09 November 2014

AKU SEORANG AYAH

Aku seorang ayah..

Tanggungjawab aku sebagai ayah adalah pada sebuah keluarga terdiri isteri dan anak - anak.
Pasti dalam kehidupan seorang ayah ingin melihat anaknya berjaya, berjaya dari segi kehidupan di dunia dan akhirat, bahagia bersama keluarga, mempunyai pekerjaan yang baik mampu menanggung kehidupan untuk masa hadapan.

Adakala... ada anak yang nakal maupun yang baik, adakala... ada yang tidak mahu mendengar kata, adakala ianya menurut perintah, apa pun tetap seorang anak, tanggungjawab seorang ayah memberi semua kebaikan untuk memastikan anak itu bahagia, tidak kira anak itu baik maupun nakal, kerana ianya tetap seorang "anak". Tanggungjawab ayah juga perlu adil pada anak-anaknya, tanpa ada perasaan pilih kasih, walaupun kadangkala anak-anak suka beranggapan sebegitu, kerana anak itu tidak memahami naluri seorang ayah.

"Begitulah seorang pemimpin mana-mana organisasi, organisasi itu di ibaratkan rumahtangga, ahli-ahlinya ibarat anak-anak, perlu dijaga dengan penuh rasa tanggungjawab, penuh dengan kasih sayang, kerana itu sebuah tanggungjawab dan amanah yang diberikan".

Kesusahan dan kesengsaraan anak-anaknya akan menitiskan air mata seorang ayah... seorang ayah pula pasti tidak mahu melihat setiap anaknya dalam kesusahan. Seorang Ayah pula tidak akan menunjukkan sebuah kesedihan, sedaya upaya tidak akan menitiskan air mata di hadapan anak-anak, kerana tanggungan itu adalah tanggungjawab seorang ayah, biarpun seorang ayah menitiskan air mata, ia tetap sembunyikan disebalik sebuah senyuman.

Itulah harapan seorang ayah, tidak mahu melihat kesengsaraan dan keperitan seorang anak, yang penting anak - anaknya gembira dan bahagia.

Kebahagiaan dalam kehidupan seorang ayah, sesekali tidak akan membenarkan anak - anaknya sengsara. Sebagai seorang ayah yang bertanggungjawab maka ia akan sanggup berkorban nyawa demi keluarga dan anak-anaknya.

Kelukaan hati seorang ayah... anaknya tidak akan mengetahui, kerana anak-anaknya beranggapan bahawa itu adalah tanggungjawab seorang ayah, tika ayahnya tiada lagi, tika itu kekesalan tidak berguna lagi.

Kesedihan dan kesengsaraan seorang ayah hanya Allah Swt yang mengetahui, kerana ayah itu adalah seorang pemimpin bagi sebuah keluarga.

Presiden RUM

Related Posts:

  • Lawan tetap lawan Gambar Hiasan Satu kebaikan kena gantung ni, pegawai RUM tetap bekerja, tapi kerja RUM, maka tumpuan pun lebih pada kerja-kerja RUM, meriah sikit kat pejabat RUM. Hikmah di sebalik kena gantung kerja banyak memberi fae… Read More
  • RUM TETAP SEBAGAI WATCH DOG! Gambar Hiasan Bila kita menjawat jawatan samada sukarela atau pun di bayar gaji atau pun elaun, samada jawatan dia Penyelenggaraan Am, Presiden KTMB mahupun Lembaga Pengarah KTMB, maka yang perlu ialah keikhlasan bukan ke… Read More
  • Ketua Pegawai Eksekutif MRT orang yang benar-benar bertanggungjawab! Presiden KTMB sampai landasan pantai timur diarahkan ditutup operasi oleh SPAD, Keretapi banyak tergelincir, Keselamatan Pekerja dan Penumpang tidak selamat, Lokomotif dan lain-lain jentera overdue, KTMB merudum, Pemimpin … Read More
  • SELAMATKAN KTMB SELAMATLAH PEKERJA. TAG LINE RUM Maka RUM dari Pegawai Utamanya, Pegawai-pegawai Cawangan dan ahli-ahlinya dengan niat yang ikhlas ingin menyelamatkan KTMB dari anasir yang berhasrat untuk mengancurkan KTMB kini berada telur di hujung t… Read More
  • "MAKAN TAHI" Dalam sesuatu perkara kebijaksanaan Datuk Elias Kadir sebagai Presiden KTMB ialah mengelak dari bertanggungjawab, kebijaksanaan ini terserlah dengan menyalahkan individu lain sekiranya terdapat kelemahan, sedangkan kelemah… Read More