TAHNIAH KTMB

Keretapi Tanah Melayu Berhad sekali lagi melakar kejayaan yang amat dibanggakan. Tahniah KTMB

29 November 2014

PERTANYAAN WARTAWAN KETIKA SIDANG AKHBAR PADA 28/11/2014

Soalan Wartawan: Presiden KTMB ada menyatakan bahawa KTMB berjaya mengurangkan kerugian. Jawapan pada Wartawan: Diakui benar bahawa Presiden KTMB berjaya mengurangkan kerugian. Sebabnya:- 1. Tiada pembaikpulihan pada Lokomotif, Koc, PGC (PGC selepas surat kesatuan maka baru buat) Wagon, landasan dan lain-lain (27 surat kesatuan adalah dalil) sehingga menyebabkan tahap keselamatan berada di paras rendah. Dari sudut tiada pemulihan berlaku maka tiada perbelanjaan dikeluarkan, justeru itu berlakulah penjimatan. 2. Pembayaran sejumlah...

PERTANYAAN RAKAN FB SUARA RUM

Kamil Zulkepli: Tuan presiden rum..adakah masa 2 taun cukup untuk kita expect datuk EK akan membuat keuntungan dgn kerugian ktmb setiap taun bepuluh juta.puluh juta bukan angka yg sikit sbb dr apa yg kita tau intercity xmenyumbang banyak mana sangat pun sebab penyumbang utama adalah kargo..Atau tempoh 2 taun ni hanya pada fasa pemulihan untuk mengurangkan kerugian dulu?Atau adakah kerugian akan bertambah dengan peningkatan bil utiliti stesen utara..dianggarkan bil elektrik 1 stesen xkurg drp 5k..gurun saja mula2 operasi rm13k, tasik gelugor 8k...

BERFIKIRLAH SEBELUM BERTINDAK

Satu kenyataan yang dangkal, kerana kenyataan yang berupa tidak tahu hujung pangkal, malah tidak tahu "hak kesatuan sekerja". Bila tidak mengerti "hak kesatuan sekerja" di bawah peruntukan undang-undang maka ianya seolah-olah Kesatuan Sekerja melakukan kesilapan. Persepsi lemah ini, kerana tidak mahu tahu, tidak mahu ambil tahu, tidak mahu belajar dan pura-pura tahu. Justeru itu hak kesatuan sekerja melalui aktiviti-aktivii kesatuan sekerja adalah "hak kebebasan bersuara", maka itu di bawah Akta Kesatuan Sekerja "imuniti" atau "kekebalan"...

RUM still unhappy with picketing solution

KUALA LUMPUR: The Railway Union of Malaya (RUM) is still not satisfied with the solution over the termination of 97 union members for picketing in May 9. Its president Abdul Razak Md Hassan claimed the agreement memorandum signed on Wednesday was biased and was not the draft prepared by the Human Resources Ministry. "The memorandum favours one party and it is not a win-win situation as requested by the Human Resources Ministry. "However,...

28 November 2014

Manipulasi MoU, RUM ambil tindakan undang-undang atas presiden KTMB

Kesatuan Pekerja-Pekerja Keretapi Tanah Melayu (RUM) mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap Presiden Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Datuk Elias Kadir Baba kerana memanipulasi memorandum persefahaman (MoU) penyelesaian pertikaian antara kedua-dua pihak. Presiden RUM Abdul Razak Md Hassan mendakwa, MoU itu pada awalnya dirangka Kementerian Sumber Manusia, namun diubah Elias pada saat akhir. Katanya, Elias kemudiannya membuat...

RUM

Tetap akan bergerak selaras peruntukan undang-undang, tiada yang lebih daripada undang-undang. Menyekat kebebasan bersuara dalam mengerakkan aktiviti-aktivii kesatuan sekerja adalah satu kesalahan. Railwaymen Union of Malaya tetap berdiri gah, berjuang untuk ahli-ahlinya. Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTM...

27 November 2014

ALHAMDULILLAH DAN TERIMA KASIH (1)

Gembira bila semua kembali bertugas, penat berkayuh, naik basikal ke hulu, ke hilir akhirnya berhasil. Gembira melihat sahabat handai kembali tersenyum, perjuangan mereka berbaloi, walaupun syarat yang dikemukakan tidak menepati kehendak, namun ianya bukan persoalan, matlamat mengembalikan mereka telah pun berhasil. Dari 97 orang, kini tinggal aku seorang, soal aku... pedulikan... aku ada tanggungjawab lain... yang penting mereka dipulihkan...

Alhamdulillah dan Terima Kasih (PEMULIHAN KERJA)

Seramai 98% pekerja yang dibuang kerja tanpa notis telah dipulihkan jawatan dan akan kembali bekerja bermula esuk. Arahan penerimaan persetujuan ini dibuat oleh RUM adalah demi memastikan semua yang terlibat boleh meneruskan kehidupan setelah sekian lama ditindas dan dizalimi. Selaku Presiden RUM, saya berasa lega kerana semua pegawai kesatuan dan ahli-ahli RUM yang menjalankan aktiviti-aktivii kesatuan sekerja telah dipulihkan. Bebanan ini...

25 November 2014

JAWATAN KUASA KESELAMATAN, KESIHATAN, PEKERJAAN DAN INDUK.

Satu jawatankuasa peringkat tertinggi yang membincangkan hal ehwal dasar keselamatan KTMB dan Pekerja kini telah dicabuli oleh Presiden KTMB dengan meletakkan acuan sendiri dan membelakangkan Perjanjian Bersama. Disini tempat RUM bangkitkan isu Keselamatan, Kesihatan, Pekerjaan dan Kesihatan mengenai banyak perkara termasuk landasan di Pantai Timur yang gagal dibaik pulih sehingga menyebabkan banyak kegelinciran maka akhirnya Suruhanjaya Perkhidmatan...

24 November 2014

Majlis Menandatangani Memorandum Persetujuan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Seperti mana kenyataan yang dikeluarkan dalam TV 3 pada 21.11.2014 dan dalam taklimat pada 22.11.2014. Maka pada yang terlibat dalam "pembuangan kerja" bahawa semuanya adalah diwajibkan hadir pada "Majlis Menandatangani Memorandum Persetujuan" pada 26.11.2014 jam 2.30petang. Semua adalah dikehendaki membaca, memahami persetujuan seterusnya diarahkan menandatangani persetujuan tersebut bagi pemulihan jawatan. Sekian Terima...

BERTENTANGAN DENGAN PERJANJIAN BERSAMA

Pihak RUM merasa terkilan dengan tindakan Jabatan Keselamatan, Kesihatan dan Pekerjaan yang bermesyuarat pada 12.11.2014 dengan mewujudkan wakil dari "persatuan" yang ada dalam KTMB.  Pihak kesatuan dalam waktu terdekat akan mengemukakan "Bantahan Rasmi", kerana tindakan ini secara jelas dan nyata bertentangan dengan Perjanjian Bersama. Perjanjian Bersama telah "jelas dan nyata" bahawa "BADAN PERUNDINGAN TUNGGAL BAGI PIHAK PEKERJA IALAH...

22 November 2014

BERITA TV 3 JAM 8.00 Malam tadi

BERITA TV 3 JAM 8.00 Malam tadi, rakaman dibuat di Seri Pentas. ...

21 November 2014

Kenyataan Setiausaha Agung RUM

Berikut adalah kenyataan dari Setiausaha Agung RUM, sdr Jaafar Alias didalam laman Facebook beliau: Saya mendapat makluman dari seorang Eksukutif TMOD akan adanya Majlis PENGAMPUNAN bg pekerja yg dibuang kerja tempohari pd 26 Nov 2014. Persoalan sy mengapa di sebut majlis pengampunan.APA DOSA kami. Berapa juta harta Ktmb yg telah kami samun dan rompak. Sudah hilang ke akal dan nilai budi orang melayu yg menerajui ktmb skrg. Mungkinlah tidak dapat...

suara seorang Presiden Kesatuan

Jangan main api..Saya Unionist...Saya Gila...Saya tak kira siapa...Saya akan lawan...Saya sanggup di penjarakan....Saya hanya mahukan "KEADILAN" Abdul Razak MD HassanPresiden RU...

RUM terima SMS

INI SMS YANG DI TERIMA OLEH RUM "As-salam & Salam Sejahtera, terima arahan dari En.Azhari TMOD maklumkan ada sesi pengampunan beramai-ramai kpd staf yg dibuang kerja isu piket pada 26/11/2014 jam 2 ptg di ballroom HQ dgn kehadiran Menteri, sila maklum kpd staf tuan yg terlibat sekiranya masih minat utk bekerja supaya hadirZailani ESTM" RUM TIDAK BERNIAT NAK KOMEN Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KT...

Surat ITF kepada PM Malaysia

...

20 November 2014

PERWAKILAN UMNO

Kita edarkan Pamplet.... Kita serang...  bgtau ini lah manusia talam dua muka...  depan pijak semut pun tak mati... bicara baik belaka...  tapi kita jadi mangsa...  membenamkan kesatuan sekerja agar tiada suara....  Perlembagaan Persekutuan tonggak utama...  kini di baling sahaja. ..  tong sampah juga tempatnya..... Kenyataan Rasmi Presiden R...

Buat baik berpada-pada

Buat baik berpada - pada... Buat jahat jangan sekali... Ku anggap permata... Tapi tetap kaca... Ku anggap boleh diyakini... Tapi hampeh belaka... Manusia depan baik... Belakang Ya Rabbi... Kata sahabat... Nak kenal manusia ini... Jangan kenal siang... Kena kenal malam... Maka akhirnya... Dia telah membuktikan siapakah gerangan dirinya... Maka satu hari pasti bala akan menimpa.... Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KT...

RUM: Syarat turun gaji tidak adil

Presiden Kesatuan Pekerja Keretapi Tanah Melayu (RUM) Abdul Razak Md Hassan mendakwa lima anggotanya yang diterima bekerja semula oleh majikan terpaksa menerima bayaran gaji lebih rendah. Abdul Razak mendakwa, ia merupakan syarat dalam perjanjian persefahaman (MOU) yang ditandatangani anggota tersebut dengan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). “Memorandum yang RUM persetujui adalah yang menguntungkan kedua-dua pihak. Ini tidak kerana mereka...

Bertenang semua...

Semua yang terlibat dengan Pembuangan Kerja dalam kemelut RUM bawa bertenang, pihak RUM akan menilai semua perkara sebelum membuat sebarang ketetapan. Satu taklimat akan diberikan. Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KT...

19 November 2014

PINDAH KUARTERS

Dua (2) pertanyaan dalam taklimat pada yang terlibat dengan pembuangan kerja ialah arahan keluar kuarters dan telah mengatakan saya telah pun keluar kuarters. Jawapan balas. 1. Keputusan Persidangan Perwakilan Tiga Tahunan Sekali Ke 12 telah memutuskan mana-mana yang menerima arahan mengosongkan rumah kuarters tidak akan keluar sehingga kemelut ini diselesaikan. 2. Saya masih menduduki kuarters KTMB di Jalan Lengkok Abdullah. Presiden...

18 November 2014

SURAT TERBUKA PADA DATUK ELIAS KADIR

Aku kenal kau.. Kau ibarat abg aku.. Itu aku tak nafikan.. Sebab naluri seorang adik tetap sayangkan abg... Prinsip tanggungjawab... Tidak sesekali menjual organisasi... Prinsip tanggungjawab adalah amanah yang telah diberikan... Tidak sesekali mengadaikan... Kerana ianya akan dipersoalkan kemudian hari... Hari ini... Kau menzalimi... Anak buah ku yang tidak berdosa... Kau tutup periuk nasi mereka... Kau humbankan dengan penuh penindasan... Kau...

AKU TETAP LAWAN

Biar apa pun andaian... Aku tak pernah peduli... Aku tau apa yang berlaku diluar sana... Selagi aku di amanahkan sebagai seorang Presiden... Akan aku jalankan tanggungjawab... Aku sedar 70 orang dibuang kerja... Aku sedar di atas kepala aku.. ada 70 orang yang telah hilang punca pendapatan... Semata-mata niat aku untuk memulihkan KTMB, untuk memberi faedah yang lebih baik kepada ahli-ahli ku... Tak mengapa... Aku hadapi cabaran ini dengan tenang... Aku...

Hampir 70 pekerja KTM dipecat setakat ini

Sudah 69 pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dipecat setakat ini setelah terlibat dengan piket 9 Mei lalu yang mendesak presiden syarikat itu berundur kerana didakwa kurang cemerlang. Perkara itu dimaklumkan oleh Presiden Kesatuan Pekerja Keretapi Tanah Melayu (RUM) Abdul Razak Md Hassan kepada Malaysiakini semalam. “Pembuangan seramai 69 orang ini adalah sejarah negara kerana menjadi pemecatan besar-besaran di Malaysia,” katanya. Sementara...

17 November 2014

KWSP (60 TAHUN)

Bila CEO KWSP mengesyorkan pengeluaran caruman pada umur 60 Tahun? Maka bisinglah sekali lagi di kalangan yang membantah, maka sewajarnyalah "bising", kerana kegagalan membaca situasi persekitaran. Tidak juga salah mengeluarkan cadangan, mengeluarkan cadangan perlu melihat ukuran sebenar samada ianya wajar atau tidak. Namun ianya adalah "tidak wajar", berdasarkan bantahan banyak pihak tidak lama dulu boleh dijadikan ukuran. Tidak perlu...

PENDIRIAN

Tidaklah ingin RUM menegakkan "benang yang basah", menegakkan benang yang basah ibarat "kesangsian dan kerapuhan", untuk membuktikan kebenaran. Kesangsian dan kerapuhan mewujudkan "keraguan", maka keraguan akan mewujudkan kenyataan berdolak dalih, jadilah ianya "tiada pegangan dan pendirian". Maka itu pernyataan jelas dan nyata berdasarkan hujah berserta dalil bagi membuat keputusan atau ketetapan dengan paduan "sebulat suara", tanpa sebarang...

PEKERJA

Kita nampak pendidikan, kita nampak harga minyak, kita nampak ekonomi, kita nampak kedudukan politik, tapi kita tak nampak pekerja, katanya "DENYUT NADI RAKYAT", tapi dimanakah "DENYUT NADI PEKERJA" yang juga "RAKYAT" Inilah masalah utama bila kita lupakan pekerja, pekerja mungkin bukan "DENYUT NADI RAKYAT". Katakanlah.... Penjawat Awam ada lebih kurang 1juta Melayu 1 juta lagi adalah pekerja di badan berkanun, GOC dan GLC. Dari sejumlah...

16 November 2014

RUM terpaksa menjawab kononnya "FITNAH".

RUM dah berulang kali mengatakan bahawa RUM mempunyai bukti dokumen, sebanyak 27 pucuk surat yang tidak dijawab oleh Presiden KTMB. Bagi membuktikan bukan "FITNAH", RUM sedia berdebat terbuka dengan Presiden KTMB. (Tapi sampai sekarang tiada respon) Kalau tak berani berdebat terbuka, seperti permintaan RUM dalam Mesyuarat Runding Damai di bawah aduan Seksyen 5 Akta Perhubungan Perusahaan ( 177 ) di JPP Wilayah Persekutuan, iaitu adakan Majlis...

Plan Tindakan RUM

Selepas kegagalan perbincangan pada 13.11.2014. Esok RUM akan hantar Memorandum 35 helai muka surat pada YAB Dato Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia. RUM juga akan mengedarkan Pamplet pada semua Perwakilan Umno dan semua pemerhati yang ada. Tindakan Piket setiap hari di Perkarangan Ibu Pejabat KTMB Tindakan Piket di Kementerian Kewangan turut disertai oleh keluarga yang terlibat. Tarikh akan di maklumkan dari masa ke...

PERSIDANGAN PERWAKILAN UMNO (Pandangan RUM)

Suatu waktu dulu, suara pemuda UMNO digeruni kerana membawa permasalahan masyarakat, apakah kini suara keramat itu masih berbisi lagi? Nantikan PAU nanti. - admin Adakah kali ini Persidangan Perwakilan Umno akan membangkitkan isu pekerja Melayu? Disedari bahawa penjawat awam 90% adalah pekerja Melayu, maka isu pekerja penjawat awam mungkin tidak timbul kerana faedah yang dinikmati sangat baik, walaupun ada beberapa perkara perlu dikaji...

15 November 2014

TOKOH KAPITALIS MALAYSIA

Aku tak nak bicara politik, kalau aku bicara politik, aku patut masuk politik... tapi dulu aku juga orang politik, cuma aku tak minat, kerana ada sebab tertentu. Tapi aku suka kesatuan sekerja, aku nampak hala tuju perjuangan, aku nampak siapa yang patut dibela, kerana kesatuan sekerja lebih kepada perjuangan. Tapi sayangnya ramai yang tidak mahu mengetahui apa itu Kesatuan Sekerja, sebaliknya sekatan - sekatan terus dilakukan melalui pindaan...

FIKIRKAN... BANGKITLAH PEJUANG!

A. Maka jadilah "Yahudi" wujud membunuh, menindas, menzalimi, menjahanam, merampas kuasa dan menakluki sebuah kerajaan. B. RUM diibaratkan sebuah kerajaan yang mempunyai rakyat kini hari - hari dibuang kerja dari 1 jadi 2 dan kini 69 dibuang kerja (dibunuh) keluarga jadi sengsara, wang tiada, dan pelbagai lagi (menindas dan menzalimi) dengan hasrat mengancurkan RUM (menjahanamkan) meletakkan RUM di bawah pengaruh majikan (merampas kuasa) dan...

14 November 2014

SMS YANG DI TERIMA DARI INTERNATIONAL TRANSPORT FEDERATION (ITF) LONDON

It certainly is madness on part of KTM. I will come to KL 14-16 December and in January ITF will send a high level mission to meet Malaysian Government. We ar also planning a complaint to ILO Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KT...

PENJAWAT AWAM

Aku pernah menulis mengenai "penjawat awam", penjawat awam kini lebih kepada "makan gaji" lebih kepada "kerja mudah", tak seperti yang aku kenali pada zaman 90an. Kerja mudah memanglah senang, cukup bulan ambil gaji, buat keputusan pun mudah, meleret - leret utara selatan, selatan - pantai timur, pusing kiri - pusing kanan, last sekali, lepas ke Mahkamah, decision pun tak berani buat, sedangkan undang-undang depan mata, tulis surat berjela...

Hanya manusia biasa

Aku bukan orang politik... Aku hanya seorang kuli... Aku berjuang untuk sesuap nasi... Aku "UNIONIST" Aku tak peduli mereka... Yang aku peduli... Periuk nasi... Yang aku peduli... Kuli... Kerana kuli... Aku rela mati... Aku tak peduli... Kezaliman akan aku tentang... Biarpun nyawa aku tergadai... Presiden ...

MARAH

Aku tak marah.. Buanglah pekerja.. Aku tak marah... Tak ada duit pun tak pe.. Aku tak marah... Keta kena tarik pun aku ketawa.. Aku tak marah... Anak menangis susu tiada.. Aku tak marah... Kena halau keluar rumah.. Aku tak marah... Biarpun aku dizalimi... Aku tak marah... Duit hospital bayar sendiri.. Aku memang tak marah... Sebab aku penyabar... Sebab aku kena sabar... Sebab aku di suruh sabar.. Maka apa yang berlaku... Aku kena senyum... Senyum...

13 November 2014

PERBINCANGAN GAGAL

Kesatuan Pekerja2 KTMB dalam perbincangan Jawatankuasa Kerja telah bersetuju sebulat suara :- Bersetuju menarik balik draf Kesatuan Pekerja2 KTMB. Menerima draf persetujuan Timbalan Menteri Sumber Manusia Menolak draf persetujuan Presiden KTMB. PRESIDEN KTMB bertegas mahukan draf persetujuan KTMB dikekalkan. Maka itu perbincangan kandas dan RUM akan membincangkan tindakan susulan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja sebentar lagi untuk...

Si Zalim yang disimpan oleh kerajaan

Terima kasih Tiada lain perkataan yang dapat diungkapkan, jutaan terima kasih kepada Zaharin Mohd Yasin yang "menghighlightkan" kemelut RUM. Isu RUM adalah isu "NASIONAL" yang melibatkan pembuangan kerja seramai 60 orang pemimpin dan ahli RUM di bawah tafsiran "UNION BUSTING", satu tindakan yang meranapkan Kesatuan Sekerja. RUM pernah "MOGOK" pada tahun 1962 - 1963 selama 23 hari, mogok yang terbesar di negara ini, namun tiada seorang...

11 November 2014

kita semua adalah milik Allah

Innalillahiwainnailaihirojiun, "sesungguhnya kita semua adalah milik Allah dan kita semua akan pulang kepadanya". Mari kita sedekahkan Al Fatihah kepada Ayahanda Sdr Bisri yang telah kembali ke rahmatullah di Kuala Krai, Kelantan jam 7.45 petang sebentar tadi. Al Fatihah... Semoga Allahyarham ayahanda Bisri ditempatkan dengan orang2 yang beriman. Sdr Bisri, Pemandu Lokomotif, sahabat kita adalah salah seorang yang telah dibuang kerja...

KTMB PECAH REKOD UNION BUSTING 1MALAYSIA

KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD YANG DIPIMPIN OLEH DATUK ELIAS KADIR TELAH MEMECAHKAN REKOD UNION BUSTING DALAM NEGARA INI! SATU TINDAKAN YANG KEJAM TERAMAT ZALIM MEMBUANG PEMIMPIN DAN AHLI KESATUAN SERAMAI 58 ORANG. PERBINCANGAN SEDANG BERJALAN, PENYELESAIAN AKAN WUJUD, TAPI KEZALIMAN TERUS BERLAKU! KATA TINGGAL 1%??????? INI BUKAN 1%.... INI MACAM 100%..... KESATUAN PEKERJA-PEKERJA KTMB AKAN MEMBUAT KENYATAAN AKHBAR SEDIKIT MASA...

Zaman Sekarang

Kebelakangan ni macam-macam berlaku... semuanya merangkumi Pegawai Kanan Kerajaan, dari Cameron Highland sekarang JPJ, tapi RUM tak terkejut.. kerana mereka sendiri menunjukkan kesilapan, orang awam nampak kesilapan yang telah berlaku atau ada yang tahu, tapi sorok bawah katil. Bezanya RUM, kami nampak apa yang berlaku, kami tak sorok bawah katil, kami buka awal-awal, kerana kami tak nak dah "terhantuk baru nak tergadah", dah berlaku baru nak...

TOLONG SIASAT

Siapakah gerangan individu ini? dari info yang diterima, individu ini telah mencuri minyak diesel lokomotif, melalui maklumat yang diterima individu ini berulang kali mencuri dan menjual dengan pihak - pihak tertentu. individu ini disyaki telah mencuri minyak diesel lokomotif Satu siasatan hendaklah dibuat bagi membendung dari sifat yang buruk yang boleh merugikan KTMB, kita kuatiri gejala tidak sihat ini terus berlaku tanpa dikawal, manakala...

10 November 2014

YANG MEMBAWA PERUBAHAN PADA KERETAPI INDONESIA. (PAK JONAN)

Tak perlu berjalan jauh... Kat seberang pun boleh belajar... ...

Cotton urges Malaysian PM to act over rail unionist dismissals

ITF general secretary Steve Cotton has strongly urged the Malaysian prime minister to ensure the immediate and unconditional reinstatement of 18 leaders and activists of the ITF-affiliated Railwaymen’s Union of Malaya (RUM) dismissed by KTMB (Malayan Railways Ltd), and insisted that the KTMB cease any victimisation of the union’s members 16/10/2014 Both the RUM president, Abdul Razak Md Hasan, and deputy president, R Subramanian, are among...