Kenyataan YB Timbalan Menteri Pengangkutan dalam sidang parlimen semalam antara lain menyatakan bahawa nasib 4000 pekerja akan "DIPERTIMBANGKAN" diserapkan dalam "SYARIKAT SUBSIDIARI" .
Kenyataan ini adalah "SELARI" dengan apa yang diperkatakan oleh dalam Suara RUM dan di arus media Perdana yang dikeluarkan oleh RUM, kenyataan ini juga telah membuktikan semua hujah-hujah RUM telah diakui "BENAR" oleh YB Timbalan Menteri Pengangkutan.
Secara jelas dan nyata nasib 4000 pekerja KTMB adalah ibarat "TELUR DIHUJUNG TANDUK" manakala semua faedah seperti termaktub dalam PERJANJIAN BERSAMA secara otomatisnya akan TERHAPUS"
"SYARIKAT SUBSIDIARI" yang dibakal diwujudkan adalah satu langkah kononnya untuk meringankan bebanan tanggungan kerugian perbelanjaan KTMB berdasarkan perbelanjaan penyelenggaraan KTMB adalah tinggi yang menjadi punca kepada kerugian KTMB, kata YB Timbalan Menteri Pengangkutan.
Kenyataan ini juga mengesahkan bahawa kenyataan yang berunsur "NIAT TERSIRAT" yang tidak boleh membuktikan bahawa dengan kewujudan SYARIKAT LUAR sebagai langkah untuk meringankan bebanan tanggungan perbelanjaan penyelenggaraan KTMB, dalilnya telah pun dinyatakan melalui kenyataan dalam SUARA RUM malah dalam siri ROAD SHOW yang dianjurkan oleh RUM telah mengemukakan hujah-hujah yang menolak kewujudan SYARIKAT SUBSIDIARI atau SYARIKAT LUAR.
RUM dengan tegas menekankan bahawa RNAA adalah unsur yang bakal meranapkan KERETAPI TANAH MELAYU dalam satu tempoh manakala yang meranapkan ini adalah datang dari Kementerian Pengangkutan itu sendiri.
RUM dengan tegas MENOLAK RNAA malah bersiap sedia untuk mengistiharkan PERANG terhadap KEMENTERIAN PENGANGKUTAN, dasar yang cuba dilaksanakan oleh Kementerian Pengangkutan adalah lebih DASYAT dari dasar yang mewujudkan PENGSWASTAAN KTMB pada 1/8/92.
Implikasi besarnya bukan sahaja pada Pekerja, KTMB malah kepada RAKYAT dan Negara.
Justeru itu kami menaruh harapan kepada YAB DATO SERI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK PERDANA MENTERI MALAYSIA dapat kiranya memberi ruang kepada kepimpinan RUM untuk berjumpa bagi menjelaskan hujah kami dari sudut implikasi agar YAB DATO SERI boleh menilai dan mempertimbangkan untuk membatalkan RNAA, kami MERAYU pada YAB DATO SERI PERDANA MENTERI meruangkan sedikit masa untuk bertemu dengan kami.
Harapan kami hanya tinggal kepada YAB DATO SERI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK, PERDANA MENTERI MALAYSIA, sesungguhnya kami telah hilang keyakinan kepada Kementerian Pengangkutan.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
#najibrazak
#PrayForKtmb
Cc Dato Ir Nawawi Ahmad
Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB
18 Mac 2017
SIDANG PARLIMEN RNAA
Sabtu, Mac 18, 2017
RNAA