27 November 2014

ALHAMDULILLAH DAN TERIMA KASIH (1)

Gembira bila semua kembali bertugas, penat berkayuh, naik basikal ke hulu, ke hilir akhirnya berhasil.

Gembira melihat sahabat handai kembali tersenyum, perjuangan mereka berbaloi, walaupun syarat yang dikemukakan tidak menepati kehendak, namun ianya bukan persoalan, matlamat mengembalikan mereka telah pun berhasil.

Dari 97 orang, kini tinggal aku seorang, soal aku... pedulikan... aku ada tanggungjawab lain... yang penting mereka dipulihkan jawatan kerana mereka semuanya "tidak bersalah", hanya sekadar menjalankan tanggungjawab sebagai "seorang ahli kesatuan", mereka berjuang demi masa depan seluruh warga RUM malah KTMB.

Sejujurnya sebagai Presiden RUM aku berbangga, mereka sanggup berkorban, walaupun mereka mengadaikan periuk nasi bukan sahaja untuk diri sendiri, keluarga tapi seluruh warga KTMB, pengorbanan mereka sangat besar sehingga menimbulkan kesengsaraan pada diri dan keluarga, hari ini mereka telah mengukir senyuman tanda gembira, kerana kesengsaraan yang mereka alami telah dipulihkan, Alhamdulillah... aku cukup gembira...

Merekalah pejuang sejati, pejuang kesatuan sekerja, berjuang untuk masa depan, dengan nawaitu SELAMATKAN KTMB, SELAMATLAH PEKERJA.

Bagi pihak Majlis Eksekutif RUM, saya merakamkan jutaan terima kasih, teruskan perjuangan, kerana perjuangan kesatuan sekerja tiada penghujungnya.

Jangan sesekali rasa gentar, kerana gentar akan melemahkan kita, kita perlu sedar bahawa "kuli" bila-bila pun boleh teraniaya.

Dalam masa yang sama, jangan kita lemah semangat, rasa kecewa maupun berputus asa, maka itu saya menyeru semua jalankan tanggungjawab se
bagai seorang pekerja yang penuh berdedikasi, kerana matlamat kita, tanggungjawab kita bukan untuk Presiden KTMB tetapi matlamat kita dan tanggungjawab kita semata-mata untuk melihat KTMB berjaya serta mampu menjana pendapatan sehingga meraih keuntungan, kerana harapan kita setelah sekian lama kita tertinggal "take home pay", berbanding penjawat awam dapat ditingkatkan seperti mana kita diswastakan pada 1.8.1992 pekerja KTMB menikmati lebih dua (2) mata gaji berbanding penjawat awam dengan elaun yang sama pada ketika itu dengan penjawat awam.

Semoga dan harapan, kekuatan RUM terus dikekalkan, semangat juang terus dipertingkatkan, jangan simpan rasa takut maupun gentar, kerana mereka juga makan gaji seperti kita.

"JUTAAN TERIMA KASIH PADA SEMUA PEJUANG - PEJUANG RUM".

SAUDARA/I TELAH MENCIPTA SATU SEJARAH KESATUAN SEKERJA KHUSUSNYA RAILWAYMEN UNION OF MALAYA"

SELAMATKAN KTMB, SELAMATLAH PEKERJA.

Presiden RUM
Bagi pihak Majlis Eksekutif, 
Kesatuan Pekerja2 KTMB