13 November 2014

Si Zalim yang disimpan oleh kerajaan

Terima kasih

Tiada lain perkataan yang dapat diungkapkan, jutaan terima kasih kepada Zaharin Mohd Yasin yang "menghighlightkan" kemelut RUM.

Isu RUM adalah isu "NASIONAL" yang melibatkan pembuangan kerja seramai 60 orang pemimpin dan ahli RUM di bawah tafsiran "UNION BUSTING", satu tindakan yang meranapkan Kesatuan Sekerja.

RUM pernah "MOGOK" pada tahun 1962 - 1963 selama 23 hari, mogok yang terbesar di negara ini, namun tiada seorang pun yang dibuang kerja, individu perantara penyelesaian ketika itu ialah Profesor Diraja Ungku Aziz.

Tindakan RUM adalah semata-mata hanya ingin "SELAMATKAN KTMB DAN SELAMATLAH PEKERJA", kerana harapan RUM untuk melihat KTMB dipulihkan sepenuhnya mampu meraih keuntungan.

Di Indonesia terbukti Pak Jonan yang kini telah dilantik sebagai Menteri Transportasi (Pengangkutan) mampu memulihkan Keretapi Indonesia dalam tempoh 2 tahun, terbukti bahawa Keretapi masih mampu meraih keuntungan sekiranya percaturan perniagaan dapat dilaksanakan dengan berkesan, maka kalau sebelum ini Keretapi Indonesia terkebelakang kini Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) tertinggal ke belakang.

Dari aspek keselamatan juga KTMB mundur, dalilnya tidak pernah dalam sejarah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) mengarahkan landasan Gua Musang – Gemas ditutup, banyak lagi yang telah diutarakan.

Kerana keinginan RUM untuk melihat perubahan dan pemulihan KTMB, maka hari ini semua pemimpin utama RUM, pemimpin cawangan dan ahli-ahli RUM dibuang kerja.

Keikhlasan perjuangan RUM adalah semata-mata kerana kami sangat "SAYANGKAN KTMB". Pemulihan KTMB akan memberi impak yang baik kepada pekerja yang kini hanya menikmati "kadar upah di bawah pasaran".

Harapan RUM ialah semua yang terlibat dalam pembuangan kerja ini dipulihkan, kerana mereka mempunyai keluarga untuk diberikan kehidupan, mereka cukup sengsara dengan penindasan ini, kasihanilah mereka, cukuplah penindasan ini, hentikanlah penindasan ini.

Pada YAB DATO SRI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK PERDANA MENTERI MALAYSIA, kami merayu untuk campurtangan dengan segera, demi menyelamatkan nasib pekerja yang teraniaya.

Terima kasih pada semua yang membantu kami khususnya Dato Ir Nawawi Ahmad, bagi pihak Kesatuan Pekerja2 KTMB, saya rakamkan jutaan terima kasih. Hanya Allah Swt sahaja yang mampu membalas pertolongan yang diberikan kepada kami.


Abdul Razak MD Hassan 
Presiden RUM
Bagi pihak Majlis Eksekutif dan semua Warga RUM.