNAA. RUM juga merakamkan jutaan terima kasih khusus kepada Pengurus Besar yang terlibat sehingga tercetusnya RNAA. Kami amat berbangga kepada ANDA sekelian yang benar-benar berjiwa "MELAYU" berdarah "KERETAPI" yang membawa...

04 Disember 2017

SELAMATKAN KERETAPI "TANAH MELAYU" RUM MERAYU PERWAKILAN UMNO PERTAHANKAN "KERETAPI TANAH MELAYU"

Keadaan RNAA makin genting, namun ianya tidak mungkin dilaksanakan dalam waktu terdekat kerana Akta Keretapi tidak membenarkan, maka jalan yang ada adalah meminda Akta Keretapi bagi mewujudkan perancangan seperti yang terkandung dalam Akta Keretapi. Bagi menghalalkan cara pihak Kementerian Pengangkutan telah pun mengangkat cadangan pindaan kepada pejabat Peguam Negara untuk semakan kemudiannya akan mengangkat ke Parlimen untuk sessi kelulusan. Maklumat...

MEMPERTAHANKAN KTMB DEMI MASA HADAPAN KITA SEMUA

COPY PASTE (Dalam komen Wall Suara RUM) Dalam isu teras kesatuan RUM MEMBANTAH SEKERAS²NYA perlaksanaan RNAA RAILWAY NETWORK ACCESS AGGREEMENT bukanlah di asaskan oleh dari bahan 'FITNAH' asal usulnya .. RUM tak perlukan itu semua malah RUM bukanlah berada di pentas POLITIK .. So 'FITNAH²' TAK MAIN LAH .. Perjuangan RUM berasaskan REALITI bukanlah sekadar TOHMAHAN DAN JUGA ASAS FITNAH .. NOT A RUM STYLE .. RUM membantah kerana ada UNSUR² melenyapkan KTMB hanya utk KEPENTINGAN INDIVIDU dan bukanlah utk KEPENTINGAN AWAM yang di WAR²kan oleh MOT/DMOT,itu...

FITNAH/ BERFIKIRLAH DENGAN WARAS

Saya duduk dalam banyak group, termasuk group politik, saya membaca dan kurang buat komen, sesekali sekiranya perlu. Dalam group-group berkenaan hanya menceritakan soal "FITNAH" termasuk mereka mengunakan nas maupun apa sahaja ayat yang memperkatakan "FITNAH" itu berdosa besar. Dalam facebook juga sebegitu, banyak yang dibaca samada berbentuk kenyataan maupun komen, berkaitan perkara sama iaitu "FITNAH", memang tidak menafikan bahawa trend hari ini "FITNAH" amat berleluasa, kadang-kadang boleh mengelirukan pembaca. Cuma saya tidak berminat mengenai...

01 Disember 2017

BIAR PAHIT, TETAP KU BICARA BANGKITLAH WAHAI GM KTMB

Kadang-kadang RUM nak mengamuk dan marah semua Pengurus Besar KTMB yang ada, puas RUM berceloteh, puas RUM memohon memberi kerjasama demi mempertahankan KTMB, malah RUM pernah bercakap bukan soal "UPAH" tapi demi "SAYANGKAN KTMB". Mereka ini macam budak-budak kecil, tidak pro-aktif, tidak berfikir jauh diluar kotak, kalau belajar tinggi tapi sekadar ikut buku atau apa yang diajar oleh Pensyarah maka mereka ini tidak akan kemana, setakat itu sahaja, sekadar menerima arahan, kalau setakat terima arahan tidak membantu dari aspek "idea kreatif" maka...

PERKHIDMATAN TREN KTM BERHAD KEMBALI PULIH SEPENUHNYA

BERITA BAIK TERKINI & PENTING PERKHIDMATAN TREN KTM BERHAD KEMBALI PULIH SEPENUHNYA 30 November 2017 (Khamis) – KTM Berhad ingin memaklumkan bahawa operasi tren KTM Berhad bagi perkhidmatan ETS laluan Sektor Utara dan Sektor Selatan, juga perkhidmatan KTM Komuter Sektor Lembah Klang telah kembali beroperasi seperti biasa bermula pada jam 8.35 malam, hari ini. Tempoh masa kembali pulih ini telah berjaya diperolehi lebih awal dua (2) hari dari...

28 November 2017

MENTERI & TIMBALAN MENTERI PENGANGKUTAN TAK MAHU JAWAB KE?

PERBADANAN ASET KERETAPI? AIYAAA... ADA HATI NAK WUJUDKAN RNAA? INI PUN TAK BOLEH HANDLE.... OWH... DAH 25 TAHUN... KIRA HEBAT SANGATLAH....  HAR...HAR... HAR... LAGI TAK BUKA MATA... TAK TAULAH... EH.... KTMB JUGAH SALAH..... HAR...HAR...HAR.. Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja K...

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM DARAT (SPAD) PENGANTUNGAN LARIAN KARGO

Ada dua (2) perkara yang berlaku dari sudut postif dan negatif. 1. Buruknya bila berlaku pengantunggan tren larian kargo ini akan melibatkan implikasi besar kepada KTMB  dari sudut pendapatan KTMB, pendapatan dari Kargo adalah survival untuk KTMB yang menangggung subsidi kepada larian tren penumpang. 2. Baiknya pula ialah nak bagitau kepada Kementerian Pengangkutan mana  datangnya 30% sahaja larian tren? Kalau 30% tak selamat, 100% tu selamat...

SECOND OPERATOR EK ELEHHH... MACAMLAH RUM TAK TAU...

Sebenarnya yang menjadi mastermind "second operator" ini ada dua (2) orang, kedua-duanya pernah berkhidmat dengan keretapi, seorang berminat dengan "Kargo" dan seorang lagi berminat dengan ETS. Yang berminat dengan Kargo ini, malah Syarikat pun telah ditubuhkan ialah individu yang berhenti pada zaman Dato Elias Kadir, tapi yang bestnya sebelum berhenti pernah pesan dengan saya selaku Presiden RUM, "RAZAK KAU JAGALAH KTMB", sekarang ayat pesanan yang...

27 November 2017

Audit report: RM142.75 mil for Skypark double-track still not spent

KUALA LUMPUR: The National Audit Department has found that RM142.75 million channelled to the Railway Assets Corporation (PAK) for the Subang-Skypark Subang Terminal Extension Project in January 2012 is still not spent. According to the Auditor-General’s Report 2016 Series 2 issued today, it was also found that the allocation had not been returned to the transport ministry (MOT), resulting in the project still not implemented as planned. In addition, the value management conducted did not achieve the full objective when cable shifting work and...

COOLING PERIOD DEMI SITUASI DERAILMENT/ FAHAM CEO/ GM TMOD TETAP DALAM PERHATIAN KAMI/ SELAYAKNYA MENJAWAT JAWATAN PENYELIA JAMBAN!

Dalam keadaan kesulitan KTMB yang menghadapi derailment, tentu sahaja fokus utama ialah membaikpulih landasan seberapa segera bagi memastikan tren-tren penumpang dapat  beroperasi semula kerana ianya melibatkan kepentingan pengguna. Kami juga sedar bahawa SPAD telah mengarahkan penggantungan perkhidmatan Kargo dari KL Central hingga ke Rawang ini menghakibatkan KTMB kehilangan pendapatan malah akan menyebabkan KTMB bermasalah. Disinilah tanggungjawab dan beban yang besar terpaksa ditanggung oleh En Rani CEO KTMB untuk mengatasi masalah yang...

25 November 2017

MEDIA CETAK/ UTUSAN MALAYSIA DARI KACAMATA RUM

Dulu Utusan Malaysia memang hebat, antara langganan tetap Kesatuan maupun saya secara peribadi, kini RUM sudah tidak melanggani Utusan Malaysia kerana Utusan Malaysia maupun media cetak yang lain sudah tidak lagi berperanan secara telus dan terbuka khususnya hal ehwal Kesatuan Sekerja. Kini Utusan sudah lagi tidak berfungsi seperti dahulu, isu-isu Kesatuan Sekerja tidak lagi tercatat dalam Utusan seperti mana dahulu, kalau ada hanya kenyataan terpilih...

RUM ISTIHAR PERANG DENGAN GM TMOD

Kita akan buktikan satu persatu kesalahan GM TMOD, termasuk perkara yang bertentangan dengan CA, sehingga beliau diambil tindakan tatatertib sehingga dibuang kerja. Antaranya:- 1. CA 8, keputusan Lembaga Pengarah KTMB mengenai CA 8 terus diangkat ke Kementerian Kewangan tanpa memaklumkan kepada RUM, beliau dengan sengaja tidak memberi ruang pada RUM untuk membuat rayuan kepada Lembaga Pengarah KTMB. 2. Sehingga hari ini dah hampir dua (2) tahun CA belum ditandatangani, GM TMOD dengan sengaja melengahkan CA. 3. Banyak artikel CA yang bertentangan...

RUM SETUJU DENGAN KENYATAAN INI.

Beliau patut bertanggung jawab, ini sebuk dengan RNAA dan Second Operator! Haprak punya MoT Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB Liow responsible for KTM disruptions, says Kian Ming PETALING JAYA: Serdang MP Ong Kian Ming today took Transport Minister Liow Tiong Lai to task over the recent spate of train derailments, the latest of which disrupted services on the line connecting the Segambut, Putra, Bank Negara and Kuala Lumpur stations. In a statement, he said Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTM) had suffered three major derailments in the...

24 November 2017

TAMATKAN PERKHIDMATAN GM TMOD KTMB BAKAL JIMATKAN KOS LEBIH RM 120.000 SETAHUN

Dalam keadaan KTMB bermasalah, tren kargo derail, SPAD gantung perkhidmatan Kargo, RNAA nak masuk, GM TMOD boleh gunakan kesempatan menceroboh whatsapp group untuk ahli-ahli RUM dengan niat jahat cuba menakutkan ahli-ahli RUM dan menyekat kebebasan bersuara ahli-ahli RUM. Tindakan GM TMOD dengan sengaja bertujuan untuk melaga-lagakan RUM dengan CEO baru, malah beliau sengaja mewujudkan pertikaian dan meretakkan keharmonian perusahaan, orang macam...

2 dalam 1

...

Usik

...

Seribu kali kurang ajar

...

Attack Maximun

...

BICARA LARUT MALAM JUMAAT

Asyik iya... malam jumaat, tapi RUM tak kira hari apa pun tetap malam jumaat, macam kerjalah tak kira waktu, kerja "round the clock", nampak macam mudah tapi otak bergerak, asyik duk berfikir. Tapi malam ni bicara tentang GM TMOD, setelah RUM meneliti secara mendalam dalam kes-kes yang berlaku sebelum ini, RUM mentafsirkan GM TMOD ini mempunyai sifat "dendam kesumat" setelah RUM belasah maksimum terhadap beliau. GM TMOD ni memang "lemah" @ "useless"...

23 November 2017

DERAILMENT KARGO DI BANK NEGARA

Sudah lama saya selaku Presiden dan Sdr Maniam Setiausaha Agung RUM tidak turun ke Spot (kawasan derail) kalau ada di jalan kucing  sebulan yang lalu, itu pun disebabkan rungutan pekerja yang tidak dapat@lambat disediakan nasi bungkus untuk makan malam, maklum pekerja berkerja "round the clock", bukan kami tidak mahu turun, tapi keadaan @situasi membuat kami tidak mahu turun, namun tetap membuat siasatan melalui pegawai utama serta pegawai cawangan...

18 November 2017

KOMEN FB REMEH/ BERSAMALAH KITA

Assalamualaikum dan Selamat Pagi Semalam pegawai dan ahli RUM mengamuk betul bila satu kenyataan dikeluarkan oleh seseorang, walaupun pada awalnya RUM nasihatkan jangan, tapi mereka tetap nak attack balik, last sekali RUM terpaksa akur kehendak mereka, sebab mereka mempunyai alasan yang munasabah. Mana mungkin mereka tidak marah, sedangkan isu yang dipapar isu remeh, dulu pun berlaku juga, bukan tidak berlaku, malah dalam mesyuarat-mesyuarat jkkp tika dulu ada dibangkitkan masalah sebegitu. Seperkara lagi dulu KTMB ada duit, suntikan pun dapat,...

16 November 2017

CERITA TV 1 MALAM TADI..

Malam tadi dengarlah apa yang Tim Menteri Pengangkutan cakap dalam TV1, 30% sahaja pengunaan landasan, entah mana fakta dia dapat tak tau... Menteri pulak cakap 40% pengunaan landasan, dua-dua dah melalut, macam pening ketum. Sebab pengunaan landasan 30% maka MoT ingin merancakkan pengunaan landasan KTMB katanya macam "PLUS HIGHWAY".... orang yang tak tau keretapi.... angguk-angguk.... wow... inilah "idea inovatif".... har...har..har.. Dia ingat Peraturan dalam keretapi sama kot macam undang-undang jalan raya.... har...har...har... entah-entah...

15 November 2017

Railway union repeats call to scrap KTMB assets transfer move

November 15, 2017 PETALING JAYA: The KTM Employees Union (KPPKTMB) has reiterated its call to the government to terminate the Railway Network Access Agreement (RNAA), which it claims will hamper the CEO from transforming KTMB. Union president Abdul Razak Md Hassan said RNAA gave absolute power to the government-owned Railway Assets Corporation (RAC) to carry out development for its own profit. Any innovative idea proposed by KTMB’s CEO would be difficult to implement under the RNAA system, he said in a statement today. The RNAA was signed between...

Kesatuan pekerja ulangi desakan batal perjanjian halang transformasi KTMB

November 15, 2017 PETALING JAYA: Kesatuan Pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KPPKTMB) mengulangi desakan membatalkan Perjanjian Akses Rangkaian Kereta Api (RNAA) yang didakwa akan menghalang usaha ketua pegawai eksekutifnya (CEO) mentransformasikan KTMB. Presiden KPPKTMB, Abdul Razak Md Hassan mendakwa RNAA yang diwujudkan berlandaskan idea korup, memberi kuasa mutlak kepada Perbadanan Aset Keretapi (RAC) melakukan pembangunan yang hanya akan menguntungkannya. “Sistem RNAA yang bakal diwujudkan ini secara negatifnya hanya menguntungkan PAK dan...

PERTEMUAN ANTARA RUM & SRUT/ USAHA RUM SEHINGGA PERINGKAT ANTARABANGSA

Akhirnya pertemuan yang berlaku tempoh hari persetujuan telah dicapai antara RUM & SRUT bahawa tiada Tren Kargo@"Second Operator" boleh melintasi "cross boarder" ke Thailand. SRUT juga akan membantah dan mengambil pendekatan yang sama untuk menghalang "Second Operator". Persetujuan dicapai selaras dokumen yang sedia ada, bahawa kebenaran cross boarder hanya KTMB dan SRT sahaja. Kami kesatuan sekerja sentiasa bekerjasama dalam menghalang sebarang aktiviti yang boleh menjejaskan syarikat kami khususnya KTMB & SRT. Persetujuan juga dicapai...

13 November 2017

Terima RNAA kerana tidak arif asal usul KTMB

Owh.. Lembaga Pengarah KTMB... Kalau 2 Lembaga Pengarah KTMB ini faham KTMB/SAYANG KTMB/TAU ASAL USUL KTMB, pasti dia tidak "sign" terima RNAA.. sekarang kerana 2 Lembaga Pengarah ini menyusahkan semua pihak terutamanya RUM yang berusaha mempertahankan KTMB, inilah akibatnya bila "JIWA KERETAPI" tiada! Tambah masalah lagi bila ada Lembaga Pengarah KTMB yang datangnya dari MCA atas rekemendasi Yb Menteri Pengangkutan! hancus... Harapan yang ada kegigihan yang tinggi dari CEO KTMB. Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KT...

Hentikan RNAA

Ahli RUM tahu apa nak b...

DAFTAR MENGUNDI

Kepada semua ahli-ahli RUM yang belum mendaftar mengundi, sila mendaftar dengan segera, manakala yang ada anak-anak atau saudara mara lebih 21 tahun, sila mohon pada mereka mendaftar dengan kadar segera, pada rakan-rakan yang duduk dibangsar yang mempunyai alamat mengundi diluar kawasan, mohon kerjasama untuk bertukar alamat mengundi di Parlimen Lembah Pantai. Gunakan hak kita sebagai warganegara untuk mengundi pada PRU akan datang. Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja K...

Hadiah

Kalau ada faedah@pulangan $ atau hadiah waima "power bank berpasir" pasti ramai yang tolong@sokong, kalau RNAA ramai yang tidak mahu tolong@sokong, sebab tiada mendatangkan faedah@pulangan $ maupun hadiah apatah lagi tiada powerbank berpasir, walaupun Keretapi "TANAH MELAYU" untuk kepentingan rakyat, bangsa dan Negara! Dunia zaman sekarang, nilai perjuangan berlandaskan kepentingan rakyat, bangsa dan negara dah makin pupus! Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja K...

10 November 2017

Nak jadi apa MoT?

Bila temu kawan union keretapi antarabangsa semua complain pasal keretapi China, termasuk RUM juga complain malah tulis surat jangan beli keretapi dari China, tapi keretapi dari China juga pujaan hatinya... kihkihkih... owh MoT... apalah nak jadi dengan kau... Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja K...

TIM MEN NI JENIS CAKAP PUSING 360°

Ikut pengalaman buang kerja seramai 97 orang, orang ni 1 sen pun tak boleh percaya. Kes yang terbaru sehingga RUM terpaksa failkan kes di Mahkamah Tinggi mencabar Menteri Sumber Manusia, JPP dan JHEKS. So Yb Dato... jangan cakap aje.. nak sedapkan hati orang, kat luar tu banyak yang stress tapi tk de apa tindakan pun... sebab apa tiada tindakan Yb Dato? kami masa kena buang kerja dulu, stress giler, apa Yb Dato buat? Cakap berbelit-belit, tafsiran...

07 November 2017

Susah Senang Diharungi Bersama

Kita bergerak demi mempertahankan KTMB, kita bersama dengan SRUT, susah sama susah, senang sama senang, malah kita akan berusaha dari semua sudut untuk mempertahankan KTMB dari anasir-anasir yang berkepentingan. RUM berusaha terus berusaha.. We are Railwaymen! Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja Pekerja K...