18 November 2014

Hampir 70 pekerja KTM dipecat setakat ini

Sudah 69 pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dipecat setakat ini setelah terlibat dengan piket 9 Mei lalu yang mendesak presiden syarikat itu berundur kerana didakwa kurang cemerlang.

Perkara itu dimaklumkan oleh Presiden Kesatuan Pekerja Keretapi Tanah Melayu (RUM) Abdul Razak Md Hassan kepada Malaysiakini semalam.

“Pembuangan seramai 69 orang ini adalah sejarah negara kerana menjadi pemecatan besar-besaran di Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB Datuk Ir Nawawi Ahmad (kiri) ketika dihubungi Malaysiakini hari ini mengesahkan pemecatan terkini itu, tetapi tidak menyatakan angka sebenar.

“Ya, ada pekerja yang dipecat tapi saya tidak ada data tentang mereka,” katanya yang juga ahli parlimen Langkawi ketika dihubungi hari ini.

“Hal ini pihak pengurusan yang tentukan dan akan mengambil tindakan tata tertib, jadi tindakan tata tertib tu berjalanlah.”

Piket sebelum ini disertai ratusan anggota RUM bagi mendesak Presiden KTMB Datuk Elias Kadir melepaskan jawatan yang disandangnya sejak 2 Mei 2012. - MK

Related Posts:

  • PRESIDEN RUM NAK BAGI TAU PRESIDEN KTMB (Pt1) Untuk pengetahuan Datuk Presiden KTMB barisan kepimpinan RUM terdiri dari 7 pegawai utama mempunyai semangat juang yang tinggi, matlamat kami bukan sahaja untuk kepentingan Pekerja, Warga KTMB malah kepentingan awam. Pe… Read More
  • SURAT RUM DIPAPARKAN UNTUK PENGETAHUAN UMUM Di bawah ini surat jawapan balas kepada Senior Vice President Teknical, KTMB. Bil : (111) dlm RUM 093 Tarikh : 25hb. Ogos 2014  Kepada : Y.Brs.Tuan Haji Hilmi Mohamad Naib Presiden Kanan Teknikal Keretapi T… Read More
  • PRESIDEN RUM NAK BAGI TAU PRESIDEN KTMB Gambar Hiasan Saya mula memegang jawatan dalam RUM pada tahun 1996 sebagai Setiausaha Cawangan dan Timbalan Presiden, ketika itu Perlembagaan RUM membenarkan 2 jawatan boleh disandang sehingga dibuat pindaan hanya membe… Read More
  • "KETOLOLAN SENGAJA" Gambar Hiasan Bila penulis surat untuk Senior Vice President Teknical menjawab surat RUM dan Vise President Teknical pun tandatangan, menjawab surat RUM hari ini, memetik petikan Akta 177, telah mengakui bahawa yang berpi… Read More
  • KETOLOLAN SENGAJA 2 (PARLIMEN) Maka kalau dilihat jawapan balas Tuan Haji Helmi, Senior Vice President Teknikal bagi pihak Presiden KTMB maka boleh dirumuskan AKTA KESATUAN SEKERJA tidak boleh dipakai, kerana hak kesatuan sekerja menjalankan aktiviti Ke… Read More