
29 Oktober 2015
SEWA TAPAK
Khamis, Oktober 29, 2015

Ini sahaja yang mampu di buat oleh Perbadanan Aset Keretapi, hasilnya dikutip di masuk ke tabung Perbadanan Aset Keretapi.
Sedangkan kerja mudah ini pernah di buat suatu ketika dahulu oleh KTMB dan hasilnya masuk ke tabung KTMB. Hasil seperti ini boleh membantu pendapatan KTMB.
KTMB sendiri mempunyai Jabatan Hartanah mampu menguruskan Hartanah.
Kerajaan perlu mengembalikan Aset KTMB di bawah Pengurusan KTMB
Kenyataan Rasmi Kesatuan...
28 Oktober 2015
GAJI LEWAT
Rabu, Oktober 28, 2015

Rungutan demi rungutan, malah ada kenyataan "NAKAL" yang dikeluarkan dalam "FACEBOOK", seolah-olah membuat provokasi untuk melaga-lagakan RUM dengan Presiden KTMB.
RUM telah jelaskan, tentang "cuci tahi", tapi pihak-pihak ini samada buat-buat tak faham atau memang tak mahu faham, sedangkan semua usaha telah dilakukan samada Presiden KTMB mahupun RUM, cuma ada kala ianya tidak perlu di "highlightkan" tapi secara umum telah pun dijelaskan...
27 Oktober 2015
HUBUNGAN DAN HARAPAN
Selasa, Oktober 27, 2015

Kenyataan RUM telah jelas, bahawa sebarang pertanyaan atau keraguan boleh inbox, berbahasalah, menghormatilah sesama kita, kalau ini semua tiada, maka Admin tidak teragak-agak untuk "REMOVE" malah "BLOCK".
Semalam 3 individu telah di Remove Friends, dalam masa yang sama Admin telah "accept" lebih 40 individu untuk menjadi Friends, malah lebih kurang 250 sedang menanti untuk di "accept", maka yang di "Remove" masih boleh menjadi "followed" Suara...
26 Oktober 2015
SUNTIKAN KEWANGAN (GAJI LEWAT)
Isnin, Oktober 26, 2015

Sebagai Presiden RUM, saya berat nak menulis kenyataan ini secara terbuka, sebaliknya saya menjelaskan melalui inbox, sekiranya ada pertanyaan mengenai kelewatan pembayaran gaji, maka kerana terlalu ramai yang bertanya maka saya menjelaskan secara terbuka.
RUM rasa musykil kelewatan Suntikan Kewangan dari Kementerian Kewangan, difahamkan Kerajaan telah pun meluluskan sejumlah wang melalui Kementerian Kewangan berdasarkan permohonan KTMB dua...
MENGULANGI KENYATAAN
Isnin, Oktober 26, 2015

RUM mengalu-alukan friends baru, namun RUM akan hanya accept mereka yang ada gambar sebagai pengenalan diri, sekiranya nama samaran, pihak RUM tidak akan menerima sebagai Friends.
Suka diingatkan juga bahawa Facebook Suara RUM ini utk memberi ruang pada ahli2 utk mendapat maklumat sebarang aktiviti, perkembangan semasa, maklumat utk disampaikan kepada semua ahli2 RUM.
Sebarang komen hendaklah menulis dgn ayat2 yang sopan, tertib...
TAHNIAH
Isnin, Oktober 26, 2015

Kesatuan Pekerja - Pekerja KTMB (RUM) merakamkan ucapan "TAHNIAH" atas perlantikan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) kepada YB Dato Ir Nawawi Ahmad Ahli Parlimen Langkawi merangkap Pemgerusi Lembaga Pengarah KTMB.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTM...
MAJIKAN TERBAIK (5 "Akhir") TUNTUTAN RUM GAJI MINIMA RM 1500.00
Isnin, Oktober 26, 2015

Seperti kenyataan yang lepas, KTMB ketika diswastakan pada 1.8.1992 mendapat faedah sebanyak 10% + 2 mata gaji lebih baik dari "PENJAWAT AWAM" berdasarkan "take home pay".
Tapi kini "PEKERJA KTMB" ketinggalan di belakang penjawat awam, pekerja tetap terus bekerja, untuk mencari sesuap nasi, walaupun pada dasarnya pendapatan yang diterima ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Di akui benar, KTMB berada di ambang nazak ketika...
25 Oktober 2015
KTMB VS MAJIKAN TERBAIK (4) TUNTUTAN RUM (CA 8)
Ahad, Oktober 25, 2015

KTMB adalah sebuah Syarikat yang telah didaftarkan di bawah Akta Syarikat manakala Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB sebagai "BADAN PERUNDINGAN TUNGGAL" yang diiktiraf, maksudnya tiada lain pihak yang boleh mewakili "pekerja bukan eksekutif" selain dari Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB (RUM).
Sebagai Kesatuan Sekerja yang mewakili "bukan eksekutif" sudah pasti akan menyuarakan kepentingan pekerja bukan eksekutif bagi memastikan faedah kepada...
24 Oktober 2015
MAJIKAN TERBAIK (3)
Sabtu, Oktober 24, 2015

Gambar Hiasan
Bila sebut "MAJIKAN TERBAIK" maka dalam ertikata lain ianya merangkumi kepada penyediaan faedah-faedah kepada pekerja untuk menampung kos sara hidup. Tunggak kepada kehidupan seorang pekerja adalah bergantung kepada upah yang diterima selain dari aspek-aspek keselamatan.
Kerajaan (MAJIKAN) telah menonjolkan sifat terpuji dengan menaikkan RM 1200.00 gaji minima kepada pekerjanya (penjawat awam) maka Kerajaan juga telah menaikkan...
Gaji rendah kerana kesatuan lemah, kecil
Sabtu, Oktober 24, 2015

OLEH SHERIDAN MAHAVERA
Published: 4 April 2015 9:00 AM
Themalaysianinsider.com
Kebergantungan negara kepada pekerja asing yang makin meningkat menyumbang kepada pengurangan ahli persatuan pekerja yang penting kerana ia mampu meningkatkan gaji dan faedah pekerja.
Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang bermula 1 April lalu membangkitkan lagi kisah gaji rendah, dengan pakar ekonomi melihat lemahnya kuasa pekerja, kebanjiran pekerja asing...
KERAJAAN (MAJIKAN TERBAIK) (2)
Sabtu, Oktober 24, 2015

foto: google images
Setiap kali RUM menulis SURAT ketika menuntut "BONUS" atau "IMBUHAN" yang diumumkan oleh Kerajaan ketika pembentangan "BAJET" pada setiap tahun adalah berbunyi seperti berikut:-
"Kesatuan mengucapkan tahniah pada YAB Dato' Seri Perdana Menteri Malaysia kerana mengumumkan "BONUS" kepada "Penjawat Awam", ini satu pembuktian bahawa Kerajaan selaku "MAJIKAN" kepada "Penjawat Awam" sangat prihatin kepada "Pekerjanya", satu contoh...
23 Oktober 2015
PERBEZAAN PENJAWAT AWAM DENGAN PEKERJA SWASTA
Jumaat, Oktober 23, 2015

foto google
Penjawat Awam "MAJIKAN" nya adalah Kerajaan ianya tertakluk dengan "PERINTAH AM"(General Order).
manakala;
Pekerja Swasta "MAJIKAN" nya adalah "EMPUNYA SYARIKAT" atau "TAUKEY" atau "PEMILIK SYARIKAT" tertakluk di bawah "AKTA KERJA"
kecuali;
Syarikat yang ada Kesatuan Sekerja, pekerja tertakluk dengan "AKTA PERHUBUNGAN PERUSAHAAN" Kesatuan yang diiktiraf mempunyai "PERJANJIAN BERSAMA", PERJANJIAN BERSAMA boleh ditambah...
20 Oktober 2015
KENAIKAN TAMBANG KOMUTER
Selasa, Oktober 20, 2015

https://en.wikipedia.org/wiki/KTM_Komuter
RUM akan memberi sokongan penuh sekiranya kerajaan menaikan harga tambang Komuter.
RUM juga akan pertahankan keputusan kerajaan sekiranya bersetuju menaikan tambang komuter.
Kenaikan ini sangat penting, kali terakhir kenaikan ialah pada tahun 2003 kenaikan ini penting demi "survival" KTMB, kenaikan ini sangat penting pada kami kaum pekerja KTMB khususnya "bukan exec" yang menerima gaji di bawah...
19 Oktober 2015
OUTSORCE (KEPERCAYAAN)
Isnin, Oktober 19, 2015

Tuan Haji Sarbini Tijan kini Presiden KTMB malah seorang "WARGA KTMB" maka pihak yang bertanggungjawab mengenai KTMB perlu memberikan kepercayaan kepada Presiden KTMB dalam merealisasikan hala tuju KTMB.
Perubahan demi perubahan samada telah atau sedang kini giat dilakukan oleh Tuan Haji Sarbini Bin Tijan Presiden KTMB dengan sokongan dari YB Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB, Semua Lembaga Pengarah KTMB serta SOA yang mewakili kumpulan eksekutif,...
OUTSORCE
Isnin, Oktober 19, 2015

Gambar Hiasan/google
RUM dari dulu berpendirian bahawa "OUTSORCE" tidak akan di terima oleh RUM, pasti bantahan akan di buat.
Seperti ETS, RUM memperjuangkan ETS hendaklah di kendalikan oleh KTMB, Alhamdulillah, RUM berjaya mengekalkan ETS dalam KTMB.
Apa yang RUM dengar, kemungkinan Perbadanan Aset Keretapi dalam perancangan untuk "mengoutsourcekan" ETS, SCS atau keretapi baru yang dimiliki oleh KTMB, maka baki Keretapi Lama dikendalikan...
18 Oktober 2015
MESEJ TUAN HAJI SARBINI BIN TIJAN PRESIDEN KTMB DIKONGSIKAN UNTUK WARGA KTMB
Ahad, Oktober 18, 2015

Gambar Hiasan/google
Kajian Kes Nokia : Sesuatu Yang Perlu Difikirkan:
Semasa sidang akhbar pengumuman pembelian NOKIA oleh Microsoft, CEO Nokia mengakhiri ucapan beliau dengan berkata "kami tidak membuat apa2 kesilapan, tetapi kami kalah". Setelah berucap, kesemua barisan pengurusan termasuk beliau menitiskan air mata.
Nokia adalah syarikay yang disegani. Mereka tidak melakukan apa2 kesilapan tetapi dunia telah berubah dengan begitu cepat....
17 Oktober 2015
KOMEN TUAN HAJI SARBINI TIJAN PRESIDEN KTMB MELALUI TOPIK TAMBANG MONORAIL & LRT NAIK KTMB? (8 Oktober 2015)
Sabtu, Oktober 17, 2015

Di bawah ini komen beliau diangkat sebagai topik untuk tatapan semua pembaca Suara Rum.
_____________________________________
Kos pengeluaran sesuatu unit perkhidmatan atau barangan banyak bergantung kepada kos2 imput seperti bahan mentah/spare part, tenaga letrik/minyak, gaji/elaun, cara/keadah/metodologi menyediakan, jentera/automasi/mekenisasi, dasar2 kerajaan/pemerintah, cukai/insentif/pengecualian, budaya/ugama dan faktor2 alam. Ringkasnya...
16 Oktober 2015
KENAIKAN TOL
Jumaat, Oktober 16, 2015

Gambar carian google
Kenaikan tol yang diumumkan baru-baru ini adalah sangat tinggi, kenaikan yang tinggi ini tidak munasabah.
Rata-rata rakyat khususnya pekerja yang nemiliki kenderaan seperti kereta sebagai "keperluan dan kemudahan" bukannya kemewahan.
Harga kenderaan, pinjaman pembeliaan kenderaan tidak seperti dulu, keistimewaan pinjaman melalui pinjaman pembeliaan kenderaan sehingga 10 tahun, malah deposit kebanyakkan tiada, maka peluang...
15 Oktober 2015
HUBUNGAN BAIK SOA & RUM
Khamis, Oktober 15, 2015
Buat pertama kali RUM dan SOA berganding bahu dalam menjalinkan hubungan yang baik demi kepentingan KTMB.
Sebelum ini hubungan baik tapi jauh disebabkan pemimpin SOA terdahulu terlupa bahawa SOA walaupun atas nama Persatuan Pegawai-pegawai Kanan KTMB tapi sebenarnya di daftarkan di bawah Akta Kesatuan Sekerja maka peranan yang perlu di mainkan adalah sebagai Kesatuan Sekerja bukannya sebagai Persatuan.
RUM ucapkan tahniah pada Dr Ibrahim, Presiden SOA yang membawa hala tuju SOA berperanan sebagai Kesatuan Sekerja.
Kedua-dua pihak RUM...
09 Oktober 2015
MISI RUM
Jumaat, Oktober 09, 2015

Bila RUM mengambil pendekatan berjuang untuk kepentingan ahli sehingga mengadakan Piket dan dibuang kerja beramai-ramai, maka segelintir yang tidak faham menyalahkan RUM kerana asyik bergaduh dengan pengurusan.
Bila RUM mengambil pendekatan menyokong kepimpinan Tuan Haji Sarbini Bin Tijan, Presiden KTMB berdasarkan telah berjaya melarikan tren dipantai timur sehingga pekerja tidak ditukarkan, larian tren sebelah utara, tengah dan selatan telah...
08 Oktober 2015
TAMBANG MONORAIL & LRT NAIK KTMB?
Khamis, Oktober 08, 2015
Tambang LRT n Monorail nak naik, tambang komuter bila lagi, dah lah tambang LRT n Monorail sememang tinggi berdasarkan perkm berbanding KTMB, sedangkan KTMB terus tertinggal.
Suntikan kewangan dari kerajaan pun sangat perlahan.
Sedarkah, KTMB berhempas pulas kerana sumber kewangan yang lemah, bayar gaji pun lewat, pekerja dah mula merungut, gaji pasaran tuntutan kesatuan akan meleset.
Tuan Haji Sarbini Tijan telah berusaha gigih menunjukan komitment yang tinggi, Dato Ir Nawawi Ahmad dan Lembaga Pengarah KTMB telah berusaha gigih...
05 Oktober 2015
PERTEMUAN DENGAN AHLI DI BENGKEL BATU GAJAH
Isnin, Oktober 05, 2015

Atas permintaan ahli-ahli RUM Cawangan Ipoh, saya menghadiri pertemuan dengan ahli-ahli di Batu Gajah . Pertemuan yang tidak dirancang bila mana ahli-ahli dapat tahu saya akan berada di MYRA sempena taklimat Transfomasi KTMB.
Terima kasih pada semua yang hadir, bagi Pihak Ibu Pejabat RUM kami amat hargai.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTM...
PRESENTATION TRANSFOMATION KTMB
Isnin, Oktober 05, 2015

Hari ini Pegawai Utama RUM di jemput menghadiri Presentation Transformation KTMB 2015 - 2025
Turut hadir MOT, EPU, PEMANDU, SPAD dll.
KOMEN RUM
Satu perancangan atau plan transformasi atau hala tuju KTMB yang sangat baik.
RUM mengalu-alukan Transformasi kearah kemajuan KTMB, kebaikan kepada perancangan ini, adalah jalan terbaik menyelamatkan KTMB malah mampu menghasilkan pendapatan kepada KTMB.
RUM berharap semua pihak khususnya...
02 Oktober 2015
Kiriman Draft Perjanjian Bersama
Jumaat, Oktober 02, 2015
Semua yang telah memberi email.. akan saya kirimkan draf perjanjian bersama sedikit masa lagi... oleh kerana ramai yang meminta... maka saya akan kirimkan bila saya kelapangan. In Syaa Allah.
Pada Pengerusi / Setiausaha / Majlis Exco akan dapat senaskhah Draf Perjanjian Bersama yang akan dikirimkan oleh Setiausaha Agung, Draf boleh di photostat untuk di tunjukan pada AJK Cawangan atau ditampal pada papan kenyataan, seperti mana yang diputuskan dalam Mesyuarat Exco ianya hendaklah dicatat "UNTUK AHLI-AHLI RUM SAHAJA.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja...
Draf Perjanjian Bersama ke 8 Untuk ahli-ahli RUM sahaja.
Jumaat, Oktober 02, 2015
Buat pertama kali RUM mengedarkan draf Perjanjian Bersama secara "soft copy" melalui email pada semua ahli-ahli RUM. Keterbukaan ini untuk memberi peluang semua ahli-ahli mengetahui bahawa setiap tuntutan dari RUM adalah melalui Perjanjian Bersama. Setakat ini sambutan permintaan ahli yang inginkan "soft copy draf" sungguh mengalakkan, maka saya buka lagi pada semua yang inginkan draf Perjanjian Bersama ke 8.
Justeru itu ahli-ahli RUM yang ingin sesalinan (soft copy) "Draf Perjanjian Bersama" boleh PM (inbox) Suara Rum dengan memberi nama penuh,...
PERJANJIAN BERSAMA KE 8 1 JANUARI 2016 - 31 DISEMBER 2018
Jumaat, Oktober 02, 2015

Hari ini 1 Oktober 2015, seperti mana yang diperuntukan dalam Perjanjian Bersama (CA), pihak kesatuan boleh menghantar draf seawal 1 Oktober 2015.
"TRACK RECORD"
Alhamdulillah, track rekord RUM semenjak CA yang pertama tidak pernah melepasi tarikh yang dibenarkan. Pihak kesatuan melalui Setiausaha Agungnya telah pun menghantar CA kepada Pengurus Besar Sumber Insan dan Pembangunan Organisasi sebentar tadi.
PROSES MENGIKUT AKTA
Berdasarkan peruntukan...