15 November 2014

TOKOH KAPITALIS MALAYSIA

Aku tak nak bicara politik, kalau aku bicara politik, aku patut masuk politik... tapi dulu aku juga orang politik, cuma aku tak minat, kerana ada sebab tertentu.

Tapi aku suka kesatuan sekerja, aku nampak hala tuju perjuangan, aku nampak siapa yang patut dibela, kerana kesatuan sekerja lebih kepada perjuangan.

Tapi sayangnya ramai yang tidak mahu mengetahui apa itu Kesatuan Sekerja, sebaliknya sekatan - sekatan terus dilakukan melalui pindaan undang-undang, seolah-olah pihak tertentu beranggapan kesatuan sekerja ini adalah golongan yang bermasalah.

Tujuan Kesatuan Sekerja adalah:-

  1. Membela nasib pekerja
  2. Meningkatkan faedah pekerja
  3. Bersama dengan syarikat untuk memajukan syarikat.


Ketiga - tiga aspek ini telah dirangkumkan untuk memastikan matlamat Syarikat berjaya dan faedahnya dikongsi bersama.

Sekiranya ini gagal maka pasti Kesatuan Sekerja melahirkan kebimbangan, apatah lagi "kadar gaji di bawah pasaran", malah tahap keselamatan pekerja yang bekerja perlu terjamin.

Maka itu pendirian RUM sebagai Kesatuan Sekerja perlu bertindak demi memastikan KTMB dipulihkan bagi memastikan faedah pekerja "gaji mengikut pasaran" dapat dinikmati oleh pekerja.

Maka matlamat RUM ialah :-

"SELAMATKAN KTMB SELAMATLAH PEKERJA",

Dengan niat ketiga - tiga perkara ini, maka 69 orang pemimpin RUM dan Ahli RUM yang berjuang demi masa depan KTMB dan Pekerja akhirnya "dibuang kerja tanpa notis".

95% adalah bangsa Melayu yang bekerja untuk sesuap nasi.

Inilah penindasan dan kezaliman Presiden KTMB "TOKOH KAPITALIS MALAYSIA"

"THE GRAND SACKING IN MALAYSIA"

PRESIDEN
Kesatuan Pekerja2 KTMB

Related Posts:

  • PIKET / Demontrasi MTUC 3.10.2014 MTUC berpiket / demontrasi secara aman dengan satu tujuan membantah pembuangan kerja Pemimpin dan Ahli RUM, kerana tindakan sedemikian adalah membunuh kesatuan sekerja (UNION BUSTING) Maka itu MTUC akan memohon semua yang … Read More
  • KEKEJAMAN TERUS BERLELUASA KEKEJAMAN TERUS BERLELUASA BANGKIT.... BANGKIT.... BANGKIT.... Mana mungkin dibiarkan 35 Pemimpin RUM dibuang kerja.... Bangkit...Bangkit.... Bangkit... Kita lawan abis-abisan.... Tidak sekali akan berundur.. Tidak sekali a… Read More
  • BANTUAN PERUBATAN/BANTUAN PINJAMAN Pada semua yang terlibat dengan kes "pembuangan kerja tanpa notis" berhak untuk membuat tuntutan wang perubatan dengan mengemukakan resit perubatan, (Had Maksima RM 500.00) Pada semua yang terlibat dengan "pembuangan kerj… Read More
  • LATEST UPDATE KEZALIMAN DATUK ELIAS KADIR PRESIDEN KTMB 1. 40 Pegawai dan Ahli RUM telah "dibuang kerja tanpa notis". 2. 14 Pegawai dan Ahli RUM telah di "gantung kerja". Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB … Read More
  • PIKET MTUC "UNION BUSTING" 3 OKT 3 PM, KTMB HQ KUALA LUMPUR Read More