29 November 2014

PERTANYAAN RAKAN FB SUARA RUM

Kamil Zulkepli: Tuan presiden rum..adakah masa 2 taun cukup untuk kita expect datuk EK akan membuat keuntungan dgn kerugian ktmb setiap taun bepuluh juta.puluh juta bukan angka yg sikit sbb dr apa yg kita tau intercity xmenyumbang banyak mana sangat pun sebab penyumbang utama adalah kargo..
Atau tempoh 2 taun ni hanya pada fasa pemulihan untuk mengurangkan kerugian dulu?
Atau adakah kerugian akan bertambah dengan peningkatan bil utiliti stesen utara..dianggarkan bil elektrik 1 stesen xkurg drp 5k..gurun saja mula2 operasi rm13k, tasik gelugor 8k utk sebulan.lepas arahan penjimatan, baru la ada penurunan skit bg jumlah bil ni.. 
Mohon pandangan tuan

JAWAPAN RUM:

 Benar, dalam tempoh 2 tahun sebenarnya tidak mencukupi untuk membuat satu pemulihan secara besar - besaran, namun perancangan yang rapi mampu mengerakkan ke arah pemulihan. 

Pendekatan RUM ialah melalui teguran - teguran yang membina bagi memastikan tahap pemulihan berjalan dengan lancar, iaitu dengan mewujudkan business plan yang baik.

Kesinambungan idea melalui Presiden terdahulu perlu diteruskan, tetapi kesinambungan ini terbantut atau terbatal kerana sebab yang tidak diketahui. 

Sebagai contoh:-

Presiden terdahulu telah pun membuka tender untuk menyewa lokomotif sebanyak 40 buah, tapi telah dibatalkan tender berkenaan, selepas dua tahun tender penyewaan lokomotif dibuka kembali sebanyak 30 buah.

Makanya idea yang dicetuskan oleh Presiden terdahulu adalah baik kerana akhirnya Presiden KTMB akur dengan membuka tender kembali.

Bayangkan sekiranya idea kesinambungan ini diteruskan maka awal tahun 2014, KTMB telah pun mengunakan lokomotif penyewaan dan mampu menambah hasil pendapatan kepada KTMB.

Pembaikpulihan juga perlu dilakukan secara berperingkat seperti mana pernah dilakukan oleh mantan-mantan Presiden mahupun Pengarah Urusan KTMB.

Sistem yang digunakan oleh mantan terdahulu boleh diteruskan kesinambungan dengan penambahbaikan, dekat sini lah kelemahan berlaku, andai perancangan dibuat dengan betul, maka kelemahan melalui kaedah pembaikan adalah jalan terbaik bukannya kaedah yang terbalik, "reverse strategy".

Fasa mengunakan kaedah pengurangan kerugian pernah dilakukan oleh zaman Pengarah Urusan terdahulu sehingga mampu meraih sedikit keuntungan, namun implikasinya sangat teruk sehingga menyebabkan kerugian besar selepas itu.

Sebagai contoh..

Lokomotif yang sepatutnya dijadualkan baikpulih melalui tempoh yang ditentukan, kos penyelenggaraannya adalah rendah, kerana penggantian alat ganti adalah minima, sekiranya ianya melebihi tempoh berdasarkan jadual yang ditetapkan, maka kerosakan pada Lokomotif akan meningkat berdasarkan kerosakan yang berjangkit sehingga melibatkan parah, maka kos yang sepatutnya dikurangkan akan meningkatkan dengan banyak kerana tidak membaikpulih mengikut jadual. 

Setelah wujudnya landasan berkembar, kita semua ketahui, stesen - stesen keretapi berwajah baru dan stesen ini dikategorikan canggih dan luas, maka utiliti dan pengunaan sumber manusia pasti akan meningkat. 

Bila mana utiliti, penyelenggaraan, pengunaan sumber manusia meningkat maka kos perbelanjaan juga akan meningkat, justeru itu berkemungkinan ianya akan melibatkan penambahan kerugian dari aspek utiliti, penyelenggaraan dan pengunaan sumber manusia. 

Maka perlu difikirkan cara yang sesuai bagi memastikan peningkatan kos penyelenggaraan ini dapat dibendung dengan pendapatan setempat, maksudnya stesen - stesen besar ini tidak boleh dibiarkan sebagai tempat persinggahan sahaja, tapi mencari sumber pendapatan untuk menampung kos yang tersebut di atas.

Sekiranya gagal maka, akan wujud pembaziran dan akan menambah kerugian kepada KTMB.

Saya harap penjelasan berdasarkan pandangan ini memuaskan, ianya secara ringkas, kerana keadaan masa yang tidak mengizinkan serta dalam laman suara Rum.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB