03 Mac 2017

DALAM SETANDAN KELAPA TAK SEMUANYA BAIK

RUM akui dalam setandan kelapa tak semuanya baik, walaupun dihati kecil RUM mahukan semua terbaik, waima pengurusan sehingga pekerja, kerana tak semua baiklah maka kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

RUM merayu pada semua Pengurusan KTMB, Pekerja KTMB khususnya ahli-ahli RUM dalam keadaan kritikal ibarat "telur dihujung tanduk" kita tidak boleh membuat sebarang kesilapan.

Diluar sana sedang memerhati, setiap kesilapan yang dilakukan samada secara sengaja atau tidak sengaja, hari ini sosial media menjadi senjata utama, setiap kesilapan begitu mudah tersebar atau diviralkan, maka kerana yang busuk itu satu, maka seluruh organisasi akan terpalit termasuk RUM.

RUM MERAYU hentikan semua gejala yang tidak sihat yang boleh disabitkan dengan kesalahan yang boleh diambil tindakan tatatertib, walaupun tindakan tatatertib boleh diambil harus disedari bukan mudah untuk memulihkan imej KTMB yang kian tercemar dari mereka yang sengaja mencari kesalahan.

Justeru itu RUM merayu semua pihak samada pengurusan, pekerja dan ahli-ahli RUM tolong hentikan gejala tidak sihat, andai terus lakukan sebaiknya pergilah cari kerja lain, kami RUM tidak mahu kerana setitik nila rosak susu belanga, kerana sorang ribuan jadi mangsa.

Maaf, tiada pilihan lain selain berterus terang, walaupun pahit, teguran perlu dibuat demi Selamatkan KTMB Selamatlah Pekerja.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


Related Posts:

  • KOMEN PENGGUNA/PAGE KTMBRUM membaca semua komen pengguna dalam wall FB PAGE KTMB, semuanya dalam keadaan marah-marah kerana kelewatan tren yang menyebabkan kelewatan ke tempat kerja atau mungkin menganggu urusan pengguna. Dalam keadaan sesuatu trage… Read More
  • Salam Eidil AdhaAssalamualaikum wbt. Disini kami ingin memohon maaf zahir & batin kepada semua yang mengenali kami kepimpinan RUM di atas segala salah dan silap yang pernah kami lakukan samada yang nyata atau tersembunyi - SELAMAT EIDUL … Read More
  • Tolak RNAA demi kepentingan pengguna dan negara.Assalamualaikum dan Salam Sejahtera pada semua sahabat/kenalan/Pengguna KTMB. Minggu lepas seolah-olah bala@musibah yang datang, macam-macam tragedi yang tidak diingini datang sehingga menimbulkan kemarahan pengguna, dari Pen… Read More
  • PERKHIDMATAN SOSIAL/JEPUN EKSPRESS RAKYAT/TIMURAN DLLSatu yang menarik Keretapi Jepun sanggup untuk melarikan tren biarpun hanya mempunyai satu (1) penumpang, walaupun Keretapi Jepun telah membuat keputusan untuk menutup sebuah stesen keretapi, namun oleh kerana menyedari bahaw… Read More
  • KOMEN PENGGUNARUM MENJAWAB RUM merakamkan ribuan terima kasih atas komen pengguna ini. RUM juga mengakui kelewatan akan menjadikan kemarahan kepada pengguna/nitezen, "customer always right". Ada beberapa sebab menjadi tren lewat. 1. Pihak KTMB tel… Read More