RNAA adalan nama timang-timangan nya "RAMAI NAK AMBIL ALIH"
Niat sebenar bukanlah nak membantu KTMB, kerana KTMB telah lama melakukan kerja-kerja sedemikian seperti penyelenggaraan maupun larian pengangkutan kargo dll.
Andai ada yang mengatakan bahawa RNAA itu adalah untuk meringankan bebanan tanggungan perbelanjaan penyelenggaraan itu adalah tidak benar.
Kerana kos penyelenggaraan sebenar yang ditanggung oleh KTMB adalah lebih murah berbanding diserahkan secara subsidiari/smartpartnership atau pada syarikat luar (outsorce).
Syarikat luar pasti akan meletakkan harga yang boleh menguntungkan (profit) maka kos untuk mewujudkan keuntungan ini akan lebih tinggi berbanding apa yang dilaksanakan oleh KTMB, manakala RAC kononnya sebagai pemilik boleh dianggap sebagai "broker" maka "percentage" atau margin tambahan akan ditetapkan sebagai "kos urus tadbir", maka KTMB yang mengunakan semua 90% facilitis untuk perkhidmatan larian tren, bangunan, landasan dan sebagainya akan membayar sewaan kepada RAC, implikasinya KTMB akan terus jadi mangsa.
Itu belum lagi dari aspek saingan yang bakal wujud, KTMB telah terbukti sebagai "kambing hitam" dari sudut biokrasi yang wujud, maka selepas itu akan wujud "kambing hitam" secara berterusan sehingga satu ketika KTMB akan dipersalahkan (wait n see) dengan kuasa yang ada KTMB akan terjual kepada Syarikat lain berdasarkan kononnya KTMB tidak mampu berniaga "best man win" yang dikatakan adalah "satu auta @ wayang gambar".
"Ramai Nak Ambil Alih" inilah muslihat yang sebenarnya, bukan atas dasar untuk kepentingan marhain maupun negara tapi atas dasar kepentingan diri, mereka sudah lari dari landasan berasaskan untuk kepentingan rakyat, mereka sudah lupa lagu "anak kecil main api".
Sedih... diakhir zaman ini, kita sudah lari kepada prinsip perjuangan sebenar, kita lupa bahawa kita dinaikkan kesesuatu jawatan untuk memainkan peranan demi kepentingan rakyat dan Negara.
Mudah-mudahan mereka sedar dan kembali kepangkal jalan, kepentingan Rakyat dan Negara hendaklah diutamakan kerana RNAA ini "satu sen pun tidak berguna".
Maka itu RUM mendesak RNAA hendaklah dihentikan.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
22 Mac 2017
RAMAI NAK AMBIL ALIH (RNAA)
Rabu, Mac 22, 2017
RNAA