09 Februari 2017

ADUAN TERBUKA

RUM terpanggil dengan komen terbuka ini dalam wall Pengerusi KTMB, setelah semua group Whatsapp yang ada memaparkan kenyataan tersebut. Justeru itu RUM ingin mengulas kenyataan tersebut, dengan harapan sebarang aduan dibuat melalui saluran yang betul.

Jawapan RUM.
  1. Sebaiknya Tuan yang mengutarakan komen ini perlu menulis surat rasmi bukannya secara terbuka, ianya lebih bersopan dan beradap.
  2.  Bila kenyataan terbuka sebegitu seolah-olah memburukkan seluruh pekerja KTMB, jangan salahkan nyamuk kelambu dibakar.
  3. Perlu disedari pembekalan kasut kepada pekerja tidak diperuntukan dan menjadi tanggungjawab pihak pengurusan membekalkan kasut apatah lagi kasut keselamatan. Pihak RUM juga ingin menekankan kemungkinan ada alasan yang munasabah dalam keadaan tertentu dibolehkan memakai selipar, tertakluk kepada keperluan dari aspek kerja-kerja yang melibatkan keselamatan atau mungkin kaki pekerja kecederaan, maka itu sewajarnya jangan komen secara terbuka sebalik boleh mengemukakan aduan rasmi kepada pihak pengurusan, sekiranya kegagalan pekerja memakai kasut apa pula tanggungjawab penyelia @ pegawai atasannya? Semua sudut kena lihat, tapi bila mengeluarkan komen terbuka seolah-olah kita menjatuhkan hukuman sedangkan secara berhemah boleh menulis surat rasmi atau inbox aduan kepada mana yang berkenaan.
  4. Dari sudut uniform suka dijelaskan bahawa pihak pengurusan tidak membekalkan uniform kononnya bagi menjimatkan kos, maka ianya tidak menjadi satu kesalahan sekiranya pakaian lain atau pakaian yang tidak kemas, kerana menjadi tanggungjawab pengurusan membekal uniform selaras dengan Perjanjian Bersama, apakah ini juga salah pekerja? Adeiiii... tapi bila komen dalam wall secara terbuka.. apakah persepsi umum? Mereka akan menuduh atau mewujudkan tomahan kepada pekerja sedangkan itu adalah kesalahan pengurusan.
  5. Sekiranya ada pekerja yang mengisap rokok ianya adalah satu kesalahan, tapi dimana pegawai penyelia untuk menegur, dimanakah pemantauan dari penyelia atau pegawainya, sekiranya alasan digunakan tanpa bukti sekadar mengunakan alasan CCTV mengapa tidak tuan yang lagi hebat buat pemantauan secara serius di hentian rehat lebuhraya PLUS yang kini telah ditetapkan kawasan larangan merokok tapi tetap wujud perokok dikawasan larangan, mengapa tidak meminta pihak PLUS mengunakan CCTV untuk mengesan perokok yang mengisap dikawasan larangan, malah banyak tempat lagi kawasan larangan tetap ada perokok.
  6. Rum sebenar rasa sangsi niat komen secara terbuka, malah individu ini juga adalah friends RUM, andai benar ikhlas mengapa tidak inbox personal Suara RUM, RUM sendiri boleh beri penjelasan malah menyiasat setiap aduan, dukacitanya pihak RUMrasa terkilan dengan komen terbuka tersebut.
  7. Mengenai umur muda mengunakan tiket warga emas, ianya adalah satu kesalahan maka tindakan terhadap pengguna boleh diambil dengan cas tambahan, ada kemungkinan dalam kesebukan pekerja terlepas pandang, maka sewajarnya bila kebetulan ternampak sebegitu sebaiknya menegur terus pekerja tersebut bagi membetulkan keadaan, malah tindakan tatatertib boleh diambil kepada pengeluar tiket konsesi berdasarkan prosedur tindakan tatatertib, menjadi kemuskilan apa tujuan atau niat "TEST", sedikit keraguan yang boleh menimbulkan tandatanya.
Justeru itu RUM berharap pada yang berhasrat nak buat komen atau ada salah laku pekerja boleh buat aduan melalui inbox, RUM sendiri akan beri penjelasan malah kalau ada kebenaran RUM akan menasihatkan pekerja yang mana berkenaan atau RUM sendiri akan merujuk kepada pihak pengurusan perbetulkan kelemahan.
Sehubungan dengan itu RUM berharap pada mana-mana pihak yang ingin membuat teguran biarlah ianya teguran membina malah teguran itu boleh dilakukan secara "profesional" dan bukannya cara keanak-anakan. Kerjasama semua pihak amat dihargai.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB