Suatu waktu dulu, suara pemuda UMNO digeruni kerana
membawa permasalahan masyarakat, apakah kini suara
keramat itu masih berbisi lagi? Nantikan PAU nanti. - admin
|
Adakah kali ini Persidangan Perwakilan Umno akan membangkitkan isu pekerja Melayu?
Disedari bahawa penjawat awam 90% adalah pekerja Melayu, maka isu pekerja penjawat awam mungkin tidak timbul kerana faedah yang dinikmati sangat baik, walaupun ada beberapa perkara perlu dikaji semula.
Bagaimana dengan pekerja Melayu yang bekerja di sektor GOC, GLC, Badan Berkanun?
Bagaimana pula kedudukan pekerja Melayu yang bekerja di Sektor Swasta?
Maka adalah diharapkan perwakilan akan membangkitkan isu pekerja Melayu khususnya di Sektor Swasta yang kini telah dipinggirkan, memberi kuasa kepada Majikan mengunakan kuasa sesuka hati tanpa memperdulikan hak undang-undang yang ada, malah hak pekerja yang makin terhakis serta gaji minima yang diwujudkan adalah tidak munasabah. Peluang pekerjaan pekerja-pekerja Melayu di syarikat Swasta perlu di beri perhatian yang serius.
Kedudukan KTMB dari tempoh penswastaan sehingga kini tidak mampu diterjemahkan sebagai syarikat yang berpotensi untuk meraih keuntungan. Kegagalan Presiden KTMB untuk menjadikan Syarikat KTMB yang berpotensi sebagai sebuah Syarikat yang berdaya saing. Disedari jua bahawa KTMB adalah milik Kerajaan malangnya sikap Presiden KTMB yang secara nyata telah menganiaya pekerja Melayu dengan mengunakan undang-undang rimba telah menjejaskan imej Kerajaan malah telah menjejaskan imej Umno sebagai Kerajaan yang memerintah malah seolah-olah Umno tidak membela nasib pekerja Melayu, sedangkan majoriti yang terlibat dalam pembuangan kerja adalah "Ahli Umno".
Maka itu suka pihak RUM memberi pandangan bahawa Perwakilan Umno perlu melihat sudut kepentingan "PEKERJA MELAYU", yang kini boleh dianggap tidak terbela oleh pemimpin - pemimpin Melayu itu sendiri.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB