29 November 2014

PERTANYAAN WARTAWAN KETIKA SIDANG AKHBAR PADA 28/11/2014

Soalan Wartawan:

Presiden KTMB ada menyatakan bahawa KTMB berjaya mengurangkan kerugian.

Jawapan pada Wartawan:

Diakui benar bahawa Presiden KTMB berjaya mengurangkan kerugian.

Sebabnya:-

1. Tiada pembaikpulihan pada Lokomotif, Koc, PGC (PGC selepas surat kesatuan maka baru buat) Wagon, landasan dan lain-lain (27 surat kesatuan adalah dalil) sehingga menyebabkan tahap keselamatan berada di paras rendah. Dari sudut tiada pemulihan berlaku maka tiada perbelanjaan dikeluarkan, justeru itu berlakulah penjimatan.

2. Pembayaran sejumlah wang, difahamkan RM 120 juta (anggaran) telah dibayar oleh MRCB melalui saham tanah KL Central.

Justeru itu, penjimatan yang berlaku berdasarkan kepada strategi perniagaan yang lemah, kerana gagal untuk menambah baik KTMB, kegagalan ini melibatkan implikasi kepada penggerak atau cetusan peningkatan peluang perniagaan, salah satu dari 27 pucuk surat kesatuan di bawah perkara "opportunity lose" atau "kerugian peluang" telah menjelaskan.

Penjimatan yang dikatakan berlaku telah menyebabkan KTMB mewujudkan "kerugian peluang", serta menimbulkan implikasi keselamatan yang teruk, sebagai contoh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat telah mengarahkan untuk menutup landasan "GUA MUSANG – GEMAS", implikasi ini boleh mengakibatkan keselamatan pekerja tidak terjamin malah kerugian peluang untuk meningkatkan gaji pekerja KTMB kini di bawah pasaran.

Justeru itu RUM mengakui bahawa Presiden KTMB berjaya mengurangkan kerugian.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Related Posts:

  • SURAT TERBUKA UNTUK DATUK PRESIDEN KTMB Surat tunjuk sebab yang telah Datuk arahkan pada Puan Syarifah GM TMOD telah kami terima. Surat berkenaan satu unsur ugutan dari Datuk selaku Presiden KTMB kepada semua Pegawai Utama RUM dengan mengunakan strategi "peke… Read More
  • NOTIS TUNJUK SEBAB "Hujan Panas lagikan kami tempuhi" Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa pihak Pengurusan KTMB telah mengeluarkan notis tunjuk sebab kepada tujuh (7) orang pekerja iaitu :- 1. Abdul Razak MD Hassan 2. Jaafar Alias 3… Read More
  • CERITA SEBENAR PERLANTIKAN DATUK ELIAS KADIR SEBAGAI PRESIDEN KTMB Kami AHLI JAWATANKUASA KERJA RUM ingin menjelaskan bahawa memang benar pelantikan Datuk Elias Kadir sebagai Presiden KTMB dilantik oleh Dato Seri YAB Dato Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. … Read More
  • Muka Depan Pamplet Terbaru RUM akan diedarkan tidak lama lagi... RUM akan gempur setiap sudut.. Sekali Istihar Perang.. Kita Perang Abis-abisan.. Sekali kita tentang.. Presiden KTMB kita kasi Tendang! ............................................................ Jangan Ingat Kami DI Lu… Read More
  • UGUT... NOTIS TUNJUK SEBAB Then... Datuk Presiden KTMB berhasrat membuang kerja semua Pegawai Utama RUM atas kapasiti pekerja? Ohhhh!!! Agaknya Datuk Presiden berfikir bila semua pegawai RUM terima surat tu... mesti terkencing dalam seluar.... la… Read More