RUM pernah menulis pasal ETS buatan CHINA malah pernah menulis mengenai SCS buatan CHINA, dijangka 19set ETS yang bakal hadir ke KTMB pada tahun 2019 juga adalah buatan CHINA, begitu juga pembeliaan 13 set DMU yang bakal hadir pada 2019 juga dari CHINA.
YBhg Datuk Elias Kadir mantan Presiden KTMB telah menulis surat ke YAB DS PM mengenai kelemahan SCS sehingga YB Menteri Pengangkutan marah-marah dengan YBhg Datuk Elias Kadir begitulah kehebatan tren-tren dari CHINA.
Sejarah KTMB dengan pembelian set lokomotif kelas 29kelas yang mempunyai sejarah tersendiri juga adalah lokomotif yang paling bermasalah, rekod telah pun menunjukkan bahawa set-set train dari CHINA sememangnya bermasalah.
Lokomotif elektrik yang beriya-iya hendak dibeli juga dari CHINA kononnya berdasarkan "alam sekitar" tanpa melihat kemampuan KTMB dari sudut infratruktur yang ada malah sekiranya dibeli Lokomotif Elektrik boleh menjadi "gajah putih"
Berpuluh surat kesatuan telah dihantar menggesa kerajaan agar tidak membeli set-set dari CHINA dengan dalil-dalil yang ada malah kalau hendak dibeli, belilah melalui "tender terbuka" agar pemilihan boleh dibuat bukan sahaja dari sudut komercial tetapi dari sudut teknikal.
Apa yang ada ialah pembelian berterusan tetap dari CHINA kehendak atau pandangan "USER" tidak pernah diambil kira, maka hadirlah loko-loko dari CHINA yang ramai puji dari kecantikannya tapi perutnya penuh dengan ulat.
Malah kononnya pengantaran pekerja ke CHINA untuk pertukaran teknologi juga sekadar wayang dan yang menariknya YB Menteri kononnya melahirkan rasa bangga latihan telah diberikan kepada pekerja syarikat yang membuat maintenance dari CHINA dalam satu majlis penganugerahan sijil juga adalah wayang yang orang tidak tahu maksud cerita tersirat.
Maka akan berterusanlah KTMB akan dirundung masalah dan tomahan, KTMB sentiasa jadi "kambing hitam" yang untung "BROKER" yang menjalankan aktiviti-aktiviti "KAYUH".
Inilah nasib KTMB sejak zaman berzaman yang master mindnya ialah MoT malah kewujudan RNAA adalah untuk mempermudahkan pembeliaan set-set sebegini tanpa merujuk kepada "USER".
RUM benar-benar bosan dengan tunding jari kepada KTMB kerana tuduhan sebegini memberi implikasi imej kepada KTMB dan Pekerjanya.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.
Cc YB Dato Ir Dato Ir Nawawi Ahmad
02 Mac 2017
SET TRAIN DARI CHINA KTMB KAMBING HITAM RNAA
Khamis, Mac 02, 2017
RNAA