21 Mac 2017

MESEJ DALAM IMBOX TERIMA KASIH KERANA MESEJ PADA ADMIN RNAA

"Assalamualaikum w.b.t, maaf sekiranya sy mencampuri urusan Suara Rum dan KTMB. Ini adalah kerana sy SAYANGKAN KTMB. Sy adalah BEKAS kakitangan KTMB.

Apa yg dapat sy perhatikan dan sy kaji... Pembangunan RNAA adalah untuk kebaikan sesetengah pihak yg mempunyai kedudukan dan kepentingan peribadi dengan memberi alasan KTMB mempunyai kekangan kewangan dan tidak mampu menguruskan syarikat. Ini jelas memberi peluang untuk pihak luar atau pihak ketiga yg selama ini menunggu masa untuk menjajah KTMB. Apakah impaknya???

SEJARAH membuktikan dan saat ini telah dan sedang berlaku. Apa yg dapat kita lihat dan perhatikan, saudara kita yg dahulunya dikenali sebagai Malaysia Airlines Sistem ataupun MAS. Apakah kita ingin menjadi seperti mereka yg dahulunya 6000 kakitangan telah dibuang kerja? Kini sebahagian daripada mereka ada yg masih bekerja di airport akan tetapi kebanyakan BEKAS kakitangan MAS kini menjadi seorang pengutip sampah. Hinggakan pihak ketiga dapat mewujudkan ramai vendor dan mendapat keuntungan peribadi. Mungkin ini memberikan peluang agar saingan yg sihat untuk pembangunan semula MAB yang kini dikenali dengan nama baru Malaysia Airlines Berhad.

Baru-baru ini, pekerja asing iaitu Bangladesh, Myanmar, Nepal dan warga asing telah dan dengan sebegitu mudah membuat mogok hinggakan bagasi dan kesan terhadap penerbangan dunia mengalami kelewatan dan menyebabkan kerugian. Ini juga secara tidak langsung keselamatan airport tidak terjamin.

Adakah kita mahu KTMB juga akan diuruskan oleh pekerja asing? Wahai kakitangan KTMB terutama pihak pegawai dan pengurusan, janganlah terlalu lena dan bangkitlah kakitangan KTMB agar kita tidak menjadi seperti mereka dimana BANGSA kita sendiri umpama merempat di tanah sendri. Hapuskan RNAA dan banyak lagi pilihan yg lain untuk membangunkan semula kedudukan KTMB.

SY SAYANGKAN KTMB.

Sekian."

Penulis adalah bekas pekerja KTMB yang kini bekerja dengan syarikat penerbangan melihat sendiri tentang apa yang berlaku ditempat kerjanya, dihati kecil beliau masih sayangkan KTMB, Admin ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kerana menulis kenyataan ini.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


Related Posts:

  • BAGI MENJAWAB KENYATAAN YB TIMBALAN MENTERI PENGANGKUTAN TIADA PEKERJA KTMB DIBUANG KERJA Mesyuarat Jawatankuasa Kerja yang bersidang pada 27hb Mac 2017 telah mengambil ketetapan untuk menjawab kenyataan akhbar YB Timbalan Menteri Pengangkutan, pihak Kesatuan akan menjawab satu persatu kenyataan beliau bagi menjel… Read More
  • INTERGRITI KTMBRUM ingin menjelaskan bahawa semua ahli-ahli RUM yang berfaedah boleh mengeluarkan sebarang kenyataan selaras dengan keputusan Majlis Exco kecuali kenyataan sebagai "pekerja" yang melibatkan KTMB sahaja, suka pihak RUM jelas … Read More
  • KENYATAAN NEGATIFIni lagi satu kenyataan yang tidak buat "home work" atau membaca penulisan RUM sejak awal lagi, terus membuat komen negatif. Saya nasihatkan penulis ini sebelum buat sebarang kenyataan adalah diharapkan buat satu kajian yang … Read More
  • CAKAP POLITIK 3 SOKONG DAPDah kita tolak MCA, kita sokonglah DAP, ini advantage pada DAP, macam RUM cakap kita bukan RASIS, kita bukan parti politik, kita kesatuan sekerja, dari bagi undi kat MCA yang nak mengancurkan kita, baik kita bagi pada DAP. La… Read More
  • BINGAIPakai Kasut kat kepala, Pakai songkok kat kaki! Lain kali kalau nak buat kenyataan buat kaji selidik dulu, hadam topik dulu, jangan tunjuk kebodohan! Nak sokong kenyataan Yb Tim Menteri Pengangkutan tak salah, tapi jangan s… Read More