21 Mac 2017

RNAA- SIDANG PARLIMEN

Terima kasih YB Abdullah Sani yang membangkitkan isu RNAA di Parlimen pagi tadi.

Cuma kenyataan ini belum sesuai, persoalan sebenar ialah kepada Kementerian Pengangkutan.

Alangkah baiknya yang YB Abdullah Sani minta saya selaku Presiden RUM berdebat secara terbuka dengan Yb Menteri Pengangkutan atau Yb Tim Menteri Pengangkutan mengenai RNAA.

Seperti mana kenyataan dalam Suara RUM yang telah banyak menjelaskan bahawa isu RNAA bukan sahaja implikasinya kepada pekerja malah terhadap marhain dan negara.

RNAA atau nama timang-timangnya "RAMAI NAK AMBIL ALIH" adalah satu cadangan "berniat jahat" untuk kepentingan pihak-pihak tertentu, keburukan utamanya boleh melenyapkan "Keretapi Tanah Melayu", Pekerja jadi mangsa, Perkhidmatan Sosial terhapus dan khazanah negara akan hilang di bumi Malaysia.

RUM tetap berpendirian RNAA HENDAKLAH DIBATALKAN!

Sekali lagi diucapkan ribuan Terima Kasih kepada Yb Abdullah Sani yang turut mempopularkan isu RNAA di Parlimen, kami amat menghargai usaha membantu golongan pekerja.

[https://youtu.be/2XPvyTD0wPQs]

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


Related Posts:

  • PERKEMBANGAN RNAAPihak RUM masih menunggu temujanji dengan YB Dato Seri Liow Tiong Lai, Menteri Pengangkutan Malaysia. Difahamkan pengaturan sedang diaturkan dengan kehadiran YB Dato Aziz Karpawi, Timbalan Menteri Pengangkutan dan YBhg Dato S… Read More
  • Sokong kenyataan ini...RNAA berapa banyak proposal dah masuk, dah ada ke surat sokongan? Lupalak... berapa kali tel user, supaya user menyokong pembelian E-Loko? RUM tanya je... Tak kan tanya pun salah... Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja K… Read More
  • KTMB Bakal Lenyap Jika RNAA Terlaksana: RUM KTMB bakal lenyap jika RNAA terlaksana: RUM March 7, 2017 Berita Utama, Utama 0 Perjanjian Akses Rangkaian Kereta Api idea Liow Tiong Lai beri impak negatif, termasuk pemberhentian pekerja, hilang perkataan Melayu Oleh Ainul … Read More
  • Kita Patut Tiru China, Bukan Beli Dari Dia: Kesatuan KTMBOleh Ainul Illia Meor Suzurudin KUALA LUMPUR, 9 Jamadilakhir 1438H, Rabu – Kesatuan Pekerja-pekerja Keretapi Tanah Melayu (RUM) berpendapat kerajaan tidak perlu membeli lokomotif daripada China, sebaliknya meniru apa ya… Read More
  • PERMOHONAN MAAF WAN AHMADRUM sangat berbesar hati dengan permohonan maaf secara terbuka oleh Sdr Wan Ahmad terhadap  komen beliau dalam Astro Awani, pihak RUM menyedari bahawa umum tidak mengetahui masalah yang berlaku dalam KTMB semenjak KTMB d… Read More