25 November 2014

JAWATAN KUASA KESELAMATAN, KESIHATAN, PEKERJAAN DAN INDUK.

Satu jawatankuasa peringkat tertinggi yang membincangkan hal ehwal dasar keselamatan KTMB dan Pekerja kini telah dicabuli oleh Presiden KTMB dengan meletakkan acuan sendiri dan membelakangkan Perjanjian Bersama.

Disini tempat RUM bangkitkan isu Keselamatan, Kesihatan, Pekerjaan dan Kesihatan mengenai banyak perkara termasuk landasan di Pantai Timur yang gagal dibaik pulih sehingga menyebabkan banyak kegelinciran maka akhirnya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat mengambil keputusan untuk memberhentikan perkhidmatan diantara Gemas - Gua Musang, kini disambung kembali perkhidmatan bila RUM mengemukakan bantahan, yang telah menyelamatkan pekerja dari ditukar ke merata tempat, dengan memastikan tahap keselamatan dipatuhi secara maksimum.

Kini Jawatankuasa Induk ini telah ternoda dengan meletakkan individu dari "PERSATUAN" yang tidak bertauliah bagi memastikan bahawa semua yang berbangkit boleh "dipengap" tanpa teguran dan ketegasan, maka bermaharajalelalah mereka serta bakal menutup semua kelemahan yang ada.

Maka hari ini hilanglah "INTERGRITI", Pengurus Besar Keselamatan, Kesihatan, Pekerjaan dan Persekitaran kerana tidak mampu mempertahankan hak dan kebenaran Perjanjian Bersama.

Maka tahap Keselamatan dalam KTMB dan Pekerja juga kini diwakili mereka yang hanya mampu untuk "MAIN MASAK-MASAK", berdasarkan keupayaan dan pemahaman mengenai tahap Keselamatan, Kesihatan, Pekerjaan dan Persekitaran serta segala bentuk peraturan berada di paras rendah.

Maka akan dibuli oleh mereka yang akan menutup segala kelemahan yang ada pada mereka yang tidak berpengetahuan.

Inilah kebijaksanaan Presiden KTMB yang merosakkan KTMB dan Pekerja, maka akan hancurlah dasar, akan mewujudkan kepincangan, akhirnya Pekerja KTMB jadi mangsa mereka yang jahil tentang Keselamatan.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Related Posts:

  • BANTUAN AIDILFITRI SYUKUR ALHAMDULILLAH RUM mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia yang meluluskan Bantuan Aidilfitri RM500.00 pada pekerja KTMB. Kami juga merakamkan … Read More
  • EK akan lawan RUM hingga ke mahkamah Mesej diterima dalam Whatsapp Ek bgtau polis bantuan yg dia akan lawan rum hingga ke mahkamah...hehehe _________________________________ Komen RUM RUM sungguh gembira kalau Presiden KTMB lawan ke Mahkamah, itu yg kita … Read More
  • Senyum Senyum lega terima duit raya.. Tidak mewah tapi gembira... Syukur pada Allah yang Maha Esa... Ramai gembira nak Berhari Raya... Jangan lupa bila bergembira... Ada yang sedih terasa kecewa... Teraniaya kekejaman mereka... D… Read More
  • Bukan pengadai maruah Tidak sesekali menjual MARUAH RUM" Tidak sesekali RUM menjadi "YES MAN" RUM is fighter!!! Fighter for workers right.. Never...never...never can buy RUM! Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB … Read More
  • KUASA / BUDI BICARA / 'PLAY SAFE" / VETO? Mana satu ingin digunakan? Jalan Selamat? Tak mampu mengenal Kaca dan Permata? Terpedaya dengan sandiwara? Terlupa ke ... Depan "YES", Belakang "NO"! Permainan yang dimainkan... Tak sedar ke? Pengalaman mengajar.... Jadikan… Read More