
31 Mac 2017
SETAHUN YANG LALU
Jumaat, Mac 31, 2017
RNAA

Dimana Kementerian Pengangkutan? dimana YB Menteri Pengangkutan? kami berbicara dengan hujah, hujah kami tidak dilayan, kenapa tidak mahu dilayan YB Menteri Pengangkutan? kerana YB Menteri Pengangkutan sedar bahawa mereka tidak boleh patahkan hujah kesatuan.
Kalau betul untuk kebaikan KTMB, Pekerja Rakyat dan Negara berdepan dengan kami, jangan sembunyi disebalik selai lalang!
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja K...
30 Mac 2017
CAKAP POLITIK 4
Khamis, Mac 30, 2017
RNAA
Bila kritik PAS, kau kata liberal.
Bila kritik UMNO kau kata pengkhianat.
Bila kritik DAP kau kata racist.
Bila kritik PKR kau kata macai.
Bila kritik PAN kau kata walaun.
Bila kritik Mahathir, kau tanya apa jasa pada negara...
Kami tak kritik pun parti politik...
Kami kritik kepimpinan..
Kami tak kritik pun MCA..
Kami nak bagi pengajaran pada MCA..
Kami bukan orang politik...
Kami pejuang kaum pekerja..
Sapa tolong pekerja itu kami sokong..
Kamu naiya pekerja...
Kami kempen untuk pihak lawan..
Maka kami bukan liberal..
Maka kami bukan pengkianat..
Maka...
29 Mac 2017
TERIMA KASIH BAGI PANDANGAN KAMI TETAP BERPENDIRIAN RNAA DIHENTIKAN.
Rabu, Mac 29, 2017
RNAA
RUM banyak terima mesej memberi pandangan, nasihat, suntikan semangat malah ada yang bagi pandangan secara terbuka dalam wall facebook, pihak RUM merakam ribuan terima kasih.
Semua pandangan kami terima dengan hati yang terbuka, pandangan kami teliti dan kami kaji, malah ada juga teguran membina yang kami terima, kami ambil dan menilai segala kelemahan dan berusaha memperbaiki kelemahan sekiranya ada, RUM merakamkan jutaan terima kasih.
Kepada penulis cyber/blog yang baru mengenali RUM dan berkenalan dengan Kesatuan Sekerja, kami nak maklumkan...
28 Mac 2017
COPY PASTE DARI GROUP WHATSAPP DIMAKLUMKAN KENYATAAN DARI PEGAWAI KHAS KEMENTERIAN PENGANGKUTAN.
Selasa, Mac 28, 2017
RNAA
COPY PASTE DARI GROUP WHATSAPP
DIMAKLUMKAN KENYATAAN DARI PEGAWAI KHAS KEMENTERIAN PENGANGKUTAN.
BAGI KEADILAN PIHAK KEMENTERIAN PENGANGKUTAN RUM PAPARKAN UNTUK DIKONGSI DALAM SUARA RUM.
Sekarang ni, apa yang kepimpinan RUM lakukan adalah sangat tidak profesional.
1. YB Datuk Timbalan Menteri telah memberi jaminan terhadap pekerjaan mereka yang terlibat dengan RNAA tersebut.
2. Tiada elemen penswastaan terhadap KTMB dan anak syarikat yang ditubuhkan adalah subsidiari kepada KTMB dan KTMB sendiri milik kerajaan.
3. Proses untuk mengasingkan antara...
We are not politician! We are UNIONIST!
Selasa, Mac 28, 2017
RNAA
RUM tenguk cyber fake akaun macam Sofea Azzahra dan lain-lain penulis atau copy paste dan macam budak-budak kata pegawai khas MoT, RUM tak profesional, haha... lawak.. lawak.. hantarlah cyber kau orang berapa ramai pun, setakat key board warrior, buat fitnah tak mainlah.
Setakat jawab pulas 360° memang kau ni lawak, cakap tanpa hujah, setakat jadi key board berbayar... haha.. profesional tahi kucing.
Panggil Menteri Pengangkutan atau Timbalan Menteri Pengangkutan tu berdepan dengan RUM.. baru anak jantan.
Kalau takut dilambung ombak jangan...
DEDAH ISI KANDUNGAN MOU PERBADANAN ASET KERETAPI (RAC) DENGAN ASIA FREIGHT RAIL SDN BHD SEGERA
Selasa, Mac 28, 2017
RNAA
Kenyataan Media
28 Mac 2017
DEDAH ISI KANDUNGAN MOU PERBADANAN ASET KERETAPI (RAC) DENGAN ASIA FREIGHT RAIL SDN BHD SEGERA
Saya mengambil maklum kenyataan media semalam yang dikeluarkan oleh Aziz Kaprawi selaku Timbalan Menteri Pengangkutan mengenai jaminan Kementerian Pengangkutan tidak akan membuang pekerja KTMB selepas RNAA dilaksanakan, serta tindakan Perbadanan Aset Keretapi (RAC) yang telah menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MoU) berkaitan Akses Rangkaian Keretapi (RNAA) dengan Asia Freight Rail Sdn Bhd (AFR) di Langkawi...
BAGI MENJAWAB KENYATAAN YB TIMBALAN MENTERI PENGANGKUTAN TIADA PEKERJA KTMB DIBUANG KERJA
Selasa, Mac 28, 2017
RNAA
Mesyuarat Jawatankuasa Kerja yang bersidang pada 27hb Mac 2017 telah mengambil ketetapan untuk menjawab kenyataan akhbar YB Timbalan Menteri Pengangkutan, pihak Kesatuan akan menjawab satu persatu kenyataan beliau bagi menjelaskan kedudukan.
1. Kenyataan akhbar YB Timbalan Menteri merupakan bukan satu jaminan ianya bercanggah dengan jawapan balas pertanyaan dalam sesi Sidang Parlimen yang mana dalam kenyataan beliau telah menjelaskan bahawa 4000 pekerja akan dipertimbangkan untuk diserapkan kepada syarikat subsidiari, kenyataan yang sama...
27 Mac 2017
KENYATAAN NEGATIF
Isnin, Mac 27, 2017
RNAA

Ini lagi satu kenyataan yang tidak buat "home work" atau membaca penulisan RUM sejak awal lagi, terus membuat komen negatif.
Saya nasihatkan penulis ini sebelum buat sebarang kenyataan adalah diharapkan buat satu kajian yang mendalam, boleh dikatakan 50% maklumat telah pun dipaparkan dalam Suara RUM semenjak setahun setengah yang lalu.
Penulis ini juga boleh bertanya terus dengan YB Datuk Aziz Karpawi, Timbalan Menteri Pengangkutan, mengenai ungkapan...
INTERGRITI KTMB
Isnin, Mac 27, 2017
RNAA

RUM ingin menjelaskan bahawa semua ahli-ahli RUM yang berfaedah boleh mengeluarkan sebarang kenyataan selaras dengan keputusan Majlis Exco kecuali kenyataan sebagai "pekerja" yang melibatkan KTMB sahaja, suka pihak RUM jelas kepada pihak Intergriti KTMB, kenyataan ini bercanggah dengan Perjanjian Bersama.
Harap pihak Intergriti sebelum membuat sebarang kenyataan sila hadamkan apa itu Perjanjian Bersama.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja K...
BINGAI
Isnin, Mac 27, 2017
RNAA

Pakai Kasut kat kepala, Pakai songkok kat kaki!
Lain kali kalau nak buat kenyataan buat kaji selidik dulu, hadam topik dulu, jangan tunjuk kebodohan!
Nak sokong kenyataan Yb Tim Menteri Pengangkutan tak salah, tapi jangan sokong membabi buta, tanpa tahu hujung pangkal.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja K...
CORETAN PENGERUSI RUM CAWANGAN JOHOR BHARU
Isnin, Mac 27, 2017
Ni cerita kedai kopi,apa ada hal ktmb baru ada 4k pekerja sahaja tidak jejas undi pun.lain la dari profesion guru atau tentera kuasa mengundi lebih ramai .undi mereka lebih daripada 100k.mungkin mereka yang berkuasa ini terlupa dan mungkin tidak tahu sejarah kot.sejarah islam perang badar tentera islam cuma berjumlah 313 berbanding tentera musyrik yang berjumlah 1000 orang yang lengkap peralatan perangnya.akhir cerita yang berjumlah 313 orang ini yang serba kekurangan memperoleh kemenangan. bersatulah kita memperjuangkan ketidakadilan.perjuangan...
25 Mac 2017
CAKAP POLITIK 3 SOKONG DAP
Sabtu, Mac 25, 2017
RNAA
Dah kita tolak MCA, kita sokonglah DAP, ini advantage pada DAP, macam RUM cakap kita bukan RASIS, kita bukan parti politik, kita kesatuan sekerja, dari bagi undi kat MCA yang nak mengancurkan kita, baik kita bagi pada DAP.
Lantaklah.. jangan salahkan RUM, RUM hanya menyokong berdasarkan "ORANG BERBUDI KITA BERBAHASA", kalau dah "MENGANIAYA KITA" bertindak secara "ZALIM" kita masih lagi nak bagi "UNDI", memang kita ni "BODOH" ler...
Dan dia orang tidak boleh berterusan untuk memperbodohkan kita, PRU 14, kuasa ditangan kita, maka kita tentukan siapa...
24 Mac 2017
CAKAP POLITIK 2 APA BEZA MCA & DAP
Jumaat, Mac 24, 2017
RNAA
MCA yang diketuai Presidennya yang juga Menteri Pengangkutan adalah jelas pelopor idea RNAA, dia boss no 1 Kementerian Pengangkutan
Manakala DAP tidak ada kena mengena dengan Kementerian Pengangkutan.
Dari sudut ini kedua-dua adalah berbeza, kerana MCA melalui Presidennya yang memegang tampuk Kementerian Pengangkutan bakal menganiaya KTMB, RUM & PEKERJA.
Manakala DAP tidak menganiaya kita, maka pilihan yang ada kini ialah dimana ada calon DAP bertanding dengan MCA, maka kita akan beri undi kepada DAP.
RUM bukan Parti Politik, RUM bukan RASIS,...
CAKAP POLITIK 1 RNAA FAIR GAME
Jumaat, Mac 24, 2017
RNAA
Bila fikir balik mimpi aku ni, ada logiknya, Presiden MCA yang mencetuskan idea, dia lupa bahawa akibat RNAA, KTMB hancur, akibat RNAA pekerja ramai kena buang kerja, akibat RNAA, RUM juga ibarat telur dihujung tanduk.
Alang-alang tumbang, kita tumbang bersama, Presiden RUM tumbang tak kan Presiden MCA kita nak biarkan? RUM tumbang, tak kan MCA kita nak biarkan?
Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai kepangkal lengan, bagi bungkus Presiden MCA, bagi bungkus itu MCA macam mana Gerakan tersembam.
Lu mulakan...
Wa mau tenguk saja ka?
Lu ingat wa...
Pertahankan KERETAPI TANAH MELAYU
Jumaat, Mac 24, 2017
RNAA
Ayuh kita!!!!
Misi mempertahankan KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD..
Sejarah tertinta Pekerja KTMB 1963 adalah hebat...
Kali ini..
Keinginan Kami ingin MENANG lebih jitu lebih kuat..
X pernah sekalipun gentar...
Generasi 2017 ayuhhh!!!
Sejarah mungkin berulang..
Bersatu untuk cipta Kemenangan Besar..
TOLAK R...
BERSATULAH KAUM PEKERJA
Jumaat, Mac 24, 2017
RNAA
Runtuhnya negara kerana tidak bersatu...
Runtuhnya kita kerana tidak bersatu...
Dunia akhir zaman..
Manusia jauh berubah..
Kepentingan diri diutamakan..
Maka esuk kita hancur...
Percayalah..
Hari ini kita masih bersama..
Esuk kita tidak lagi..
Hari ni kita ada semua..
Esuk tidak lagi..
Yang ada...
Nasi telah jadi bubur...
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja K...
23 Mac 2017
TAHNIAH YB TIM MENTERI PENGANGKUTAN
Khamis, Mac 23, 2017
RNAA
Dengan cepat dan pantas MoU telahpun ditandatangani, maklum PRU dan nak dekat, tkasih juga pada sang mantan GM KTMB yang sama bersubahat, dulu beriya2 pesan kita kena sayangkan KTMB.
Kecewa dengan Kementerian Pengangkutan!!!!!
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.
#MinistryOfTransp...
CAKAP POLITIK
Khamis, Mac 23, 2017
RNAA
Bila aku nilai balik Menteri Pengangkutan ni Presiden MCA, MCA anggota partinya ialah Bangsa Cina.
Aku duk perhatikan DAP, DAP juga anggotanya partinya Bangsa Cina.
Mungkin ideologi sahaja berbeza.
Bila aku fikir lagi... Presiden MCA ni nak mengancurkan KTMB dan Pekerja melalui RNAA?
Tak boleh ke kali ni aku melupakan MCA, lagipun MCA ni sokongan dari bangsa CINA pun dah tak de...
Duk pikir... pikir.. napa tidak sokong DAP... bagi satu tamparan kat MCA.. contohnya kat Parlimen Bentong... all out... kalau DAP bertanding... kita kempen ramai-ramai...
22 Mac 2017
‘Jangan jadikan pekerja KTMB dan rakyat mangsa penswastaan’
Rabu, Mac 22, 2017
RNAA
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kuala Langat menggesa kerajaan mengkaji semula Perjanjian Akses Rangkaian Kereta Api (RNAA) bagi mengelakkan kakitangan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan rakyat menjadi mangsa penswastaan.
Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, KTMB perlu beroperasi sebagai perkhidmatan sosial disubsidi kerajaan, bukannya diswastakan untuk mendapat keuntungan tanpa memikirkan kesan negatif kepada pengguna dan kakitangan.
RNAA ialah perjanjian antara Perbadanan Aset Kereta Api (RAC) dengan syarikat swasta dan jika dipersetujui...
RAMAI NAK AMBIL ALIH (RNAA)
Rabu, Mac 22, 2017
RNAA
RNAA adalan nama timang-timangan nya "RAMAI NAK AMBIL ALIH"
Niat sebenar bukanlah nak membantu KTMB, kerana KTMB telah lama melakukan kerja-kerja sedemikian seperti penyelenggaraan maupun larian pengangkutan kargo dll.
Andai ada yang mengatakan bahawa RNAA itu adalah untuk meringankan bebanan tanggungan perbelanjaan penyelenggaraan itu adalah tidak benar.
Kerana kos penyelenggaraan sebenar yang ditanggung oleh KTMB adalah lebih murah berbanding diserahkan secara subsidiari/smartpartnership atau pada syarikat luar (outsorce).
Syarikat luar...
INI KENYATAAN BARU BETUL KENYATAAN MEDIA YB ABDULLAH SANI
Rabu, Mac 22, 2017
RNAA
Terima Kasih YB Abdullah Sani, tanpa merujuk kepada RUM, mengeluarkan kenyataan ini, keperihatinan YB sebagai Ahli Parlimen amat kami hargai, satu sokongan dan memberi inspirasi kepada perjuangan kami.
Kami berharap semua YB Ahli Parlimen tidak kira dari pada mana Parti Politik memberi sokongan menolak RNAA.
Contohi YB Ahli Parlimen Kuala Langat yang sangat prihatin bukan sahaja kepada pekerja tetapi kepada rakyat dan negara. KTMB sebagai perkhidmatan sosial diwujudkan demi kepentingan rakyat, maka sewajarnya perancangan RNAA dihentikan sama sekali.
Jutaan...
Langgar tak kira siapa
Rabu, Mac 22, 2017
RNAA
Aku bukan orang politik
Aku unionist...
Aku hanya berjuang untuk kaum pekerja...
Itu kenyataan aku...
Sejak dulu...
Aku akan langgar...
Tak kira siapa...
Matlamat aku....
Hanya...
Nasib pekerja...
Itulah aku...
Waima...
Kau seorang Menteri...
Porahhhhhhh.
U are nothing to me!
Presiden ...
21 Mac 2017
RNAA- SIDANG PARLIMEN
Selasa, Mac 21, 2017
RNAA
Terima kasih YB Abdullah Sani yang membangkitkan isu RNAA di Parlimen pagi tadi.
Cuma kenyataan ini belum sesuai, persoalan sebenar ialah kepada Kementerian Pengangkutan.
Alangkah baiknya yang YB Abdullah Sani minta saya selaku Presiden RUM berdebat secara terbuka dengan Yb Menteri Pengangkutan atau Yb Tim Menteri Pengangkutan mengenai RNAA.
Seperti mana kenyataan dalam Suara RUM yang telah banyak menjelaskan bahawa isu RNAA bukan sahaja implikasinya kepada pekerja malah terhadap marhain dan negara.
RNAA atau nama timang-timangnya "RAMAI NAK AMBIL...
MESEJ DALAM IMBOX TERIMA KASIH KERANA MESEJ PADA ADMIN RNAA
Selasa, Mac 21, 2017
RNAA

"Assalamualaikum w.b.t, maaf sekiranya sy mencampuri urusan Suara Rum dan KTMB. Ini adalah kerana sy SAYANGKAN KTMB. Sy adalah BEKAS kakitangan KTMB.
Apa yg dapat sy perhatikan dan sy kaji... Pembangunan RNAA adalah untuk kebaikan sesetengah pihak yg mempunyai kedudukan dan kepentingan peribadi dengan memberi alasan KTMB mempunyai kekangan kewangan dan tidak mampu menguruskan syarikat. Ini jelas memberi peluang untuk pihak luar atau pihak ketiga...
KEMPEN.. KEMPEN WAR-WARKAN KEPADA RAKYAT IMPLIKASI RNAA...
Selasa, Mac 21, 2017
RNAA

Terima kasih kepada Exco Pelansir, sdr Zahit Zakaria, Ajk RUM, sdr Naim Tastik dan sahabat-sahabat yang lain diatas kesanggupan turun padang. Kali ini, kita akan war-warkan kepada RAKYAT dan UMUM, REALITI apa yang akan berlaku kepada KTMB, JIKA RNAA TIDAK DIHALANG...
Jelas, kenyataan terbaru, rakaman video Timb. Menteri Pengangkutan, di Parlimen,
"Nasib 4000 pekerja KTMB akan DIPERTIMBANGKAN untuk diserapkan dalam syarikat subsidiari.." JELAS, TERSIRAT,...
KTMB boleh bergerak tanpa campurtangan MoT
Selasa, Mac 21, 2017

KTMB mampu bergerak dengan baik tanpa campurtangan MoT, malah pemimpin muda Encik Mohd Hider Yusof yang menampung tugas sebagai Presiden KTMB yang juga Pengurus Besar Perolehan boleh melaksanakan tugas dalam Plan Transformasi KTMB tanpa RNAA.
(http://www.sinarharian.com.my/nasional/hartanah-ktmb-jalin-kerjasama-dengan-jepun-1.646426)
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja K...
19 Mac 2017
BERKEPENTINGAN RNAA
Ahad, Mac 19, 2017
RNAA
RUM terbaca dalam satu komen yang dicopypaste dari satu group...
Komen sangat menarik mengenai RNAA, malah pencetusnya pun turut komen, iya benar RNAA ini sangat baik untuk mereka yang berkepentingan, kalau RUM juga ada kepentingan pasti RUM juga akan berbicara hal sedemikian.
Tapi sedarkah mereka bahawa mereka telah pun lama menikmati hasil KTM malah dalam KTMB, mereka sempat membesarkan anak-anak mereka, tapi generasi baru, baru mula nak bertatih, ibarat baru mengenal dunia.
Tidak puaskah lagi apa yang dinikmati sebelum ini? Sehingga keakhir...
18 Mac 2017
SIDANG PARLIMEN RNAA
Sabtu, Mac 18, 2017
RNAA

Kenyataan YB Timbalan Menteri Pengangkutan dalam sidang parlimen semalam antara lain menyatakan bahawa nasib 4000 pekerja akan "DIPERTIMBANGKAN" diserapkan dalam "SYARIKAT SUBSIDIARI" .
Kenyataan ini adalah "SELARI" dengan apa yang diperkatakan oleh dalam Suara RUM dan di arus media Perdana yang dikeluarkan oleh RUM, kenyataan ini juga telah membuktikan semua hujah-hujah RUM telah diakui "BENAR" oleh YB Timbalan Menteri Pengangkutan.
Secara jelas...
Kamu boleh bohong semua orang tapi bukan kami (RUM)!!!
Sabtu, Mac 18, 2017
RNAA

Kepimpinan RUM sudah mula bersuara dan bakal mengorak langkah, kami tidak gentar untuk melawan arus, kerana kami tahu niat kamu.
Kamu boleh bohong semua orang, tapi kamu tak boleh bohong kami!
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja K...
17 Mac 2017
Pejuang muda generasi baru KTMB
Jumaat, Mac 17, 2017
Kami membesar bersama KTMB..
Kami diberi peluang bersama KTMB..
Tersemat azam murni kami untuk memajukan KTMB..
Dan.. Kami YAKIN.. Kami pejuang muda KTMB, mampu mengggalas tugas dan amanah ini...
Bukan untuk kami semata.. Untuk survival KTMB.. Untuk kemajuan dn kebanggaan negara Malaysia..
Beri kami peluang... Beri kami ruang
Hanya kami pejuang generasi muda KTMB untuk meneruskan legasi KTMB... Berbakti kepada KTMB.. Rakyat.. Malaysia..
Dari Suraya RUM..
Suraya adalah Penolong Bendahari Agung ...
Beranikah menteri berdebat?
Jumaat, Mac 17, 2017
RNAA
Kalaulah YB Tim Menteri Pengangkutan bersedia "BERDEBAT" dengan saya...
Saya sangat bersedia...
Presiden RUM
#azizkarp...
RUM siap untuk gembur demi masa depan pekerja
Jumaat, Mac 17, 2017
RNAA
Dengarlah wahai ahli-ahli RUM, kenyataan YB Tim Menteri Pengangkutan di Parlimen.
Taklimat RUM melalui ROADSHOW baru-baru ini telah pun pihak RUM jelaskan, makanya kita perlu bersiasedia untuk berperang.
YB Datuk Aziz Karpawi, saya Presiden RUM amat mengenali YB Datuk, kita pernah berbincang mengenai perkara ini, saya telah melahirkan kenyataan bagi pihak RUM bahawa kami tidak bersetuju.
Saya tidak akan lahirkan kenyataan secara terbuka, demi menjaga nama baik YB Datuk.
Please... and I know u very2 well..
Presiden ...
CERITA BOSS & DIN KALAULAH PENGURUSAN KTMB SEBEGINI?
Jumaat, Mac 17, 2017
Alkesah Boss dengan pegawai kanannya yang bernama din, seorang pegawai kanan yang sangat berdedikasi dan setia kepada Syarikat yang dia bekerja.
Disatu pagi...
Boss : nina (nama samaran) panggil din datang sini saya nak discuss pasal outsorce f n b ni
Nina : baik boss... (nina adalah setiausaha pada boss)
Nina : kring... kring.. (nina sedang menelefon en din)
Nina : Assalamualaikum En Din..
Din : Wsalam Puan Nina..
Nina : En Din.. Boss minta datang opis sekarang... nak bincang mengenai outsorce f n b.
Din : Ok Puan Nina saya datang sekarang.. Tkasih
Di...
16 Mac 2017
PENGURUSAN KTMB PEMALAS 1
Khamis, Mac 16, 2017

RUM tak nak komen apa2 mengenai kenyataan di bawah ini...
Sendiri baca sendiri nilai...
Cuma...
"MEMALUKAN"
Yang susah pekerja bila PC dirampas, pekerja terpaksa kerja secara manual... adeiiiii.....
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja K...
15 Mac 2017
CERITA PETANG RABU
Rabu, Mac 15, 2017
Alkesah mad dipanggil boss untuk membincangkan hal kerja...
BOSS : Mad aku nak kau kaji samada outsorce F & B ini merugikan atau menguntungkan? (Ayat arahan)
MAD : Napa boss?
BOSS : Ada proposal masuk ni, kalau boleh outsorcelah... buat pening-pening kepala kita je... (dalam hati berdoa.. "mad kau terimalah arahan aku.. dapat aku masyuk sikit... hehe")
Mad : Baik boss (dengan bersemangat)
(Dalam hati aku dah nak pencen, lantaklah... kerja aku lagi senang...)
BOSS : GOOD JOB MAD ( dalam hati boss lega.. "apa lah bodoh si Mad ni... agaknya...
MESEJ LUAHAN HATI
Rabu, Mac 15, 2017

RUM tidak berniat nak komen mesej yang diterima, RUM amat memahami isi hati penulis, cuma berasa sedih bila baca kenyataan ini "LOA" telah ditandatangani, kalau benar apa yang tertulis dalam mesej ini.
HAK MAJIKAN! Untuk menyerahkan kepada mana-mana Syarikat!
Apa lagi nak kata?
Nantilah RUM olah satu kenyataan mengenai "PENGURUSAN KTMB PEMALAS"
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja K...
RUM bukan "TUNGGUL KAYU"
Rabu, Mac 15, 2017
TERIMA KASIH GM TMOD
F & B
Pihak RUM merakamkan ucapan terima kasih kepada GM TMOD yang telah mengambil keputusan membatalkan pertemuan antara pekerja F & B dengan Syarikat Brahmin dalam mesyuarat tergempar pagi yang turut dihadiri oleh GM INTERCITY.
Suka RUM nasihatkan GM INTERCITY jangan sekadar "BULLDOZED" atau kononnya ikut arahan, arahan boleh diikuti dengan syarat semua kehendak Perjanjian Bersama dipatuhi.
Jangan cari penyakit, RUM bukan "TUNGGUL KAYU" nak main langgar atau dengan niat "TEST MARKET".
Kalau ingat macam tu, maknanya...
LANGGAR
Rabu, Mac 15, 2017
RNAA
RUM selalu pesan setiap perkara bawa bincang, setiap perancangan yang melibatkan implikasi pekerja bincang dengan RUM, RUM boleh dibawa berbincang, cuma RUM akan banyak mengemukakan soalan dalam setiap satu perancangan yang bakal dibuat bagi memastikan ianya benar-benar memberi faedah kepada KTMB malah kepada pekerja.
RUM tidak sesuka hati untuk menolak setiap perancangan, RUM bukan dengan sengaja hendak membantah atau menganggu urusan majikan malah RUM akan menyokong mana-mana perancangan yang memberi faedah kepada KTMB dan Pekerja dalilnya Plan...
14 Mac 2017
BRAHMIN nak jumpa staf KTMB
Selasa, Mac 14, 2017
MESEJ DITERIMA
F&B
PERSOALAN
1. Siapa BRAHMIN nak jumpa staf KTMB
2. Perbincangan tempoh hari telah menjelaskan mengenai perkara ini malah belum ada sebarang keputusan dibuat.
3. Apa dah jadi dengan Pengurusan KTMB?
4. Pengurus Besar Intercity... What the hell?
Di bawah ini mesej yang diterima oleh RUM
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Adalah dimaklumkan bahawa pihak Brahmin akan mengadakan sesi perjumpaan dengan semua kru F&B kontrak di bilik Impian di stesen KL Sentral mulai 15 -18 Mac 2017 dari jam 0900 hingga 1700.
Semua kru...
13 Mac 2017
PERKEMBANGAN RNAA
Isnin, Mac 13, 2017
RNAA
Pihak RUM masih menunggu temujanji dengan YB Dato Seri Liow Tiong Lai, Menteri Pengangkutan Malaysia.
Difahamkan pengaturan sedang diaturkan dengan kehadiran YB Dato Aziz Karpawi, Timbalan Menteri Pengangkutan dan YBhg Dato Seri Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan.
Kita harap pertemuan ini bisa menjadi kenyataan.
Namun harapan besar RUM ialah amat berharap dapat berjumpa dengan YAB Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.
Harapan ini amat penting sebagai satu usaha RUM untuk menjelaskan implikasi RNAA kepada kerajaan,...
08 Mac 2017
Kita Patut Tiru China, Bukan Beli Dari Dia: Kesatuan KTMB
Rabu, Mac 08, 2017
RNAA

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin
KUALA LUMPUR, 9 Jamadilakhir 1438H, Rabu – Kesatuan Pekerja-pekerja Keretapi Tanah Melayu (RUM) berpendapat kerajaan tidak perlu membeli lokomotif daripada China, sebaliknya meniru apa yang dilakukan negara itu terhadap perkhidmatan kereta apinya.
Presiden RUM, Abdul Razak Md Hassan berkata, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengambil langkah ke belakang dengan mementingkan pihak lain untuk mendapatkan...
07 Mac 2017
KTMB Bakal Lenyap Jika RNAA Terlaksana: RUM
Selasa, Mac 07, 2017
RNAA

KTMB bakal lenyap jika RNAA terlaksana: RUM
March 7, 2017 Berita Utama, Utama 0
Perjanjian Akses Rangkaian Kereta Api idea Liow Tiong Lai beri impak negatif, termasuk pemberhentian pekerja, hilang perkataan Melayu
Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin
KUALA LUMPUR, 8 Jamadilakhir 1438H, Selasa – Perjanjian Akses Rangkaian Kereta Api (RNAA) melalui Perbadanan Aset Keretapi (RAC) bakal menghapuskan sepenuhnya syarikat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)...
BR1M KECOH TAK DAPAT SATU PANDANGAN DARI RUM
Selasa, Mac 07, 2017
Bila RUM scroll Facebook terlalu ramai yang marah kerana permohonan BR1M ditolak (reject) ada yang menyalahkan YAB Dato Sri Najib Bin Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia, ada juga yang menyalahkan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDM), ada juga yang menyalahkan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ada juga yang menyalahkan Rakyat yang memerlukan BR1M kerana tidak membuat kemas kini, malah dalam group Whatsapp RUM juga ramai yang marah-marah kerana BR1M ditolak, malah mereka ada asas untuk marah-marah dan diakui pula ahli-ahli RUM adalah golongan...
06 Mac 2017
Sokong kenyataan ini...
Isnin, Mac 06, 2017
RNAA

RNAA berapa banyak proposal dah masuk, dah ada ke surat sokongan?
Lupalak... berapa kali tel user, supaya user menyokong pembelian E-Loko?
RUM tanya je...
Tak kan tanya pun salah...
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja K...
05 Mac 2017
SELAMATKANLAH...
Ahad, Mac 05, 2017
Jika aku diberi pilihan, 1 Raja atau 5000 kuli untuk KU SELAMATKAN...
JAWAPANNYA, PASTI KU PILIH 5000 KULI, waima HAMBA ABDI....
selamatkanKTMBselamatlahPEKERJA..
BantahRNAA
selamatkan Khazanah 130 TAHUN NEGARA...
Kenyataan RASMI KPPKTMB
Pen SUA RUM....
04 Mac 2017
SIAPA KTMB?
Sabtu, Mac 04, 2017
SIAPA KTMB?
KTMB terdiri dari:-
1. Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB
2. Semua Lembaga Pengarah KTMB
3. Semua Pengurusan KTMB dari Pengurus Besar hingga Eksekutif
4. Semua Bukan Eksekutif.
Maka yang akan mempertahankan KTMB itu siapa?
Kita... kita itu siapa... Kita itu yang disebut 1, 2, 3 dan 4.
Kalau tidak kita pertahankan siapa lagi ingin pertahankan?
Malu kalau orang luar kata Pengurusan KTMB tidak mampu berubah dan mempertahankan KTMB maka KTMB akan terhapus bukan dari orang luar tapi dari KITA.
Sedarlah kita bukan sahaja Selamatkan KTMB, bukan...
Kacang Lupa Kulit
Sabtu, Mac 04, 2017

Salam satu Malaysia..
Salam Sayang buat warga KTMB..
Baru memangku, dah memuat komen sebegini.. Jelas, selaku warga KTMB, ANDAI TIDAK PANDAI MENJAGA SENSITIVITI ORANG LAIN, saya rasa lebih baik "TUTUP MULUT".. Itu lebih MOLEK..
Apa PERLU MEMUAT KOMEN YANG JELAS dan BISA MENJATUHKAN IMEJ SYARIKAT? IMEJ KTMB?
Apa maksud LUAHAN saudara?
Semua, kiri kanan dia nak SENTUH, nak KONDEM... KOMEN SECARA TERBUKA YANG BISA MENJAHAMKAN KTMB...MOHON PIHAK GM TMOD...
03 Mac 2017
DALAM SETANDAN KELAPA TAK SEMUANYA BAIK
Jumaat, Mac 03, 2017
RUM akui dalam setandan kelapa tak semuanya baik, walaupun dihati kecil RUM mahukan semua terbaik, waima pengurusan sehingga pekerja, kerana tak semua baiklah maka kerana nila setitik rosak susu sebelanga.
RUM merayu pada semua Pengurusan KTMB, Pekerja KTMB khususnya ahli-ahli RUM dalam keadaan kritikal ibarat "telur dihujung tanduk" kita tidak boleh membuat sebarang kesilapan.
Diluar sana sedang memerhati, setiap kesilapan yang dilakukan samada secara sengaja atau tidak sengaja, hari ini sosial media menjadi senjata utama, setiap kesilapan begitu...
02 Mac 2017
PERMOHONAN MAAF WAN AHMAD
Khamis, Mac 02, 2017
RNAA

RUM sangat berbesar hati dengan permohonan maaf secara terbuka oleh Sdr Wan Ahmad terhadap komen beliau dalam Astro Awani, pihak RUM menyedari bahawa umum tidak mengetahui masalah yang berlaku dalam KTMB semenjak KTMB di swastakan pada 1.8.1992.
Kami yang berada dalam RUM kekal mempertahankan KTMB bukan sahaja untuk kepentingan pekerja tetapi kepentingan Pengguna khususnya Nitezen yang mengunakan perkhidmatan KTMB.
Kami sendiri mempertahankan...
PROTON GAGAL PROJEK TUN RNAA
Khamis, Mac 02, 2017
RNAA
RUM tertarik dengan kenyataan ini satu keberanian kerajaan menyatakan bahawa Proton atas usaha Kerajaan telah dikatakan "GAGAL" dan ia adalah cetusan idea Tun Mahathir, RUM sangat mengalu-alukan kenyataan ini.
Bukan sesuatu yang mudah untuk kerajaan memutuskan satu kenyataan seperti ini, RUM memuji kenyataan berani ini.
Maka RUM dengan tegas menyatakan bahawa PENGSWASTAAN KTMB adalah GAGAL.
PENGSWASTAAN KTMB adalah cetusan idea TUN MAHATHIR ianya adalah jelas kegagalan TUN MAHATHIR sehingga menyebabkan KTMB mengalami kerugian sehingga...
KOMEN PEMBACA
Khamis, Mac 02, 2017

Hebat pembaca ni.. dia punya komen kalah yang arif... lagi bijak pandai... patut dia ni layak jadi Presiden KTMB, masa tu dia tau... teloq dia ada ke tak de..
Ni RUM nak bgtau...
1. Cuba check dalam tempoh KTMB di swastakan pada 1.8.1992 berapa kerugian KTMB berbanding dengan Prasarana?
2. Cuba check harga tambang perkm antara komuter KTMB berbanding dengan LRT STAR, MONORAIL, LRT PUTRA, ERL?
3. Apa dia Rail Safety?
4. Kenapa cermin komuter pecah?
5....
BAJET
Khamis, Mac 02, 2017
RNAA
KTMB tiada duit..
Harga tambang murah..
Beli set train tak de kualiti..
Suntikan tak nak bagi..
Nak perbaiki perkhidmatan perlu kos..
Marhaein duk bising..
KTMB dipersalahkan...
Adeiiii....
Nasib.. nasib...
Kata Pak Menteri..
Sampai bila orang melayu nak sedar tak kan sentiasa nak beri subsidi... kita perlu tuju sebagai negara maju... katanya bila berbicara 6 mata.
Last sekali...
Lepas tu dengan senang hati SALAHKAN KTMB!
KTMB jugak kambing hitam...
RUM angin satu badan...
Kita wujudkan RNAA, ini akan bantu KTMB membaiki perkhidmatan...
Adoiiiiiii..
RUM...
SET TRAIN DARI CHINA KTMB KAMBING HITAM RNAA
Khamis, Mac 02, 2017
RNAA
RUM pernah menulis pasal ETS buatan CHINA malah pernah menulis mengenai SCS buatan CHINA, dijangka 19set ETS yang bakal hadir ke KTMB pada tahun 2019 juga adalah buatan CHINA, begitu juga pembeliaan 13 set DMU yang bakal hadir pada 2019 juga dari CHINA.
YBhg Datuk Elias Kadir mantan Presiden KTMB telah menulis surat ke YAB DS PM mengenai kelemahan SCS sehingga YB Menteri Pengangkutan marah-marah dengan YBhg Datuk Elias Kadir begitulah kehebatan tren-tren...
01 Mac 2017
KOMEN YAB DATO SERI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK PERDANA MENTERI MALAYSIA BUKTIKAN KTMB TIDAK BERSALAH
Rabu, Mac 01, 2017
RNAA

RUM berharap pihak pengurusan KTMB bersikap jujur dan tanpa rasa takut hendaklah "BERANI" untuk memberi penjelasan mengenai teguran YAB DS PM secara terbuka, ceritakan kedudukan dan kelemahan ETS yang sebenar termasuk dari aspek teknikal jangan terlampau berlapik malah dari sudut ticketing juga perlu dijelaskan kedudukan sebenar jangan duk bercakap melalut dengan membuktikan "KTMB TIDAK BERSALAH".
RUM sudah bosan dengan kelemahan yang berlaku...