RUM banyak terima mesej memberi pandangan, nasihat, suntikan semangat malah ada yang bagi pandangan secara terbuka dalam wall facebook, pihak RUM merakam ribuan terima kasih.
Semua pandangan kami terima dengan hati yang terbuka, pandangan kami teliti dan kami kaji, malah ada juga teguran membina yang kami terima, kami ambil dan menilai segala kelemahan dan berusaha memperbaiki kelemahan sekiranya ada, RUM merakamkan jutaan terima kasih.
Kepada penulis cyber/blog yang baru mengenali RUM dan berkenalan dengan Kesatuan Sekerja, kami nak maklumkan sekali lagi, tuduhan dan fitnah yang kami ini pembangkang atau ada dalang belakang kami, sejujur kami adalah bersendirian, kami bukan orang politik, kami adalah pejuang kaum pekerja, kalau ada pun sokongan itu datangnya dari sokongan solidarity kepimpinan kesatuan sekerja, NGO, Ahli Parlimen, rakan-rakan yang bersimpati dengan kami, setakat ini kami belum berjumpa dengan mana-mana pemimpin politik.
Kami hanya bergerak sebagai kesatuan sekerja yang diiktiraf atau berperanan sebagai kesatuan sekerja, pendirian kami jelas SELAMATKAN KTMB, SELAMATLAH PEKERJA.
RNAA dicetus oleh Kementerian Pengangkutan, maka pendirian kami akan menentang RNAA, kami akan gunakan apa sahaja senjata yang dibenarkan melalui peruntukan Akta 177.
Kenyataan RUM dalam semua ROAD SHOW selaras keputusan Majlis Exco kami tidak menyalahkan YAB Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato Seri Perdana Menteri telah diberi taklimat dari sudut kononnya positif tanpa di beri pendedahan dari sudut negatif, maka itu kami tetap menyokong YAB Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia.
RUM memang amat marah dengan Kementerian Pengangkutan maka RUM sekali lagi menekankan bahawa kami akan terus membuat serangan terhadap mereka yang terlibat secara langsung mencetuskan idea RNAA.
Jangan salahkan kami, ingatan kami telah diberikan lebih setahun yang lalu, satu tempoh yang sangat panjang, YB Menteri Pengangkutan tidak ambil peduli, malah berpucuk-pucuk surat memohon temujanji sehingga hari ini tidak dilayan.
Tentunya serangan utama kami kepada Menteri Pengangkutan, maka apa faedahnya beliau duduk sebagai Menteri kalau tidak mendengar keluh kesah kami sebagai rakyat, kalau tidak mahu mendengar layak ke beliau duduk sebagai Menteri Pengangkutan, maka pasti tindak balas ialah menjatuhkan beliau dengan cara Pilihanraya, apa cara yang ada selain dari Pilihanraya, tu sebab jentera RUM sendiri akan turun padang berkampung membantu calon lawan sehingga pencetus RNAA ini tumbang sebagai satu tindakbalas agar RNAA dihentikan.
Soal ugut atau tidak.. itu tidak timbul.. soalnya ialah bertindakbalas.
Maka itu RUM akan memberi tekanan terus bagi memastikan YB Menteri Pengangkutan menghentikan perancangan RNAA, sekiranya tidak jangan salahkan kami, kami berbicara berdasarkan hujah dan fakta bukan cakap pusing 360° maka itu kami bersedia untuk berdebat, demi membuktikan kebenaran dipihak kami.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
29 Mac 2017
TERIMA KASIH BAGI PANDANGAN KAMI TETAP BERPENDIRIAN RNAA DIHENTIKAN.
Rabu, Mac 29, 2017
RNAA